Followers

28 Oct 2013

Susah Jadi CIkgu La Ni

Rindu weh nak hapdet entry baru kat sini!


PEtang ni sempat nelepon MAk. Nak ngadu kat Mak, yang pusat Oni kena gigit semut. Dah bengkak plak sekitar pusat dia. KAlau udah sembang ngan MAk tu, lepas satu topik, masuk topik lain. Setiap topik amik masa dalam 5 menet. Biasanya, aku amik masa setengah jam nak habih cakap ngan MAk dalam tipon.
Dah berapa kali "ok la Mak. Assalamualaikum" dah, tapi dok sambung lagi sembang.


Tapi ada satu perkara menarik mengenai salah satu topik tanpa tajuk yang khusus, yg kami bualkan tadi.

Alang nak graduate dah 9 November akan datang. MAlangnya, aku takleh join nak hantar dia sebab ONi tengah sibuk practice jadi 'Ulat' untuk persembahan hari penyampaian hadiah kat sekolah dia. 'Ulat' mana buleh absent!

"Itula. TAdi kat sekolah Mak pun, ada budak ni kena marah. Kami dok berlatih lama dah untuk persembahan, tetiba hari ni dia mai habaq yang keluarga di kena pi bercuti. BErcuti besok pulak tu! Kena marah la.." kata Mak.

"LAa..siannya. Kot budak tu taktau kot Pak dia tempah tiket bercuti. Nih PAk dia baru habaq semalam...." aku plak buat spekulasi.

"HA..MEMANG! Dah la depa ni kalau bercuti, mesti pi luaq negara. MAna ada cuti dalam negara. Kalau tanya kat Kuala Lumpur ada apa, depa bukan reti jawab. Tapi, kalau sebut HOng Kong la, TAiwan la, CHina la.. laju je menjawabnya..."

"Eikk? Dah tu kalau buat karangan pasai 'tempat menarik di Malaysia' depa reti tulih dak?" tanyaku moskel.

"MAna reti. Suruh buat karangan tajuk 'Percutian Yang Tidak Boleh Saya Lupakan', depa cerita pasal melawat Paris, New York, Hong Kong....  Mak nak kena Google pulak check apa yang ada kat Paris tuh! Haih... susah betui kerja cikgu zaman la ni." 


Gelak golek-golek haku.

"KEsiannya. Cikgu pun tak merasa pi PAris, anak murid pi dulu.... "




Teringat zaman aku sekolah.

CIkgu sekolah buat lawatan pi KLCC masa tu pun, dah tergedik-gedik nak pi. Gi Zoo TAiping naik ketapi je pun, dah excited macam nak menikah dah gayanya. Iskk..Iskkk....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram