Followers

21 Nov 2013

Sekilas Kisah Auni yang Terkini


Assalamualaikum.


Cuaca sejuk di Kedah, particularly di Alor Setar. Mendung saja dan seringkali hujan. Mujurlah Oni dah cuti sekolah. Dia cuma ada nurseri je jadi boleh la pergi sekolah lambat.

Makbed demam dah 3 hari. 2 hari kebelakangan ni Makbed diserang semput akibat batuk yang super teruk. Wawan pon batuk berkahak tapi dia bertahan. Alhamdulillah, anak-anak aku takde semput cam Ibu dema. So, Ibu jela pakai inhaler. Dah amik nebulizer dah semalam lepas batuk tak lepas. Udah mcm kucing tertelan bulu pulak. SIap ada bunyi-bunyi lagi masa bernapas. 
Tu tahap kena jejak kaki ke klinik le tu. 


Ini bukan untuk riak ye. 
Saja kongsi ngan korang. 



Inilah dia Ipad yang berjaya diraih. FREE. Ada lak lambang Prudential kat situ.
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. 
Bersyukur ada client-client macam anda. 
TAk dapat menda ni kalau takde kerjasama kalian. 
Aku masih menyesuaikan diri dengan Ipad Mini ni. 
Since dia cuma leh pakai ngan wifi je, so aku banyak guna untuk susun schedulu dan letak reminder. 
Lebih mesra pengguna.
Tak payah dah aku pakai buku besar masuk beg. Organizer tu untuk simpan kat umah aje. 
Lain kegunaan , buat tangkap gambo aku la. HAHAehheHHah.. 

Tapi, skang aku kena share ngan Oni. 
Udah dia nak buat main game plok. 
Pikir balik, Ipad ni pun bukannya aku heret kehulu hilir bebenor. Samsung pakai lagi. 
Nak kedekut sangat pun, Oni juga banyak berkorban untuk aku. 
Dia bukannya nak Ipad tu terus. Dia cuma nak main game je. 

Maka, aku pun install few games untuk dia.
Boleh la dia main sempena cuti sekolah. 
Semuanya educational game. YAng aku rasa aku pon boleh main sekali. HAHAHAHH~
Tapi, Oni suka game masak memasak. 
Nampak cam enjoy je dia buat kek dan masak ayam golek. So, biarkan jela.
Tapi, mainnya berjadual la. 


Oni dah grad tau!!


Oni dan costume 'ulat'



Tengah buat persembahan untuk Ibu.

 Dah jadi orang berdikari anak dara aku nan seorang ni. 
Tengok dia nyanyi, buat persembahan meskipun muka dia cam annoying je bila kena pakai menda ateh kepala tu, tapi dia ok je. Teruskan je show. 
Tak banyak songeh si ONi. 
Macam kebiasaan je dia. 
Tapi, dia tak berenti-renti citer pasal dia 'amik hadiah' kat hotel. 
Oh ya... Graduation sekolah ONi tu buat kat hotelu ollss...
Hebak toi bebudak skang. 
TAtau la bebudak yg hebak atau ibu bapa yang mengebat. 
Ibu dulu grad kat mesjid je ONi.



 
Doakan yang baik-baik untuk permata hati Makbed ni. 
Dia membesar menjadi anak yang baik dan menceriakan hati ibu bapanya dan hati anda semua. 
Doakan semoga dia kekal sihat, bijak, rajin dan berhati mulia serta taat pada perintah Allah dan Rasul. 
Doakan juga semoga dia berhenti pakai pampes dan menghisap puting. HEheh~







Akhir kalam, Makbed tinggal gambar ceria kitoang nih. YAng belah kiri korang tu, gambo masa Oni 2 tahun. Yang sebelah kanan tu, gambar terkini.

Semakin Oni meningkat dewasa dan jelita, semakin meningkat tua lah Ibu. Semoga Oni sanggup meriba Ibu dan membenarkan Ibu tido kat ketiak Oni bila Oni dah dewasa nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram