Followers

19 Sep 2013

Terkini Oni dan Wawan.


Ampunkan saya penunggu guaaa....




NAsib baik tak lupa password blog. 
Inilah namanya blogger yg lupa diri. 



Seperti yg diketahui, Inche Kitchi balik cuti sampai hujung bulan ni, bermula 8 haribulan ari tu. 
Sebaik sahaja beliau pulang, Makbed pulak outstation. 
Well, kepulangannya tidak dijangkakan sebenarnya... Patutnya dia balik lewat sikit. TApi, dia balik awal, bagus la. TAkde la serba-salah nak tinggal Oni ngan Wawan since Apak depa ada. 


ONi plak dah makin tinggi. 
BAnyak pulak seluar dia yang senteng. 
Wawan pulak, beso kat perut. 
Tshirt kalu dipakainya, bergulung naik atas sebab perut buncit. HEHehehheh~

Kena beli baju baru la wahai anak-anak sekelian. 
Nanti Ibu belikan ye. 


Tu citer bab baju. 
Fizikal dah maju. 
Tapi Oni tetap aku anggap macam baru setahun je umurnya. 
Kalau tengok baju dia kat kedai, aku dok kempius lagi anak aku ni tinggi mana, besar mana. 
Buat malu kat promoter jek. 
HAHHAHAA~

Ari tu Oni sound aku..

Aku ajar dia penjodoh bilangan. 

Perkataan yang nak di'jodohbilangan'kan adalah...

LIPAS.


"Ibu nampak seekor lipas di tandas."


Ate dimarahnya aku plak. 



"IBU, LIPAS MANA ADA EKOR. DIA ADA MISAI SAHAJA. "



"Haa... ok leerr.." aku jawab plak. Malas pulak rasa nak berbahas. 

Kalau cikgu cakap tu, betui aje semuanya.
Aku cakap, asyik kena betulkan je. Dush Dush~


Sampai nak suruh makan sayur pun, kena sebut nama cikgu gak. BAru nak makan. 



So, mulai daripada semalam, aku suruh Oni panggil aku "CIKGU IBU".

DIa setuju jekkk~ 

HAHAHAHAHAHA..




Wawan?


Cengeng macam biasa.
Semua nak nangeh. 
Mementang Apak ada, lagi mendayu-dayu tangisan dia. 
Seni menangis tu takde tempat lain dah dia dapat - kat sekolah ler tu. 

Memula merajuk minta barang tak dapat.
Diam seketika, muka sebek. 
Mulut panjang.
PAstu, bunyi tangisan sikit.
Pehtu, teresak-esak plak. 
Pehtu, kuat sikit nangeh. Air mata dah keluar macam air terjun. 
Pehtu, IBu pujuk sat. 
Diam sat. 
Bunyi lak suara ngengada... Nak peluk la bagai. 
Pehtu...
Nangeh balik sebab mata sakit dek menangih yang awal tadi. 


JAdi, aku sebagai IBu dia, aku buat derk jela.
Nangeh la sampai tido. 
Haish~ 
Kalau time nangeh tu keluar lagu Pocoyo ke Oggy ke, terus sedut balik suma ingus ngan air mata yg tadi tu keluar macam ayaq terjun, ayaq mata tu pun gostan balik masuk dalam mata. Apa punya turr..~
 




Ini lah dio mereka-mereka yang membuat saya berputar-putar sampai pening.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram