Followers

5 Oct 2013

Barang Wajib Bawa Masa Makbed Travel



Sharing is caring ...



MAri kita sharing beberapa barang yg Makbed akan bawak setiap kali travel.


Contact solution

 Yeaahh... Saya adalah seorang pemakai kanta lekap sejak 11 tahun lepas. Guess my age plis. HAHAHAAA.  And along the journey of wearing contacts, this solutions is the BEST! TAkde jual kat farmasi kot. Kena beli kat optician atau kedai jual spek mata and lenses. KAlau aku beli sekali 2 botol. Setakat skang, belum ada botol kecik lagi.

Yeke aku pemakai lense? TAk nampak pun mata Makbed kaler-kaler?

Ok..pakai lense tak semestinya kena kaler. Mata saya memang berwarna brown, sebenornye. Ada jugak bercadang nak beli colored lense. 2 sets of it. Aku teringin sangat nak pakai warna lain, sebelah-sebelah. Imagine, mata kanan kaler biru, mata kiri warna oren. HAaa.. osem kan? NAK TRY LAH!




Eye-liner


EYE LINER! Ini adalah WAJIB. Kalau tak bawak, memang jam tu jugak aku gi beli kat pasaraya berdekatan. Pencarian eyeliner terbaik aku berhenti terus selepas mencuba ni lebih setahun lalu. Memang takde brand lain dah dalam purse. KAdang aku keluar, aku tak bawak pun beg mekap. AKu bawak ni je semata dalam henbeg.



Jarum

 Peniti adalah wajib ada,bersama dengan paling sikit 4 biji brooch yang kecil. TApi aku ada bekas kecil hanya utk brooch dan pin. TAkde special pun brooch dan pin yg mahal-mahal atau berkeliauan.. Sebab aku travel sebagai MAKBED, bukan Siti Nurhaliza kan....  Selain daripada ianya penting untuk pemakaian tudung, ia juga sangat efektif digunakan sebagai senjata mempertahankan diri.


RAyban
Ini bukan sebab nak berlagak artis ek. Ini adalah kerana aku ada sikit-sikit sifat 'vampire' yang sangat alah pada cahaya matahari.... YAkdish!!
Sebab travel adalah biasanya diiringi kerja-kerja di siang hari, maka sun-glasses adalah penting. KAlau tak, korang kena jumpa aku waktu malam je. Silau dan panas tengahari buat aku 'menangis'. HAbih mekap!!  Eyeliner pun cayaq. KAlau pakai mascara, sure dah jadi GOTH masa tu. ISkk~ TAk professional.


Bedak padat

Dan saya bawak 'SitiNurhaliza' kemana sahaja saya pergi. Hehehee...
OK baru je pakai bedak ni since pakai Pixy dan Maybelline last time. Tapi, Simplisiti ni dijamin halal kosmetiknya. So, saja try. Untuk travel, sangat osem sebab bekas dia sangat la nipiihhhhhh!!! Dan , warnanya HITAM. NAmpak mewah gitu. Ok ke tak? Susah nak cakap. Tunggu sampai bedak ni habih. KAlau saya beli lagi, maknanya ok la tu kan. Kekekekek..~




Minyak zaitun

Minyak safi. Bukan minyak sapi ye korang... 
Ini memang senantiasa ada. KAlau takde ni, baby oil JJ pun ok gak. TApi, aku suka yg ni. Gunanya untuk menenyeh wajah selepas balik kerja supaya bersih dari sebarang cela. Bila rambut kusut and kering, sebab lama pakai tudung, aku boh gak minyak ni sebelum tidur. KAlau selalu tido hotel, asyik duduk dalam bilik ekon je, minyak ni elok le sapu kat kulit muka dan badan bagi mengelakkan kulit kering. 



Sabun

Ini sabun pun kena ada kalau nak travel. Selain daripada ianya bertujuan untuk memastikan saya wangi, ianya juga digunakan untuk membasuh baju samada baju kecik, baju beso, seluar kecik dan tudung-tudung saya. DENGAN SYARAT,  baju yg saya bawak tu adalah jenis nipis dan cepat kering, dan tudung saya tu plak materialnya adalah chiffon atau silk. KAlau pashmina, tak lorat sangat nak basuh. Tudung kain chiffon ni kalau kena kari , memang kena basuh segera. HUuu.. so, nila ubat dia. AHAHAH~ 


HKCC


INi WAJIB!
Dalam henbeg ada 2 peket.
Dalam beg lektop ada 2 peket.
Dalam laci dashboard ada sepeket. 
Dalam beg baju ada 3 peket. 
MEmang aku letak bersepah-sepah macam tu. 
Kalau aku tak travel tak bawak ni, aku akan gi rumah mana-mana agen atau stokis berhampiran, dan rembat diorang punya 2 peket. HAHAHAHAH~ *tabiat yg lansung takleh tiru. MAngsa keadaan biasanya HAida dan Umie. 
Tapi, kebiasannya, client aku juga adalah pengguna HKCC. So, takde masalah laaa bab supply tuuuuu.......


PIRITON




Piriton adalah sentiasa dalam henbeg. 
Medications kena bawak senantiasa sebab aku ni selalu selsema kalau tak cukup tido. PAstu gatal idung, gatal kepala, gatal telinga. Ini ubat GATAL aku. Lepas ambik, boleh tidor dengan tenang. Leh beli kat farmasi. 10 biji RM2 je.
Inhaler

 Ini inhaler baby. Malas nak google banyak. AKu amik yang paling depan je. HAHAHAH..
This one never leave my handbag. Walaupun jarang guna dah menda ni tapi kena gak stenbai sbb time nak menyerang tu kita taktau bila.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram