Followers

1 Sep 2013

Majlis Jamuan Hari Raya dan Bandar Tulang.

Assalamualaikum warahmatullah..


Oh my...
Sangat lama tak blogging. Rindu tak bertepi kat korang suma. 
Dan pastinya suami saya juga ternanti-nanti entry terbaru dari aku. 
Dah beberapa hari kami tak bermesej-mesej due to kebizian yg begitu maveles sejak akhir-akhir ini. 
By the way, Inche KItchi ada inform kapal dia nak gi Bangladesh tapi tak sure bila. 

NAsihat ..
Sampai kat Bangladesh tu, jangan turun kapal ye Bucux.
Nanti kapal tinggal.
Dah le lebih kurang sama je idung awak ngan abang Desh tu. Kang, awek-awek sana ngorat plokkk!

HEhe...


Proudly to blog about things I did sehingga menjadi punca tak berblog. 

This was one of it. 
Happened just recently, in-conjunction of celebrating Eid Mubarak as well as Hari Merdeka yang ke-56.

Al-Azhar Associates menjemput semua clients particularly yg dok area Manjung, Sitiawan dan Lumut untuk memeriahkan majlis. So, ada antara kalian yang menerima mesej jemputan dari MAkbed. Kalau tak dapat, MAkbed minta maaf sesangat kerana termiss nama anda. 

Ini merupakan majlis hari raya PERTAMA dikelolakan Al-Azhar Associates dan kami masih lagi blajaq-blajaq untuk jadi terer. Hewhewhew.. 

But it went well today. Congratulations to those who involved this project. And thank you to all clients who managed to come.



Disebabkan aku je agen yang tercampak di luar kawasan, so cam besa la.. AKu bermusafir. Encik Boss iaitunya Encik Azhar Abdul Samat telah membuat panggilan minta aku datang 2 hari awal dari tarikh untuk preparation. 

Sebabnya, kami nak masak sendiri. TAk mau catering-catering. NAk masak dengan penuh kasih-sayang gitewww.. AHAKS!


Siap susun pisau
AKtiviti masak-masak buat ka umah Boss. Dah tau dah dapur KAk Nor banyak pisau, tapi dia tak reti asah pisau dia. Punya berlambak pisau dalam laci, tapi semua tumpul. Stress Mak taw. 

So, kali ni aku nak pi masak-masak, aku bawak skali batu asah yang diwariskan oleh Abah kat aku. BAwak sekali pisau sendiri , papan potong sendiri, gunting sendiri. HAHAHA... Punya semangat nak masak ok. Stenbai sebab nanti ramai orang nak masak. Better bawak 'senjata' sendiri la kan. 

AKu gerak jam 9.30pagi dari umah aku, jam 12.30tghari sampai MAnjung. Gi opis sat. Check-in hotel cam biasa. Orang kat hotel pun dah paham sangat dah ngan kastemer sorang ni. Sampai receptionist dia pun dah add aku kat pesbuk. HAHAHAHAH~ Senang la pasni nak book bilik kan kan kaann...~


 Elok je melabuhkan bontot kat atas tikar umah Kak Nor, keja aku asah pisau jek. 
Punya la suka Kak Nor bila semua pisau dia tajam-tajam belaka. MAkin rajin la dia memasak lepas ni!
Dah tu siap pesan lagi bila aku datang MAnjung sebulan sekali, bawak batu asah dan tolong asah semua pisau dia. NI kes tak reti asah pisau le ni.

 JAdi, skang aku ada pekerjaan baru - TUKANG ASAH PISAU.

NAsib baik Abah bagi aku training baek punya tang bab asah pisau tu. Hewhewhew~ Berguna gak ilmu tu ye.

Penulis bersama Rohaijah dan Rokiah

Khamis malam tu, aku dan beberapa rakan lain sibuk dah bersiang bawang, kupas ubi dan segala mak neka la buat. BAnyak je keja tapi sebab ramai assistant, takde la rasa penat sangat. BEst gak. 
Malam tu aku balik jam 2 pagi. Seb bek umah boss ngan hotel aku tu dekat je. 





24 hours before the DATE

 HAri kedua, dah ramai datang.
MAsing-masing dah pun dibahagikan tugas seminggu awal masa meeting.
AKu je takde dalam meeting, sbb jauh. 
Tapi, depa selalu update dalam whatsapp. 
Rakan seperjuangan bersilih-ganti membantu. LEpas sorang balik, ada orang lain yg datang. Alhamdulillah, kerja yang berat menjadi ringan. 



Cuaca mendung je pada hari majlis berlansung.
MAjlis start jam 10 pagi sampai jam 2ptg.
Dekat-dekat nak habih tu barulah hujan turun selebat-lebatnya. 
Alhamdulillah...

NAmun, walau tak panas, ketiak menangis jugak lah. HUu..~


CLients yang hadir




Lauk-lauk yang dihidangkan semuanya dimasak sendiri. 
BErmula dari ketupat nasi dan kuah kacang, lodeh, rendang, daging masak hitam....
CUma sate je org lain bakarkan. 
Memang makanan sangat maveles hari tu. 



The Ladies : Amy, Makbed (agen Kedah), Juliana Jamni,Kak Nor dan Azura Tukiran (agen Johor)

Hah, ni gambo apesal blur lak ni?









Aku telah di 360 kan. Kening aku tetiba je nipih. 



Rosli Amzah (agen Johor)

Ini orang terkuat ni. 
Walaupun dia lelaki,tapi aku rasa dia punya 'credit hours' dok dapur memasak adalah lebih lama dari semua pompuan yg ado. Huhuhuhuhu..
Dia masak nasik tomato tau.
Maluuuuuu...sebab aku tak reti!
PAstu, masa hari majlis, dia jadi DJ pulok.




Encik Azhar Abdul Samat

Overall, majlis berjalan dengan baik. 
Semua rasa seronok dapat main masak-masak kat belakang umah Boss. 
Dan aku, 2 malam dah balik jam 2 pagi. 




Skang, aku masih lagi tak tido. Walaupun balik bilik jam 10 malam tadi. Hmmm....


Pose comel hari ini... COMEY LA SANGAT!



Somehow I can FEEL , mata aku payah nak lena dah memalam. MAi balik dah penyakit bila malam mai je, mata jadi bulat. Siang pulak, mata jadi kuyuuu... Nak lena jek. 
Ni pun aku terpikir nak gerak balik malam tadi pas habih majlis. 
Alasan, tak panas. 
Bila mai penyakit takut panas ni??

Ni namanya sindrom VAMPIRE kembali. hAHHAHAHAH~





New passion and obsession. 
Ketahuilah kalian, kalau bab buku-buku macam gini, aku memang sangat eksaited. 
Citer tipu je pun nye. TApi , puas hati baca sebab buku ni memang tipu aku bebetui and I am well-aware. 
Tak baca novel-novel cinta sangat sebab ianya macam betui, tapi hakikatnya tipu jugak. Dan, seseorang telah memberitahu aku bebaru ni...

"Ko cuba lah jadi sweet camne pun, ko punya tahap brutal ko tu dah takleh cover dah. IAnya bukan dari cara ko berpakaian, tapi ianya melekat kat diri ko macam KULIT ko. But, people still loves you no matter what, no matter how. So, appreciate it and stop questioning thing."


Sapa belom tengok The Mortal Instruments: City of Bones, silalah gi tengok. Besh!
Sapa belom baca buku dia, ketahuilah ianya ada 5 jilid nak dihabihkan. AKu dah beli 3. 
Cassandra Clare pun penulis yang osem jugak.... better than Stephanie Meyer kot ??



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram