Followers

22 Nov 2013

Kita Menghakimi Orang, Maka Orang Pastinya Menghakimi Kita.

Perasan tak dunia ini terasa lebih panas daripada zaman mak bapak kita berumur sebaya macam kita?


HAri ni MAkbed nak menulis sedikit tentang HAKIM. 

Yes..


HAKIM-MENGHAKIMI-KEHAKIMAN-MENGHAKIMKAN


Semua tu, lebih kurang aje samanya. TApi, penggunaannya berbeza. 

AKu tak rasa dulu dan sekarang begitu jauh berubah fitrahnya. 
Cuma, KITA yang membuatkan ia rasa berubah. Kita sendiri yang rasa lain. 
Kita mungkin tak perasan. 


Zaman kita tengok tv, segala macam movie ada. Yang pakai kemban, tak pakai kemban. 
Yang pakai singlet , pakai seluar tak pakai baju..nampak keting sebatang berjalan...  Semua tu ok je. 
Ada la orang tegur, tapi idak la sampai bergaduh-gaduh. 

AKu rasa hampir semua dari kita tengok citer HIndustan. 
CIter Hindustan, ko bayangkan jela gaya dema kan. 


Sekarang , terselak sikit, kena kaw-kaw. 
Hat terselak kena maki. Hat tak terselak tu lah yg memaki. 
TApi, yang pakai tak terselak tu plak, bila memaki tak sedar ada menda lain plak 'terselak'. 

Aku nak citer kat sini, begitu mudahnya kita menghakimi orang berdasarkan apa yg kita nampak. Dan terima kasih pada teknologi skang, orang yang ada sifat menghakimi ni lebih KUAT dan BERANI menyuarakan judgement mereka di khalayak. 
Lepas tu lagi, hat kena JUDGE Tu pulak membalas. Dia pun nak mempertahankan hak dia. 
MAka, apa kesudahannya?
Apapun tak sudah.
 

Zaman dulu-dulu dgn skang, sama aja keadaannya.

Yang buat nampak teruk adalah media sosial. 
Eh... BUkan!

Cara KITA 'memanfaatkan' media sosial.


KAlau dulu, buat apa pun, hanya org terdekat aje buleh nampak. Tak tersebar. 
Kalu nak tersebar pun, hanya dari cakap-cakap mulut. Sapa yang kuat menyebar cerita , walaupun cerita tu betul, orang kampung dah 'mark' dah dia. Siap bagi gelaran lagi. 

Kalau dalam drama Melayu, orang yang suka bawak-bawak cerita keliling kampung ni (tak kira la cerita benar ke tak benar) digambarkan dengan gaya sibuk-sibuk lagi penyibuk.
 Kalau perempuan, nama dia Cik Gayah, Kak Bedah, Jenab atau Senah. Mulut mesti bergincu merah. Muncung-muncung sikit gaya. PAkaiannya, biasanya berkain batik. Jalan lenggang kangkung macam itik. 
Lokasi penyebaran maklumatnya adalah di kedai runcit atau pun pada sesiapa yg dia jumpa kat tengah jalan. ATau pun, dia akan buat 'lawatan rumah ke rumah' untuk menyebarkan maklumat. 

Penat bila menggalas 'jawatan' Kak Gayah Kampung ni tau! Sentiasa kena up to date. 


Suatu ketika dulu, terjadi apa kes sekali pun, sama kes besar atau kecik, hanya orang tertentu sahaja yg boleh tahu dan layak mengulas tentang sesuatu isu. KAlau ada gambar yg berjaya dirakam, ianya HANYA boleh dilihat oleh mereka yg LAYAK. Juri kehakiman pula dipilih dari mereka yg layak. 
Setiap apa yg berlaku, selagi tidak selesai dan keluar keputusan , tiada siapa pun yang BERANI membuat apa-apa JUDGMENT. HAnya boleh speculate je, tu pun sesama sendiri. Bisik-bisik sahaja. Takpun, simpan dalam hati. 

Boleh aku katakan, suatu masa dahulu, kita ini lebih bijak memilih apa yang nak disuarakan.


Itu sahajalah 2 contoh yang aku utarakan. 


KINI,  penyebaran maklumat bersepah. Mudah. 
Semuanya di hujung jari sehingga nak determine mana yang betui ngan bohong pun susah.
 Kita dilonggokkan dengan segala cerita yang pelbagai version, terima kasih kepada cikgu skolah yg ajar subjek Bahasa Melayu, penggunaan ayat pasif dan ayat aktif tu dimanfaatkan dengan begitu baik sekali. 
GAme Show dalam tv pon, kita dikaburkan dengan game show yg mcm Betul ke Bohong? Yang tu pon leh jadi bahan wat game show. Kena karan pun leh jadi bahan ketawa. Ehh.. tersasar jauh lak nampaknye. 

Berbalik kepada isu JUDGEMENT

Tak payah tunggu sesuatu berita tu sahih, KITA sudah pun ada JUDGEMENT. Kita sudah menghakimi.
TAk payah tunggu kenal seseorang, kita hanya tengok orang dari luaran sahaja, kita bagaikan TAHU semuanya. Berkat belajar dari darjah satu sehingga ke menara gading, kita diberikan 'ilmu' yang membolehkan kita judge orang dari luar sampai ke dalam. Ilmu Psychology gitewww.. Tak yah bercakap lama dengan dia, kita dah tau dia mcm mana. 
Sekarang ada Facebook. NAk kenal orang tu hebat ke tak, judge dia dari Friendlistnya. Kalau ada orang hebat dalam senarai sahabat dia tu, pergghh... memang hebat le tu. Dah kira macam kenal 'sesangat' dah le tu. 
TAk perlu pergi dekat-dekat, kita dah boleh bau 'busuk' orang. 
Tak payah menghulur salam perkenalan, kita tengok pakaian dia kita tahu dah dia ni LIFE nya macam mana. MAk bapak dia sapa. 
Tak payah tunggu lama-lama, kita tengok anak orang tu dan mak bapak anak tu, kita dah boleh AGAK , besok besar budak tu nak jadi apa. 

INI SEMUA KUASA AJAIB yang kita semua ada, kini. 
Yeeaa... kita yang hidup di zaman serba bijak pandai dan berteknolgi moden ni. 


PAling hebat , kita punya JUDGEMENT yang belum sahih keputusan akhirnya tu kita paparkan dengan hebatnya di media sosial, menggunakan tiket 'kebebasan bersuara' dan 'fesbuk ni free , aku punya sukalah aku nak tulis apa'. 


Begitu mudah maklumat dapat kita akses. Begitu mudah juga maklumat mudah dibocorkan. 
Rahsia yang sepatutnya menjadi rahsia tidak dirahsiakan. 
Rahsia yang sepatutnya dirahsiakan, dibongkarkan.. Malah dipaparkan. 
GAmbar dan video kes jenayah yang patutnya diserah pada pihak yang HANYA LAYAK MENERIMA AMANAH, disebarkan bagaikan meminta kita ini tolong judge kan pulak. 
Maka, kami ini yang memang 'pantang' dihala , biarpun tidak dibayar gaji untuk memberi ulasan dan judgment, begitu laju menaip komen dan pendapat.

Orang dulu-dulu, buat kesilapan , tercium sedikit, berpegang tangan sedikit, berdating di balik pokok, keluar bersama ke kedai kopi , tersadung tersepak bendul sampai jatuh lalu terselak sedikit kain,... Semua tu tak pe!
 KAlau orang kampung tak suka, dimarahnya aje kat situ juge. 
KAlau kelakar sangat rupa jatuh tu, orang gelak kat situ juge. Biar buruk rupa jatuh tu pun, it's ok. 
Ianya kekal hanya dalam ingatan. 
Jika ianya sukar dilupakan, maknanya ianya memberi kesan mendalam. 


Tapi, sekarang ni... 
Pakat-pakat ada henpon kamera sorang sebijik. 
AKu ada 2 bijik. 
Pantang aje nampak menda apa pun, SEMUA NAK RAKAM. PEhtu sebarkan.
Rakaman surveillance camera pun, sebarkan! 
Gambo hantu melintas pun, RAKAM dan sebarkan. Sampai hantu pun bengang , rakam gambo diorang tapi diorang tak leh tengok. Udah dema takde pesbuk! 
HAntu pun pemes. Orang dah tak takut. 
Rakaman video orang kena tembak , pecah kepala... Sebarkan! Orang tengok, siap repeat-repeat lagi. 
Betul , sebarkan untuk tujuan identify penjenayah , tapi boleh je kan sebarkan GAMBAR dia je. Kan kan kan?
PAstu, pakat tulis komen sorang sikit. Sorang jadi wartawan, sorang jadi peguam, sorang jadi hakim, beberapa orang juri, dan ada la beberapa orang yg jadi ustaz kat situ tolong doakan dan memberi nasihat. 
GAmbor orang sakit teruk-teruk, sebarkan. Mintak tolong doakan. Tapi ada syarat! Dah doa kena tuliskan perkataan 'AMIN'. MAybe admin tu nak kira berapa banyak doa yang dapat dikumpulkan. Hee..
GAmbo orang mati... Yang mati elok tu takpe. Boleh dijadikan pengajaran. Nih yang mati eksiden, takde kepala, putus tangan kaki, perut terburai.. Video orang mati kena bunuh, eksiden tergolek-tergolek... Sebarkan! NAk buat apa? Wajar ke tengok kematian orang? KErja kita ke nak tengok menda-menda macam gitu.
 NAh, terlahir pulak la sorang pakar forensik kat situ, berkat terlalu banyak tengok rakaman video orang yg sedang dalam proses diambil nyawanya oleh malaikat Izrail. KAlau tengok tu menginsafkan , Alhamdulillah. Tapi, tak jadi apa pun. Dok tak solat gak. Posa tak juge. 
PAling aku tak faham sekal, gambo dan video yang patutnya disimpan sebagai rahsia negara. 
Gambo kapal selam. GAmbo kapal terbang. NIh aku sebut sebab aku kan wife ex-navy kan kan...
So, aku moskel bila tengok wife-wife navy yang baru nak UP ni, sebok tayang gambo laki pakai uniform siap mention nama kapal , pehtu mention lak mana kapal laki dia belayar segala macam. 
Yang siap snap gambo kapal pun ado gak! KApal perang tu beb! BUkan kapal menan anak ko. (Nak habaq laki i perwira negara ..tsk tsk..) OK..terkeluar tajuk plak. 


Semua orang ada sifat Judgemental ni. Sejak zaman dulu lagi. TApi, sekarang ni lebih teruk sebab begitu banyak faktor-faktor menyumbang , yang menggalakkan lagi orang bersikap suka menghakimi sesuatu. 

Lebih ramai orang suka membuang masa menjadi judge seterusnya menjadi perwira mempertahankan apa yang dirasakan BETUL, tapi hanya di FACEBOOK dan twitter sahaja. 

MAkin kurang mereka yang pergi ke kelas mempertahankan diri. Mempersiapkan diri berjihad. 
Yang mampu dilakukan adalah 'menonton' video orang yang hebat-hebat di fesbuk, dan kemudian komen 'ANDA HEBAT!', ataupun kemudiannya SHARE video tu sebagai tanda sokongan. Okla...dari tak buat pape. 

Makin kurang mereka yang berbuat sesuatu dengan ikhlas. Senyap sunyi. 

Makin ramai yang berani menyuarakan sesuatu kebencian dan memaparkannya tanpa mengetahui kebencian itu sesuatu yg sangat mudah merebak dan senang diaplikasikan, berbanding menyebar dan mengaplikasikan kasih sayang. 

Makin sukar memaafkan. MAkin mudah menjadi pendendam. 

MAkin ramai yang bongkak. 

Makin ramai yang membentak. 

MAkin mudah 'melabelkan' orang lain samada secara direct atau pun secara sindir. 


Bagaimanapun, ingat aku ingatkan, aku tak salahkan media sosial pun. 
Hakikatnya, media sosial ni banyak membantu dalam pelbagai aspek kehidupan. Aku sendiri pun pengguna tegar media sosial. TAuuu~
Ianya akan bermanfaat jika dimanfaatkan oleh mereka yang berotak bijak. 
TApi, masalahnya yang tak berapa nak bijak dan gemar membuang masa ini tidak kurang ramainya. Menggunakan media sosial sebagai tapak memulakan fitnah dan menyebarkan kebencian serta menjahanamkan orang lain. 
MAsing-masing nak tunjuk pandai, hebat dan sangat berpengalaman dalam semua perkara. 



Kita lah yang mencorakkan dunia. 
Kurangkan lah menjadi hakim. Biarlah HAKIM yang sebenar-benar hakim sahaja yang melakukan tugasnya. 
Kita ni cuma orang biasa. 
KAlau kita sibuk-sibuk menghentam orang , mana mungkin kita boleh jadi insan pemaaf dalam masa yang sama. Kalau kita boleh memaafkan dengan senang sekalipun, orang lain belum tentu. 



So, think happy thoughts. 
Make new friends. A lot of it. 
Be nice to all. 
And tak yah la judge orang beria. Kita ni panjang lagi perjalanan hidupnya. Belum tentu bila pengakhirannya dan BAGAIMANA akhirnya.


BAyangkan kalau video kita eksiden putus kaki tangan tu pulak ditonton jutaan manusia lain, menjadi viral pulak tu. Wahaaa...~ Camne tu ek?

 



Judge gambar ni.. HAHAHA



BAru ada idea menulis.
Makbed agak kusut, ditambah dengan kebizian melampau sejak akhir-akhir ni. 
Korang tau kan, aku tak menulis dalam keadaan beremosi negatif? Even how much I wanted to... I just control myself not to.

Hehehe..

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram