Followers

1 Oct 2013

Kroihhhhhhh....Kroihhh.... Tapi siap gak tulis entry.




ENTRY SULUNG LEPAS BALIK OUTSTATION!!!!

kena juga tulis entri sebab Nuffnang dah takmo 'kawan' dengan aku. 


Alhamdulillah. 
HAmpir sebulan Inche Kitchi ado di rumah menjadi suami dan Apak yang cemerlang untuk kami, 29 haribulan lepas dia udah pun terbang ke Kota Kinabalu bagi menyambung tugas mencari rezeki buat kami. 

Aku yg memang terkenal dengan sifat suka 'mengambil kesempatan' ni , mengambil kesempatan la gi KL nak ngantor dia dan dalam masa yang sama aku nak gi rapport suma prospek dan client yg ado di sana. 
Sebab ari tu ada yang tak sempat jumpa semua. 


As usual ,kalu aku gi atas urusan kerja maka Otomen berdua tu kenalah tinggal kat umah je. KEBETULAN plak, Linda balik cuti minggu tu. SYukur sangat sebab ada pembantu jagakan anak-anak kecik ni. 

KAlau korang tanya aku, berapa kerap aku outstation dalam sebulan, aku pun tatau nak jawab. 
Paling kurang,sekali. 
PAling kerap , entah la. 5 kali pun ada kot.
 TApi, tu sekali harung ngan balik Kuantan sume la. Udah nama pun kerja gini, kat mana-mana pun aku bekerja. Balik umah Mak pun, leh kerja lagi. Syarat dia, bil telepon bayaq. Ada internet kat mana pun. MAka, KERJA tu dimana-mana. 


Aish..
Tu malas tulih belog lani. Asyik citer tang kerja je. 
Udah ini je yg aku dok buat for the past few days, and weeks!

Alhamdulillah....
Result bulan ini adalah memberansangkan. 
AKu berjaya achieve target untuk mendapatkan I Pad Mini secara FREE. 
Sebabnya, nak tunggu aku beli sendiri memang TAKDE LA sebab diri pun tak minat gadget. 
So, atas usaha dan sokongan SEMUA sahabat, I DID IT WELL this month. Especially to my Al-Azhar Associates, and the HKCC Team.. Mereka lah tempat aku menjerit-jerit menyatakan target bulanan aku setiap bulan. And they constantly remind me so that I wont forget. 
LOVE YOU ALL!!!!! *Hugssssss..
Inche Kitchi pun nampaknya cam excited je ngan aku punya keterujaan. Sanggup teman gi KL awal and follow up aku .. "berapa lagi kes nak cukup i pad niii?" 
Wahaha.. siap tanya macam bapak nak check keje skolah anak k...


 So, on last Thursday, pada tarikh 26hb sampai la 29hb, aku ada di KL. 
Stay di Prudential Training Academy, Bukit Antarabangsa. 
Kat situ le aku bertapa. 

PErnah buat entry pasal tempat ni. Baca SINI

Ini plak wajah sebahagian mereka yg saya sempat ketemu. 




Pah

Pah adalah sepupu Makbed. 
Dia dok Sri Baiduri Apartment , dekat-dekat ngan tempat aku stay tu. Kebetulan masa dia nak gi isi minyak, dia ternampak Bambam Bee parking kat dalam Academy. 
So, dia brenti singgah.... dan ajak aku gi umah makan goreng pisang. 
Sanggup masak kat sepupu dia yang kiut ni. HEHE..~




Sedap woi goreng pisang Pah masak. 
LAyan gak makan sambil lepak-lepak kat umah sewa dia. 




Puan Emi Gojes

Ini adalah Stokis HKCC Sarawak. Sekarang sudah berhijrah jadi orang KL. KAlau kome nampak muka ni kat area Puduraya, itu memang dia. Tak salah orang. Sebab dia dan Pudu memang sinonim sangat dah. 
HAHAHAHHAH~

NAk berkenalan boleh gi belog dia di  http://crazy-venus.blogspot.com/ dan nama pena dia Nadea Ramly.
Dah kawin. Asben dia Navy. JAdi, dia adalah tak berapa 'betoi' sangat at times , sama mcm aku sebab asben jauh. Lalalalalala~ *Ngutuk client sendiri plak. TApi dia garang. AKu tak. Aku baik je.





Kak Gayah

Ini Kak Gayah. 
Aku kenal dia masa jumpa si Emi ni la. 
Kak Gayah keje satu opis ngan Emi.
BAru kenai tak sampai 5 minit, dah ketawa-ketawi macam nak roboh pejabat. Ok..pasni appointment ngan aku takleh wat kat pejabat dah k. Rosak tatasusila camni. 
Tapi, Kak Gayah sangat cool. 



Na-o-mei

Ini kucing yang obes. Tuan kucing ni nak beli HKCC so dia cari aku. KEbetulan memang aku ada di KL.
KAlau fb pemes ngan Oni ngan Wawan, pesbuk tuan kucing ni pemes ngan gambo kucin debab ni je. Terlupa pulak nak snap gambo tuan kucin tu sebab dok ralit sembang. 
Comey tau kucin ni. TAk sama padan ngan tuan dia. Tuan dia keding je. Kucing lagi sihat dari tuan. Tu bukti betapa tuan dia sayang kat dia, sanggup tak makan sbb nak bagi kucing sihat... *ok tipu. 






Ni memang tak payah diperkenalkan dah.



Aku doakan korang berdua kahwin walaupun korang tak suka antara satu sama lain. HEee..~

Disebabkan flight INche Kitchi adalah pada jam 6.30 am pada 29 haribulan, so aku yang takut sesat dan ingat-ingat lupa jalan gi LCCT ni kena la minta bantuan Fiza ngan Gemok untuk jadi akunye GPS. 
Bagus ada diorang ni sebab malam-malam je diorang available. Siang depa tidoq. Sebab tu la time aku bergambo ngan depa je, malaaammm suasananya. Sebab malam je diorang ada. 

So, asben pun tak de risau aku nak balik sengsorang dari LCCT tu kendian.



Inche Kitchi snap gambo tak kiut lahh. Alaaa... Tengah gelak beso lak. Aih... Sabotaj ni. HAHAHAH *TApi publish gak gambonye. 

Ni saat dah sampai LCCT. 
MAsa ni dah jam 4.30 pagi dah. 
Lepas muah-muah asben, kami pun balik.... Tak tunggu pun sampai kapal terbang berlepas. KAlau babai-babai pun, bukannya dia nampak ye dak? 

Kalau ikut ati tu, lepas antar beliau, aku nak pecut balik KEdah terus. 
TApi, Inche Kitchi soh balik tido dulu. GAmaknya nampak mata pun dah nampak mcm kena tumbuk je, lagi nak drive. INgat Kedah tu dekat ke? 
Bila sampai bilik tu, kepala dah terbuai-buai dah rasa. Lepas solat SUbuh baru tido. Tu pun, dalam kepala dok ingat anak-anak je. 

3 jam je tido. 
BAngun-bangun tu terus bersiap balik. 
Jam 2 petang , pada 29hb aku dah pun sampai Kedah, selepas 4 jam memandu. 


******




30 haribulan, esoknya tu (Isnin), drive lagi. 
Hantar LInda balik asrama di Baling. 
PAstu, gi amik suma pos dan courier di pejabat pos.
Then, malam lak.. antar Umie gi stesen bas. Umie nak gi Terengganu. Ayah dah tunggu kat sana. 


Hari ni..
Selasa...
Appoinment ada 1. Tapi aku batalkan. 
Tadi dok elok-elok wat quotation kat meja, tetiba je kepala sakit. Entah le migren ke hape. Tak pernah migren. TAkde rekod migren pon before this. 
Kena rehat dulu sekejap. NAk tido...

Dan....

Tetiba....


BAIK BOSS!!

*excited. 





Kroihhh...Kroihhh...Kroihhhhh...~




Kepada mereka yg takde gambo , sori. 
MAkbed lupa snap. 
Thanks to Jun and Teacher Aimi Athirah atas layanan semasa aku singgah rumah korang. 
And to those yg tak sempat nak jumpa,  Wan Kering and wife, HAziq, Itik, Noni, NurKasih, Mamu, Kilah the Kazen, Cikin Cikinot si penjual kasut, Al-Phaten and few names on the list, nanti aku ekjas time utk anda ye.



Pen off dulu. NAk rest.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram