Followers

20 Oct 2013

Cara-Cara Saya Menceriakan Diri Saya Setiap Hari



1 - Suka dan cinta dengan kehidupan seharian
Kenapa kena suka kerja kita? Sebab kita spend hampir separuh masa hari kita dengan kerja. Dan kerja tu pulak adalah sumber kelansungan dan kesejahteraan hidup. Tapi, tidak semua orang bernasib baik dengan dianugerahkan pekerjaan yang dia suka. Ada yang dikurniakan kerja yang dia lansung tak suka, tapi terpaksa buat. KAn?
Macam aku, aku belajar menyukai tugas aku. Dan, truly.... Aku suka dengan kerja aku. Walaupun nampak macam messy nak mati kekadang. TApi, korang boleh nampak betapa aku suka dan enjoy ngan kerjaya aku sebagai Akak Kawasan dan Saudagar Kopi. KAn kan kan kan..~
TApi.. korang nampak juga, masa aku kerja jadi penyambut tetamu cum pembunuh lalat dulu pun, aku suka jugak. Sampai korang pun bercita-cita nak jadi penyambut tetamu, kan?

Love what you do, no matter what. KAlau tak, memang saiko!


2- Live an honest life.
Jadi diri sendiri. JAngan copy orang lain punya. JIka anda seorang peminat rock, maka apa salahnya minat rock, kan? JAngan risau tentang judgment. Selagi tidak mendatangkan mudarat kepada diri dan masyarakat setempat, buat la. Jujur. Jujur dengan diri anda dan sentiasa cuba menjadi jujur dengan orang lain.


3-Ada 'masa sendiri'
MAsa sendiri aku adalah masa aku drive. Sebabnya, kalau aku tak duduk kat atas kerusi opis aku ni, aku akan ada dalam kereta. Aku buleh duduk lama-lama dalam kereta, pasang ekon, pasang lagu kuat-kuat, pehtu buat kerja kat dalam tu. Susun jadual, buat planning.. KAdang aku sediakan quoatation pun dalam kereta.


4-Beri reward pada diri.
Reward aku selepas penat bekerja adalaahhhhhhhhhhh..... TENGOK WAYANG dan makan. Hihih~ Sape tak suka shopping, sila tutup mata.  Saya ini memang sangat gila tengok movie.  Dan, bila time nak meraikan diri sendiri dengan makanan, aku akan ajak sesapa teman. TAk kira la client ke, adik aku ke... kalu asben ada boleh je ajak dia. TApi, dah dia takde, kena cari partner lain lak. Ahaks~ 


5-Senyum dan ketawa
Senyum pada orang lain. JAngan kedekut senyum. Dan ketawalah. Sebab ketawa ni memang pengubat duka.


6-Memberi lebih
Ada ketika, aku akan jadi sangat rajin mengemas semua barang yang ada, tengok mana yg elok dan sedekahkan pada orang.  Try la. Kalau sedih dan rasa dianiaya, keluarlah dan tengok betapa ramai orang yg susah-susah. Hulurkan seploh hengget. Dan tengok wajah diorang. Sungguh, bila kita memberi, hati kita akan lebih lapang, dan kita akan bersyukur dengan apa yg kita ada dan sedang buat skang ni.


7-Aktifkan diri.
PAsang lagu kuat-kuat, move to the beat. Ataupun, go for a run. BErsosial dengan sihat. Involve dalam usrah. BErmasyarakat. Tengok sekeliling anda. JAngan dok terperuk dalam rumah , dalam dunia anda yg tak semenggah tu. Ingat, anda MANUSIA. BUkan KATAK. Aku selalu ckp cemtu kat diri sendiri. Kuang Kuang KUanggg~


8-TAkyah serius sangat lah!
Serius adalah time perlu serius. Disebabkan aku bukan bekerja sebagai security guard, polis dan tentera di medan perang, maka tak payah la muka tu nak serius sangat. KAt umah pun, aku seorang yg fun taaauuuuuuu... TAnya Oni kalau tak cayeee.
To be honest, semua orang ada sifat keanak-anakkan dalam diri. Aku tak pernah buang sifat tu. CUma, cover line jer. Opss~


hA.. Tu jelah!


Besok Pembantu Rumah Upahan nak mai kemas rumah sayeee.. Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram