Followers

2 Sep 2013

Aku dan Lagu Negaraku di Panggung Wayang.



Sambung balik citer tadi.

Udahnya blur takleh wakpe, henpon pun takde.
HAri ni memang tak de appointment. Not planning on having one though.

Oh... lupa nak cakap.
All my Twilight book had been found!!
Ianya sudah tersusun di rak buku bersama koleksi The Mortal Instruments.

Dan, tadi masa blur-blur tu, aku decide nak gi panjat tangga cinema kat Alor Setar MAll dan tengok skali lagi citer The MOrtal Instruments: City Of Bones. *Ekstrimis dah mai balek dah.
Novelnya dah habih sebijik, Volume 1. So, mari kita tengok movie tu lagi skali supaya dapat menikmati wajah Jace Wayland lebih lama. HAHAHAHAHAHAH!! *makbed, ko dah tua. bertobat lah MAkbed!

Dan berlainan sikit dari sesi movie yg lepas, kali ni aku boleh berdiri nyanyi lagu NEGARAKU sebelum movie ditayangkan.

Salute kepada idea meletakkan iklan berunsurkan kenegaraan sebelum movie bermula. MAsa ni, boleh tengok gelagat orang.

Aku kebetulan dok sebelah beberapa perempuan lingkungan umur 19 ke 22 tahun mungkin. Tengok dari cara berpakaian dan cara berborak, gaya macam budak lagi. Ni zaman citer pasal pakwe-pakwe nih.

MAsa tengok iklan pasal mereka yg terkorban di Lahad Datu tu, memula depa ni terkebil-kebil. TApi, sebab kawan ada ramai, jadi takde la rasa awkward kot.
Aku dgr jela dialog-dialog 'muda' diorang...

"Sedih siot... !"

Itulah antara ayat yang kedengaran.


Aku tengok plak satu pasangan cina kat hujung.
KEduanya bersungguh menonton iklan hari kemerdekaan tu, macam tengok movie. Takde lansung bercakap. MAin henpon pun tak.
Nampak tak beza?


PAstukan..

Tiba la saat lagu Negaraku dimainkan.
Semua diminta berdiri. Gitulah yang ditulis di skrin tayangan.

Aku tengok uncle berbangsa cina depan aku laju je berdiri. TAkde toleh-toleh.
TAkde berat bontot.

TApi,yang dok sebelah aku ni, remaja-remaja ni pakat dok gelak-gelak , even lagu tu dah start.

"Nak kena bangun ke?" tanya salah seorang daripada mereka, sambil menoleh ke belakang, meninjau samada orang bangun ke tak.

HAnya bila aku yang dah bangun ni berdehem sikit... BAru la depa ni diam dan berdiri.


LAgi best, pasangan MELAYU juga, depan aku lansung tak bangun.
Dan bila semua orang pakat dok nyanyi, baru dia tersedar yang dia dan pasangan dia je yg tak bangun.
Lalu , dia pun berdiri juga.

Pasangan cina di hujung, yang dok tengok dengan khusyuk iklan hari kemerdekaan, dioranglah yg menyanyi lagi Negaraku, tanpa sedikit pun rasa segan, apatah lagi tertoleh-toleh memandang orang lain.


Aku?

HAnya mampu tengok mereka yg duduk dekat dengan aku je.

Menyanyi juga. Lagi best kalau ada Oni. HEhehe..



Jadi..

Aku nampak begini.

NEGARA kita, Malaysia memang merdeka.
Bangsa kita aje yang belum.


Kadang-kadang, aku keluar sorang-sorang bukan sebab aku takde teman atau takde kawan.
Aku keluar sorang-sorang tu untuk mendekati dunia dengan lebih intim, dan mengintepretasikan ia dengan pemahaman aku sendiri.
KAta orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. Dan pandangan juga.


Salam Kemerdekaan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram