Followers

1 Aug 2013

Travel di Bulan Puasa pulak.

Udah sampai Manjung!



ALHAMDULILLAH.


Gerak lepas Maghrib. Hari ni berbuka kat Ed Cafe. MAkan sikensop (chicken chop).
HAri ni ntah napa berbelah bagi nak tinggal Oni dan Wawan.
Sedey..~


Oleh kerana Apak takde, maka Oni dan Wawan perlu dijaga Alang.
TApi, Alang skang sibuk ngan gerai bazar dia.
Takleh jaga dedua.

Umie plak memang buleh jaga Wawan je.
Takmo jaga ONi yg buas lagi cengeng. Kadang mai ngade ONi nak dukung je. HEhehehe..


So, kena separate lerrr..
Oni dok ngan Alang.
Wawan hantar gi umah Umie.
Alang leh la match ngan ketangkasan ONi.
Wawan takpe. Keje dia tido ngan makan je. Pehtu nangeh. Ulang-ulang gitu je. Senang jaga budak tu.


Allah...
Kalau takde bantuan-bantuan ni, macam mana la nak mencari rezeki.
Rezeki bantuan-bantuan ni payah dapat tau.
Concern and consideration.
PApepun, aku berterima kasih dan bersyukur.

Kendian , Alang gtau Linda balik besok.
Dah start cuti raya.
ALhamdulillah.
Takde la riso sangat kalu Alang bizi. Lin ada tengokkan Oni.
So, 3 hari aku gi keje ni diorang dalam keadaan baik.


Dan aku plak sebelum gerak tu gi isi minyak kat Shell 'Peramah'.
Tu nama manjanya.
Pekerja-pekerja Shell tu ramah-ramah belaka. Buleh kempius sat aku ni kat petrol pam ke kat supomaket nak beli baju raya. AHAHAHAHH~
Isi minyak plak, full tank . Tengok harga kat skrin ----- RM 77.77

HAhaha.. petanda apakah ini?

Berbekalkan air mineral, coklat kitkat dan kopi , aku pun memecut ibarat Maikel Shumeker gittewww. JAlan lengang la. Dah malam.
Ada lori je manyak.
Masuk kat Pantai Remis je berderet keta ngan lori.
Complete la satu muqaddam aku mengaji dalam kereta.
Habih ngaji, aku karoke pulak demi takmo bagi ngantok.
Ih..ih.ih...~


Menginap di XZ HOTEL, jalan nak gi Teluk Muruh.
Sebelah ngan Taman Bukit Permata.
Hotel baru.. BAru 3 bulan gitu.
But I've been here more than 3 times already bila outstation.
MAsa tu tengah promo.
Bilik murah.

Sini takde Astro.
Tapi ada wifi. Line bagus.
Bilik luas, walaupun bilik single.
Muat la nak solat.
Nak buat zumba pun boleh hoke. HAHAHAHAHH!
Iron disediakan upon request. Bila request , dia akan antar sekali iron board.
Ada kettle. Telepon.

Yang penting, dengan rege RM35 untuk single, aku dpt bilik ada tingkap.
Selalunya bilik single ni takde tingkap tau.


Papepun, muka aku ni dah pemes dah kat hotel ni.
Senang nak booking sebab aku dah amek nombor telepon pekerja dia.
Well, sebenornya aku amik nombor tepon setiap hotel kesukaan sekitar Manjung Stiawan. So, sapa yg paling senang dihubungi, maka aku akan pilih hotel tu la.
Dan kawan ngan pekerja hotel , apatah lagi manager hotel adalah osem.
LALALALALALALAL~
Walaupun hotel tu hotel murah jerr. Piss~


Okla.
NAk tido dah. Lewat lak tido.
Tak tido camna nak qiyamulail.
Kang terlepas sahur.
Hari ni sahur makan megi je.
Tak koser nak kuar jenjalan cari makan dah.

Besok sehari lagi nak jalan gi KL.
Balik hari je. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram