Followers

21 Oct 2013

"Ibu, Oni jadi Ulat"


 Lepas balik sekolah semalam, Oni sibuk menyanyi-nyanyi lagu yg aku lansung tak tau. 
Kemudian, dia nyanyi lagi Pak Mamat Ada Kebun pulak. 
Nyanyi sorang-sorang, ditemani Wawan. 
MAlas le aku nak menyampuk, join skali. Kang dia brenti nyanyi lak. 


Tengah melipat kain, Oni cakap camni..

"Ibu, esok cikgu suruh ONi jadi 'Ulat'..."

Aku , sebagai IBu yang selalu tak faham pun mengerut kening. 
Apesal la kena jadi ulat?
Aku assume, anak aku ni maybe sedang merepek, berangan atau pun dia menyampaikan maklumat yg tak berapa nak lengkap. 
Since ONi tidak menunjukkan tanda-tanda kemudaratan, aku biar je la dia mengulang-ulang perkataan 'ulat' tu sepanjang malam...... 



PAgi ni, aku hantar di ke sekolah. 
Biasanya, Alang yg hantar.
Jumpa Cikgu Eli dan Cikgu Eli tanya samaada Oni ada baju dan seluar warna hijau atau tak. 
Aku cakap le "takde". 


Rupanya.....


Oni memang kena jadi 'ULAT'.




MAjlis konvokesyen Tadikanya akan diadakan bulan November nanti. 
Oni kena berlakon jadi 'ulat'. 







Dan aku plak rasa Oni tu baru je seminggu aku lahirkan. 

Huuuu~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram