Followers

10 Sep 2013

2 Trend Sejak Akhir-Akhir Ni



Sejak zaman teknologi yang berkembang-pesat ni, nak berniaga ,nak membeli-belah skang dah takyah bangun dari kerusi dah. 
Bontot melekat kat kusi je... duit boleh habih ribu-ribu. 
Seb bek masa posmen datang deliver barang, kena bangun sign terima barang. MAka, kena la berjalan sikit. Kalau tak, silap gaya, posmen pon kena masuk sniri dalam umah utk amik signature kita. 


Begitulah KITA agaknya di zaman depan. 
Zaman yg serba-tak-payah-bergerak kemana pun. 


HAri ni aku nak tulih berkenaan 2 trend yang paling awesome tapi agak annoying juga bagi pandangan mata aku. AKu taktau la korang, tapi ini aku la. 



Trend pertama. 



PM PLIS!!!



Promoter sesuatu barang tu udah pun letakkan segala detail barangan dan servis yg dia tawarkan, siap dengan number phone serta harga di ruang statusnya, tapi yang membalas komen di bawah status tu hanya tulih "PM!"
 
Iklan juga ada menulis arahan terang, "PM jika berminat" dan kemudiannya, perkataan PM akan muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, berderet-deret di ruangan komen iklan. 

Kegilaan terhadap huruk P dan M ni memang sangat ketara bila apa saja la menda yang orang iklankan, semua dia nak tulih PM. 
Padahal, dalam iklan tu dah cakap "PESANAN di ruangan komen tidak dilayan. Jika berminat, boleh terus email ke alamat tertera atau hubungi number phone berikut."
 NAK JUGA TU DIA TULIS "PM".

TAhukah anda apakah PM?
Apakah fungsinya?
Bila perlunya PM?


PM ni mungkin ada banyak makna... tapi kalau ditulis kat ruangan komen, ia MUNGKIN bermaksud Private Me!

Sebelum kita suruh orang tu PM kita semula, kita kena tahu dlu, untuk tujuan apa ANDA MAHU ORANG TERTENTU PM anda.

Dan aku rasa tak salah sekiranya ANDA BERMINAT TENTANG SESUATU PRODUK tertentu, ANDA SENDIRI PM tuan punya produk untuk mohon penjelasan lanjut. 
Tak perlu lah menabur perkataan PM berselerak di ruangan komen kerana ianya adalah sesuatu pekerjaan yg sia-sia.
Terus sahaja PM di inbox tuan punya iklan tu. Habeh cerita, 
BArulah nampak anda benar-benar berminat nak tahu tentang sesuatu produk. 




Trend kedua. 


PEnjualan barangan yang mempunya bacaan ayat suci Al-Quran.

Ini pun termasuk dalam kegilaan dan trend. 
Sehingga aku sendiri pun tak yakin adakah barangan yg 'didakwa' ada dibaca ayat-ayat AL-Quran ini tulen ke tak tulen. 
Sampai semua la ada bacaan ayat suci. 
Cuma moskelnya aku adalah, jika barangan ini dibacakan ayat suci, kemudian uruskan penghantarannya dilakukan secara postage, bagaimanakah keadaannya? 

Dan, dengan adanya produk yang di'dakwa' ada bacaan ayat suci ni, masyarakat kita bagaikan semakin malas. Ayat-ayat ruqyah yang mudah, boleh diamalkan sendiri pun, dah takmau baca.
Dok harap orang lain bacakan. 
Alasan, bacaan tak elok. Takut tersalah. 

Nampak?
Kenapa tidak berusaha?
KAlau dulu, nak air 'jampi' kena mengadap ustaz dan imam. 
Sekarang, kita dah tak yah jumpa ustaz. Muka ustaz pun tak kenal. MAin online je order. 
 Allahuakbar. 
Semudah itu kah?

PAling terkesan kat hati aku apabila aku gi kat satu kedai menjual rempah.
 Rempah memasak yang dibuat sendiri dengan tangan. 
Kedai A ni memang dimiliki seorang India. Memang dia ni pakar buat rempah kari, rempah kurma. Sejak dulu-dulu lagi orang beli kat dia. Cina beli kat dia. Melayu pun beli kat dia jugak. Bayangkan la , dah lebih 20 tahun dia berniaga di situ. 

Ada pulak kedai B. Dimiliki oleh orang Melayu kita. Juai rempah juga. Rempah buat sendiri juga, Juai ikut timbang gitu. 
Disebabkan, reputasi Makcik India Kedai A memang dah tersohor, orang tetap beli kat MAkcik India ni meskipun ada penjual Melayu yang buat rempah. 
Taktau le sebab apa orang tak berapa nak beli kat si Melayu. BUkan la takde lansung beli, tapi kurang sangat. 

Maka, nak melariskan perniagaan punya pasal, si Melayu ni mempersoalkan pelanggan-pelanggan MAkcik India yang suka sangat beli kat Makcik tu. Dan ayat yang last tu yg buat aku pedih sikit....

"Rempah saya ni saya dah selawat, baca ayat-ayat ruqyah dah. Belilah barangan orang Melayu kita. Yang pi beli hat India tu kenapa??" 

Kata-kata tu buat aku terpana seketika. 
Wah..bagus betui. BUat rempah sambil baca ayat ruqyah.
 PAdahal, solat jumaat aku tengok miss semedang. 

NAmpak tak? 

Kata-kata dia tu buat pembeli jadi bersalah. Rasa berdosa. Mula lah ada doubt di sana sini.. Kesian MAkcik India tu. TAktau pape. 

Tapi sudahnya, Makcik India tu cakap...

"Itu budak Melayu beli rempah pun sama saya lah!!!  Dia kata mau jual ini rempah. Rempah sedap.."


Ha.. tengok!! Tengok!!! 
Tak ke memalukan bila orang suma dah tau. 


BAgi aku, terlalu banyak orang mempermainkan ayat-ayat Allah untuk buat jualan. 
Kismis dalam kotak, katanya ada bacaan ayat suci. Tapi, susun kismis atas lantai. Tepi pintu tandas. 
Tisu pun kata ada bacaat ayat suci ko tau!
Coklat...
Kopok lekor pun ada.
Minyak lintah pun ada tau. 


 

Gila.. peh ni minyak petrol Ron 97  tu pun dia kata ada bacaan ayat suci. Punya nak bagi laku.





 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram