Followers

16 Aug 2013

HAbih Dah Beraya

Assalamualaikum ...


Hai, belum habih beraya ke?
Ada yang sudah start kerja dah kan. 
Dan ada jugak yang masih belum. 
Sekolah masih cuti lagi. 

Skang baru ada peluang sikit menulis belog. Cadangnya nak hapdet sikit-sikit dengan entry beraya, tapi terlampau banyak sangat entry beraya yang blogger lain buat. 
BAsicly, sama je kot agenda beraya aku ngan korang semua. 
Melawat sanak-sedara...


Uniknya beraya kali ni, rumah aku lak jadi port beraya untuk my extended family. Just imagine lebih dari 30 orang berada di teratak MAkbed yang nak panggil banglo pun bukan, teres pon bukan gak. HAHAHAHAH... 
Memang sesak betui! Sampai depa ni tido bersepah-sepah lah! 
TAk de lapik, lemek dan toto yang mencukupi sebab rumah ni dah lama sangat takde pengunjung yang ramai. 

Sejak aku pindah sini tahun lepas, tahun ni barulah sedara-sedara menjejakkan kaki kembali di rumah Mergong. 
Rumah yang Makbed duduk skang ni, usianya dah lebih 25 tahun rasanya. Makbed membesar di sini. 
Sejak kecil, kalau beraya , memang rumah ni sendat sokmo. 
Tapi, dulu-dulu, muat je. Sebab kami kan kecik-kecik belako. 
Skang, kami yang kecik ni suma pakat dah membesar, dan turut mempunyai 'produk' yang berkualiti. 
HAHAHAHA..
JAdi, tetiba tak muat pulak rumah ni.
Patut la orang tua-tua selalu renovate rumah depa bila dpt duit pencen. HAHAHAH~


Akibat tak cukup toto, aku gi pinjam toto umah mak mentua plak. 
NAsib baik le dekat aje umahnya. 

PAling sibuk sekali, MAk la. 
Mak ngan Pidah paling lasak kat dapur. 
Orang ramai. Dah macam open house cuma orang yang dok dalam tu tak pakai baju raya je. 
YAng tak pakai baju pun ada! 
HAHAHAHAHA..
Takde tempat nak parking kereta sebab kebetulan depan umah aku pun ada kenduri. 
Ruang depan umah aku aje ade 6 bijik kereta dengan pelbagai bentuk dan saiz. 
Aku rasa, kalau depan umah aku tu tak buat kenduri, umah aku la yang paling ramai pengunjung beraya kot. 
 
 
Esoknya, kami semua pegi Sik. 
MAkan buah. 
Abah kutip buah di kebun sampai penuh bonet. 
TAk payah masak nasik ke apa. 
Open house, makan buah saja. 
HAri tu, kami suma gi parking kat umah Angah pulak.

TAdi ada 6 bijik kereta kan?



Tambah lagi 4 bijik kereta yang sendat. 
























Sebenarnya banyak gambo tapi ini je yg sempat aku letak dalam henpon. 
TAk dapat snap sendiri sebab enpon aku berkabus pulak lense nye. Sedey!!

BUlan posa kali ni, Makbed gemok. 
Ni baru raya seminggu, naik lagi sekilo.

Jadi, marilah kita sama-sama berdiet untuk kesihatan ye. 








Mohon maaf andai ada salah dan silap. 
Semoga hubungan kita berterusan baik dan semoga Allah merahmati kalian. 



Rindu suami ku. 
Minggu depan beliau bakal terbang ke Kota Kinabalu dan memulakan tugas di sana. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram