Followers

12 Aug 2013

Aidil Fitri 2013 - Tema Iguana

SALAM AIDILFITRI semua.


HAri raya kelima baru menjengah blog. Maafkan ambo sebab tak de wat entry raya. Seminggu sebelum raya pun haku dah tercungap-cungap dengan tugas, pehtu dok bersiap rumah nak raya. 
Maklumlah, kemas rumah jarang sekali. 
Plak tu, Abah kata dia nak beraya rumah aku, so wajib lah kena kemas rumah kan?


Buat yang belum tahu, tahun ini Makbed beraya tanpa suami di sisi.
Inche Kitchi dah pun naik kapal kira-kira seminggu sebelum berhari raya 
MAkanya, semua gambo beraya tahun ni, Inche Kitchi takde. Absent. 


Tema raya kali ini adalah warna sesumpah.
Makbed awal-awal lagi dah memang suka warna iguana dan sesumpah nih. 
Senang nak menyamar dengan pokok-pokok, bukit bukau dan gunung-ganang.



Tahun ni berkumpul di rumah Mak Ngah di Ipoh. 
Sebab rumah Mak Ngah is the biggest yg mampu membuatkan seluruh warga Anak Cucu Tok Siah. 
Tahun ni, family aku tak cukup korum lagi. 
ANgah and family dia absent. 
Dan, as mentioned, laki aku takdak. 


Raya 2013
 Ini keluarga besar sebelah Mak. 
Yang tengah, pakai baju kurung itam tu ialah Puan Presiden. 
Ibu kepada Mak Makbed. 
Warga terpaling senior dalam keluarga.
So, decision nak raya kat mana tu selalunya Tok yang buat. 
Kami execute sahaja.



HAri tu kami beraya sekitar Ipoh - Bagan Serai - PArit Buntar.




Manjoi. Rumah nenek saudara sebelah Abah.
Ini umah mak sedara Abah, means nenek sedara aku la kan. 
Nenek dan Atok sebelah ABah aku dah takde. 
Tinggal nenek saudara aje...
Aku panggil Tok Khala Che Su. 
Hee.. memang ada sikit turun Anak Mami tu, jadi ade la pakcik makcik yang dipanggil dengan gelaran 'mamu' dan 'khala' ye. 






Bagan Serai

Ini rumah Mak Long, kakak kepada Mak Makbed.
Sepupu Makbed yang bebaru ni kena strok semasa hamilkan anak kedua. 
Dah boleh duduk dah Dr Liza. NAmpak sihat banyak dah daripada masa aku tengok dia dulu. 
BAby pun dah lahir....
Cuma masa snap pic ni, baby tengah tido.


Bagan Serai

Ini rumah Tok Su Lit, adik kepada Tok Siah. 
Kira Tok sedara aku la ni.
Dah lama sangat aku tak pi sini. 
Bila sampai tu, jadi jakun jap. 


Jakun tengok rumah



Jakun tengok tingkap rumah

Entah berapa ratus pose kitorang kat tingkap rumah ni tau. 



Titi Serong, Parit Buntar

Ini rumah yang segar dengan panggilan Rumah Opah, meskipun Opah sudah pun pulang ke Rahmatullah beberapa tahun lepas. 
Rumah nenek saudara sebelah Abah. Opah atau nama lain beliau , Khala Wan Chik adalah kepunyaan makcik saudara kesayangan Abah. 
Skang, rumah ni Mak Njang Bibah duduk bersama anak-anak nya dan seringkali juga jadi port landing terbaik. 
Datang umah ni, walaupun pintu depannya kemain besar dan luas, sapa-sapa yg datang memang akan terus masuk ke dapur. 


NAmpak rumah ni je, ingat MAKANAN. Tu je lah. 
Memang masuk-masuk rumah ni, dapat makan macam-macaam!!




Ini dia lah cucu-cucu mami. Sorang aje dah kawin. Yang lain belum abih sekolah. AAHAhahaah1


 Ini ajelah rumah yang kami ziarah pada hari raya pertama. 
Just citer random jer sebab kalu nak detail kang tido plak korang bacanya. 
Sampai skang ni, tak habih letih lagi beraya weeii..
KAlau aku tak pi beraya, orang mai beraya pulak. 
TAhun ni, memang misinya nak jumpa sanak-sedara seramai mungkin. 


Insyaallah, jika ada kesempatan, kita tulis citer sambutan raya hari kedua pulak ye...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram