Followers

13 Aug 2013

Mari Batalkan Insurans Kita Untuk Mengecilkan Perbelanjaan Keluarga.



"Abang tengah SESAK sekarang. We need to cut our expenses. Kalau darurat sangat, Abang akan let go insurans dulu. Tak mampu la nak bayar....  Lagipun, BUKAN PERLU SANGAT PUN LAGI KAN?"


Pernah tak anda terfikir nak buat macam ni?

Well, sebagai perunding kewangan , ayat macam gini memang dah TERLALU BIASA aku dengar. 
Dan sebagai orang yang ada serba-sikit pengalaman, teringin juga aku nak kongsi apa yang aku tahu hasil daripada ayat seperti di atas. 


Jangan terkejut bila aku katakan, walaupun kalian potong perbelanjaan apa sekalipun, terutamanya culas bayar insurans sebab bajet tak cukup, PERCAYALAH... BAJET ANDA TAKKAN PERNAH CUKUP. 

Ini kerana, inflasi memang di mana-mana. Serba-serbi inflasi. Kita boleh terus-terusan menuding jari kat orang atas masalah inflasi tapi, ketahuilah.. Bukan kita je menderita inflasi ni. 

Jika semua menda naik harga, SO DOES MEDICAL COST.
 Medical inflation juga adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. 
Ajaibnya, kita lansung tak nampak bahaya yang nak datang sebab malang kan tidak menghasilkan bau. Betui tak?



Kita akan rasa insurans ini tidak perlu sebab KETIKA INI kita tak sakit pun.
Kita akan rasa insurans ini tidak perlu sebab KETIKA INI kita sedang bekerja dan kos perubatan kita dan keluarga ditanggung beres oleh syarikat tempat kita bekerja. 
Kita rasa insurans ini tidak perlu sangat sebab ada perkara lain lagi yang lebih perlu seperti BAYAR BIL, SEWA RUMAH, BAYAR HUTANG BANK, HUTANG KERETA..
Kita sentiasa rasa insurans tak berapa perlu sebab lebih perlu bayar ansuran telefon bimbit, perabot di Courts Mamoth dan seumpamanya. 


Malah, kita lebih rasa bayar bil asteruk lebih PENTING dari bayar insurans. 


Aku sering melihat, seseorang yang bercadang nak kanselkan insuransnya, masih mampu pakai smartphone, bukan sebijik malahan dua bijik. 
Untuk isteri satu, untuk dia satu. Senang nak main wasap-wasap katenye. JImat kredit!

Aku sering juga tengok, orang yang nak kansel insurans dia, menjerit-jerit bila asteruk dia takde chanel bila hujan, dan memaki hamun, tapi hujung bulan dia bayar jugak bil asteruk tuh. KAtenye , kalau takde asteruk, sunyi idup. Kena ada juga entertainment dalam kehidupan ni. 

Aku sering juga tengok, orang yang beria benor nak kanselkan polisinya, boleh plak tukar ekzos , rim tayar, pasang spoiler, letak ekzober hidrolik lagi tuhhh!!! Demi keta kesayangan. Katenye, hobi. Keretalah cinta hati dan nyawa. 

Ada yang lebih hebat, polisi anak-anak pun dia sanggup korbankan atas alasan, anak-anak jarang sakit. Tak kan masuk hospital punya. Duit yang ada ini cukup-cukup makan sahaja. Rm150 sebulan untuk sorang anak, boleh buat macam-macam tau. KAtenye...



Rakan-rakan yang aku kasihi...

Dalam kehidupan ni ada 3 keperluan yang sangat penting iaitu:

* MAKANAN
* TEMPAT BERLINDUNG
* PAKAIAN


Ini semua penting. 

MAKANAN adalah penting dalam hidup, tapi makanan jenis apakah yang penting? KFC, MEKDI, ITALIANIS, CHILLIS? Adakah itu makanan penting?

TEMPAT BERLINDUNG adalah keperluan, tapi tempat berlindung bagaimanakah yang kita corakkan? Rumah pangsa, banglo, teres.... English Interior, Melayu Interior... atau kontemporary?

PAKAIAN pun penting. Tapi, pakaian yg macam mana yg kita patut konsider penting? Tudung LApis 3 tingkat pelbagai warna, Tudung saji, tudung tengkorak, tudung kain guni, atau tudung bawal?


Kita seringkali gagal mendefinasikan KEPERLUAN . Di zaman kini, KEHENDAK selalu tersisip di celah-celah KEPERLUAN membuatkan orang macam kita yang tak berapa nak mewah ni sedikit tersasar dalam menentukan prioriti kehidupan. 



Kenapa perlu kanselkan polisi sedangkan anda masih mampu bayar bil asteruk bulan-bulan? Adakah asteruk termasuk dalam KEPERLUAN? 
Kenapa perlu kanselkan polisi sedangkan anda masih mampu travel ke sana-kemari saban bulan?

I get it...
Sakit , kemalangan kalu disebut 44 kali, memang akan jadi jugak.
 Itu kata mereka pada aku setiap kali aku remind diorang tentang wujudnya musibah yang kita tak tahu bila nak datang. 
TApi, apa yang aku cakap ini bukan TAHYUL. 
Bukan rekaan. 
Dan jauh sekali pula aku MENDOAKAN perkara tak baik berlaku kepada kalian. 
Hanya sekadar mengingatkan. 

Kerana pada aku, kita ini bukan dari golongan ada-ada , yang duitnya berkepuk-kepuk di bank dan boleh dikeluarkan bila-bila masa. 
Kerana, kita ini bukan orang yang kerjanya mewah-mewah belaka. MAsing-masing punya kemahuan tapi banyak yang terpendam cuma. 
Kerana kita ini bukan orang yang sentiasa dijamin sihat. Even aku sendiri pun tak boleh gerenti aku nak sihat sokmo sampai tahun depan. 


Apa terjadi jika anda stop bayar premium dan batalkan polisi insurans anda?




MAKANAN, TEMPAT BERLINDUNG dan PAKAIAN semuanya boleh hilang sekelip mata bila:

Kita hilang mata pencarian atas pelbagai sebab. 
Jika kita hilang mata pencarian akibat dibuang kerja, tetapi masih ada kudrat tubuh yang sihat, we can always find a new job and work something out. 

BUt , what if bila kita hilang mata pencarian akibat sakit yang teruk, atau pun impak kemalangan yang kekal? 

Anda fikir majikan akan terus support anda sehingga akhir hayat? 
Adakah majikan akan support pengajian anak-anak sehingga tamat pengajian?
Adakah majikan akan terus membayar gaji anda apabila anda sudah tidak lagi menyumbang tenaga kepada syarikat?


YA, Mungkin ada majikan yang baik da bertimbangrasa. 
Tetapi, bukan semua di antara kita bernasib baik. Yang mana dah tahu yang nasib dia tak berapa nak baik tu, BERINGAT!


Hanya INSURANS sahaja yang boleh SUSTAIN keperluan hidup anda bila anda ditimpa musibah. 
Insurans yang mampu menyediakan bantuan, di kala orang lain semua hanya mampu geleng-geleng dan cakap kesian. 
KEhidupan anda boleh diteruskan.
Anda sakit, perlu rawatan. Medical Card ada.
Anda tak perlu gadai rumah, pinjam meminjam dan lelong barang. Pampasan ada.
Anda masih pakai baju yang anda pakai sekarang.
Anda dan keluarga masih boleh makan. 

Kenapa?
KAlau takde insurans, takkan le takleh makan?

Yelah. 
Kalau dahtak keje. Asyik gi sepital aje, amik mc. TAkpun dok wad je semedang. Sapa nak bagi gaji? 
3 bulan ke 6 bulan boleh le amik leave, kalau setahun? 
KAlau lumpuh kekal?Strok? 
Ada ke orang nak amik keje?

Dah tak keje, mana nak mai gaji bagi keluarga makan?
MAna pulak gaji nak bayar bil asteruk?
Mana pulak gaji nak bayar duit keta?
Mana datang duit nak bayar ansuran umah?


INSURANS lah yang bantu.

Dan, hanya insurans aje yg bagi KEISTIMEWAAN, jika anda disahkan SAKIT KRITIKAL atau LUMPUH KEKAL,  insurans anda FREE tak payah bayaq!!!!

Asteruk yg anda bagi komitmen penuh zuhud tu, ada ke bagi camtu?
Kredit kad? Hampeh lagi. Time mampu bayar, kita ni la kawan dia. Time tak mampu bayar, kita ni macam musuh. Surat kaler merah ang-ang sampai umah.
Ansurans kereta? Ada ke nak waive kalau kita disahkah sakit? Mana derrr.......




Justeru....
Jika anda bayar insurans sekarang, berlapang dadalah. Anda membayar kami untuk menanggung risiko anda akan datang. 
Bila risikonya , kita tak tahu. Tapi, kita berusaha. Anda bayar ikut apa yang anda mampu, dan dengan komitmen itulah takala anda susah, anda dibantu. 


JAdi, bagaimana pula dikatakan membayar insurans ini sesuatu yg merugikan?
Sekarang memang la tak jadi pape. Tapi, bagaimana pula tetiba bila elok-elok je anda kanselkan polisi insurans, then anda disahkan kena tibi?
 Anda taktau bila nak kena tibi, tapi anda memang seorang perokok. 
Sudahlah merokok, tapi tak pulak take precautions. 
Anda sedap-sedap merokok, then bila anda sakit, anda biarkan pula anak isteri anda merana menanggung bil hospital. Dan, ada isteri yg terpaksa kerja extra untuk tampung bayar bil hospital kita ni.


JAngan letak komitmen pada perkara yang kurang penting. 
Buat mereka yang sudah punya polisi, jangan give up dengan polisi anda, kecuali jika ianya memang telah DISAHKAN tidak berbaloi membayarnya. 
Itu pon, kalu nak cancelkan, standby dgn polisi baru terlbih dahulu. Dah approve, baru kansel. 
JANGAN HANYA SIMPLY DGR CAKAP-CAKAP MEREKA YANG TIADA TAULIAH. 
Dapatkan advice tanpa prejudis. Seek for the experts. 
Nak apply dah le susah, dah approve kansel pula. LEpas tu, nak apply balik, harga memang tak samala macam apply memula dulu. 
Kena plak tgu waiting period kasi selesai 120 hari,baru leh guna medical card tu. 
 

UMUR PUN ADA INFLASI okeeee....


MAkin naik umur, there's more risk to bear.




 Kadang kesian dengan sesetengah orang yg nak sangat buat medicalcard ,tapi tak mampu.
Yang ini,mampu dah, tapi takmo bayar plak. 



MAkan lemang pun boleh mengundang bahaya skang ni.
Walopun ianya cuma HOAX je haritu,but it could happen. 

Ingat, insurans bukan tempat kita meletakkan seluruh kepercayaan akan terjaminnya kehidupan kita dari keterukan akibat musibah. 
Ianya sebahagian dari usaha kita sebagai hamba Allah yang lemah. 
Namun, kepada Allah juga kita serahkan dan jangan lupa bersangka baik senantiasa. 


Apa-apa pun,Makbed nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Maaf zahir dan batin.




Sekian aje ceramah Makbed untuk harini.

Wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram