Followers

17 Aug 2013

KITA INI MAKIN TERLUPA






 Di zaman serba canggih ni, dah biasa sangat kita dengan tentang hak kesamarataan.
Kita juga selalu je dengan isteri lebih berpendapatan dari suami.
Selalu juga melihat, isteri lebih berusaha dari suami.
Dan selalu juga melihat ibu dan ayah merajuk bila anak perempuan mereka yang telah berkahwin tidak pulang berhari raya atau menyambut hari raya pertama di rumah mereka. 
Dan selalu juga melihat sebilangan isteri yang merajuk apabila suaminya "asyik-asyik" lebihkan ibunya saja.


Tidak ada TAPI dalam soal tanggungjawab ni.

Sebagai orang terpelajar dan pernah belajar, tidak wajar kita mempersoalkan sesuatu yang memang sudah nyata perintah Allah. 

Ya..memang ada wanita yang berduka tak dapat pulang beraya rumah orang tuanya. Ada yang sampai tak pernah balik pun ada. 

Memang ada ramai ibu bapa yang meratap sedih bila anak perempuannya lansung tidak pulang beraya sejak berkahwin. 

Memang ramai pasangan yang bergaduh dan bermasam muka bila masuk bab balik kampung siapa terlebih dahulu.


Nasihat saya...

Ketahuilah prioriti.
Prioriti kehidupan yang mana anda dahulukan. 
Kemenangan dan kesenangan dunia, ia tidak akan kekal lama. 
Tapi, redha Allah menjamin kebahagian abadi di akhirat sana, meski di dunia terpaksa menanggung perit dan sakit. 

Biarlah berair mata setiap kali raya. Redhalah. Berair matalah juga setiap kali memikirkan betapa berat siksa Allah apabila para isteri menyinggung perasaan suami, dan ingkar perintahnya. 

Biarlah berair mata setiap kali rindukan anak-anak, tetapi Redhalah. KErana anak-anak yang taat perintah suaminya juga akan memberi pahala kepada ibu dan bapa yang melahirkannya. 

Biarlah isterimu merajuk , kerana rajuk isteri boleh dipujuk. TApi, rajuk Ibu mu wahai lelaki-lelaki sekelian, petanda neraka tempatmu. 


Ketahuilah prioriti anda...


Bagaimanapun ...




Wahai rakan-rakan dan para pembaca sekelian..

Hidup ini perlu ada tolak ansurnya. 
Alangkah bahagia hidup bila kita sesekali beralah. BUkankan ia sesuatu yg melegakan apabila melihat senyuman manis dari bibir orang yang kita kasihi?


Andai semua orang beralah dan memaafkan, dunia lebih mudah dan indah. 


Maka...

Isteri sekalian, kurangkan rajukmu.

PAra suami, beralahlah sesekali. Gilir-gilir lah. 

Dan para ibu dan bapa, makcik dan pakcik sekelian, bertimbangrasalah. Kasihanilah anak-menantumu. JAngan biarkan anak dan menantu anda bermasam muka di bulan yang mulia. 


Ini bukan nasihat untuk Syawal je ye. 
Sepanjang masa tau.

Takkan le plak balik kampung setahun skali jek...~ hihihi~




p/s - Sedih kadang tengok kawan-kawan yang meremuk hati tak dpt balik raya. Dan hairan tengok pakcik dan makcik yang begitu TEGAS pabila raya menjelang. Haih!



GAMBAR BERHIAS



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram