Followers

19 Nov 2013

Product Review: HOUSE OF MINI - Meleleh ayaq lioq baq ang.


Tajuk tak skema lansung!





 Assalamualaikum kawan-kawan...

Terima kasih bebanyak korang.. sebab bersabar dengan aku. Being 'absent' from this blogging world. Yang aku tengok , +Emy Shafinaz or Nini D , +Lulu caldina  istiqamah betui hapdet blog dema. 
Aku ni, on off. On off....

Harap pasni rajin aku kembali. 
Nuffnang pon tanak kawan ngan aku da skang. Aku pun dah lupa paswed nuffnang. 

Hari ni, aku nak wat satu review kedai comel. 
Entry ni memerlukan korang sediakan tisu bagi mengelakkan air liur korang meleleh tanpa kawalan. 



Oh, Makbed dan makanan, mana boleh dipisah , ye dak?







Kasi gambaq sikitttt.....





 TAARAAA!!!!!!



MINI CUPCAKES
 



CLASSIC CUPCAKES



Donaaatt!! DOnaatt!!!





Adakah saya sudah menarik perhatian anda?


Comeyyy dakk??



HOUSE of MINI kini mula beroperasi di C-Mart Changlun , baru sangat launching dan owner kedai tersebut dengan segala hormatnya telah menjemput Makbed gi potong riben kat kedai dia. OK... tipu!
Owner kedai ajak mai tengok kedai, dan rasa semua juadah yg tersedia ajee.

Tapi, jujurnya aku memang tak menahan tengok suma cupcakes.
 Umum mengetahui betapa attachnya aku ngan cupcake especially masa peknen kat Wawan dulu. Cuma, skang payah la nak cari cupcakes yg sedap dan gojes serta boleh dimakan tanpa rasa bersalah. Eh?

Paling haku suka adalah Mini CupCakes. 
Alahai...cumill sangat tau. 
Bukan comel. COmel tu ok lagi.
Nih CUMIL.. CUMILLLL sangat. 
KEcik-kecik. Sekali ngap je dah habih. 
Wawan boleh balun kejap ja. 
Mini Cupcakes tu, refer gambo atas sekali hanyalah berharga RM1.50 seketui. 

Yaaa... RM1.50 sahaja!
Kalau ko beli 12 biji, harganya ialah RM12.00. Jadi singgit sebijik~
So, ko makan le kapkek sampai lebam. 



MAkbed suka sebab kapkeknya tak manis. Temasuk creamnya. 
Kalau kome tak caya, pegi la try sendiri. 


Kedai comel ni ternyata ada peminatnya sendiri, lantaran harga kapkeknya murah dan juga presentable untuk buat jamuan kecik-kecik cam suprise party member kat dorm or kat rumah sewa. 
Asyik makan kek je semedang, bosan la ek. 
Dah le besor.. umah takde peti ais lak nak simpan suma tu. 
Haa.. amik kapkek ni. Sekali hadap je. Zaaasss~  Takpayah simpan. Simpan lemak jer.
Cantik lak tu. 


Siapa yang super kreatif boleh le try design cupcakes sendiri.



Ini rupa booth nya. Jemput datang tau. Kat Level 1, Cmart Changlun, Kedah.






Masa aku sampai ni, tengah dok ramai. Kesian pekerja dia. Dah le ada 2 orang je.



 Ada student price tau. 
Sapa yang student tu, jangan lupa tunjuk student card. Leh dapat good deal.






Nama kedai pun House of Mini.
So, cupcakes dan donat semuanya comel-comel. Boleh makan banyak-banyak sebab kecik jeerrr... ihiks!

Kalau korang gi CMart Changlun, WAJIB singgah kedai ni. Kalu tak, nyesal! 


Wajah 'separuh' gembira Makbed dapat kapkek.
 Sebenarnya nak borong mini cupcakes ngan donat sekali tapi, pikir doblas kali nak beli sebab kang SAPO PULAK NAK PERABIH KANG~ grrr.... 
Tak masal je elok aku dah 'agak' kurus ni, tetiba jadi doremon balik sebab tamak haloba. 
Orang tamak selalu berlebihan berat badan. HAHAHAHAHA.. ~Peribahasa baru~





Balik tu, aku terus bukak kotak. 
Tunjuk kat Oni ngan Wawan. 
HAHAHA... meloncat-loncat otomen dua orang tu. Jenuh pilih nak makan yg mana satu. 
Semua kiutttt sangat weh. 
Sedaaaap!


So. warga Jitra, Changlun, Kodiang,Sintok dan yang dekat-dekat tu , go get your mini cupcakes and donats in CMart Changlun. 




Nota kaki: AKu jumpak banyak kedai tudung yang aku suka kat situ! Yey!!!!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram