Followers

19 Oct 2013

Mencipta Anak Tak Banyak Songeh. Subjek ujikaji : Oni


 Cecara men'cipta' anak yg tak banyak songeh. 


1- Elakkan menggula-gulakan anak dengan Ipad atau apa saja gadget kepunyaan anda. 
Oni ngan Wawan memang lansung takde peluang mengisi masa lapang dengan gadget. Henpon aku pun aku tak kasi pegang, terutama sekali bila aku dah pakai smart phone. KAlau 3310, maybe aku konsider nak bagi. *kedekut. Walaupun dalam kereta, perjalanan amik masa yg lama , aku tetap tak BIASAkan. Time main, main. KAlau jumpa orang, bercakap. Bergaul, bersosial. Bukan, main gadget. 


2-Tak boleh sentuh laptop Ibu dan Ayah. 
Aku tak pernah sekali pun bukak game kat pc or laptop dan bagi anak main. Orang lain ada la tolong buat. Tapi bukak dari pc or lektop Ibu dan Apak. JAdi, takde situasi anak berebut lektop ngan Ibu. Dan takde situasi Ibu kena beralah ngan anak guna pc, sebab anak nak main game. 
Skang sapa Ibu. Ibu ke ONi?


3-Remote TV adalah kepunyaan Ibu dan bila Ibu nak tgk TV, takde sapa boleh kacau. 
Pemerintahan 'berkuku besi' lagi dominan ni memang dah sinonim dalam rumah. Disebabkan Apak takde, jadi IBu berkuasa la kan. So, bila Ibu nak tengok tv, anak-anak pasrah jela ngan channel pilihan IBu merekerrrr....  
Tapi, IBu jarang tengok tv la. Ibu pun kadang layan je Oggy tu. Apadahal.... 
KOrang takkan nampak status kat FB aku berebut tv ngan ONi. Tidak dalam waktu terdekat kot. 
Nanti masa dia remaja, maybe la. tihtihtih~


4- Kalau tidur dalam kereta,bangun dan compose diri sendiri dengan baik. Tak biasakan dukung anak masuk rumah even dia tengah tidur. 
KAlau ONi ke Wawan tidur, dah sampai depan umah je, aku gerak suruh bangun jalan masuk sendiri. Kalau dukung, memang aku kena dukung semedaaaaaaaang je la. No,no,no..
MAsa baby buleh la. NIh dah buleh jalan. Jalan daaaaa~  
KAlau nak kena dukung, bayangkan plak kalu besok-besok aku dok umah flat?


5-Belajar terima perkataan 'Tak Boleh' tanpa mengamuk. 
Kalau aku tak beli pape yg Oni atau Wawan nak, diorang ni takde la nangeh sampai nak runtuh supomaket. Ini kerana, kalau depa mogok je, aku wat derk..... Bila diorang behave, besoknya baru aku beli menda yg depa nak tu. Upah jadi baik. Sebenarnya, diorang takut kalu IBu 'melarikan' diri. Tet~

6- Belajar 'Minta Maaf'' even sekecik-kecik kesalahan seperti menumpahkan susu di atas lantai. 
HAaaa.. nih best. Tapi, kita kena start dulu. Tunjuk cara. Bila nak minta maaf. Kat siapa perlu minta maaf.
 Masa memula nak start, memang kelakar sikit la. Tapi, lama-lama, kita dah biasa. 
Cuba la. 
Anak kecik kalau datang minta maaf, Ya Allah... Hati Ibu ni , cair. PAstu, siap boleh berdoa-doa lagi. 

Sehari ada la 8 kali kot Oni minta maaf. Nak tido minta maaf lagi. Hhahaaa.. *banyak toi kesalahan dia.



7-Waktu tidur adalah berdisiplin. Tido pada jam 9malam. BAngun jam 7 pagi. 
Tapi, kalau aku kena keluar, atau maybe ada masa kena travel, bawak diorang, boleh je aku heret depa ni sekali walaupun diorang tido. 
Disebabkan diorang budak-budak, takde masalah diorang nak tido kat mana-mana pun. Orang pun paham. 
Ianya dipanggil, 'bertolak-ansur'. 



8- Tak boleh pukul orang dan rampas barang orang lain, walaupun kita suka menda tu. 
NAk ajar anak kecik bagi paham ni, wuuyooooo.... JEnuh. Ari tu, ONi menangih , air mata cam air terjun, bila dia nak kan belon yg sorang budak kecik ni pegang. BUdak tu plak mmg taknak bagi. Muka mmg tak nak share la tu. TAkpela..belon dia kan?
TErsedu-sedu lak Si Oni. Kena la pujuk plak.
 Camana aku pujuk?

Aku pulak nangeh nak belon tu.... (buat-buat je....)
Bila dia tgk nangeh nak belon, dia plak sound aku..

"Ibu ni. Dah tua-tua pun nak main belon ke?"

Pastu dia ketawa. 


Haaaa.. siap dah pujuk. 
Terus dia lupa pasal belon. Dan, start pada tu, dia behave... MAybe malu kot. 
TAtau la malu nak nangeh minta brg orang, atau malu nak tgk IBu dia nangeh depan orang. 



 
 


 Disebabkan Oni dan Wawan yg tak begitu banyak songeh, maka tak begitu sukar aku mencari penjaga walaupun last minute nak outstation. 
Dulu masa baby, susah sikit sebab kecik. 
Skang, dah makin besar..Alhamdulillah. 
Dah pandai bawak diri daahhh.


KAdangkan, Oni lebih 'dewasa' dari aku. 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram