Followers

15 Jul 2013

When Your Work Does Not Please You Anymore, Why Stay?


 Assalamualaikum...dan Good Morning everyone.


Semoga hari ni takde yang Monday Blues ek. Bekerja la kome ngan riang dan gumbira. NIatkan untuk kesejahteran keluarga tercinta. 

Being a wealth planner , atau nama lamanya dulu dikenali sebagai agen insurans, mesti ada di antara korang yg tertanya-tanya..... 


BAGAIMANA SEBENARNYA KEHIDUPAN SEORANG AGEN INSURANS NI?



Well...


Secara umumnya, kehidupan kami biasa aje macam orang lain. 
Pekerjaan tidak membezakan kita. 
Iman dan takwa kita yang membezakan. 
Kalau nak ukur orang melalui ibadah pulak, tak boleh. Sebab Allah aje yang Maha Menilai, Maha Mengetahui. 

Mungkin ramai yang menjauhi, ckp aku ni si poyo bila aku 'jual' insurans. Hakikatnya, aku tak jual. Hanya sharing. Banyak sebab kenapa aku tergerdik-gedik nak share menda yang paling logik boleh membantu diri sendiri tatkala susah. 
Sesuatu yang membantu kita dari segi kewangan, tatkala tiada sesiapa pun yang boleh atau sudi membantu. 
JAngan kita lupa, di zaman sekarang MANUSIA LEBIH MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. 
Akan tiba masa, makanan pun akan disorok-sorok. 
Akan tiba masa, orang menjadi sangat bakhil. 
Even now, jiran kita sendiri pun kita tak tau sihat atau tak. Sakit kah dia? Kenyangkah dia?



Orang lagi menjauh bila aku ajak diorang turut sama menyertai business ini. 



HAnya alasan biasa...

 antaranya:



-Aku takmau lah. NAk jual-jual barang. TAk pandai menjual. 
Well, the answer is, BERGANTUNG kepada CARA ANDA MELIHAT. Jika anda rasa insurans ini adalah satu JUAL BELI maka, Yes... It Is. 
TApi, aku melihat dari sudut berlainan. Yang membuatkan aku masih bertahan sehingga kini. 
YAng peliknya, yang bercakap macam tu kat aku tu buat nasik lemak , jual tepi jalan. Tu bukan menjual kerrr???




- Kalau semua orang ko ajak buat insurans, sapa pulak nak jadi cikgu, polis, tentera, tukang sapu, penjaga tandas, penggoreng charkoteaw, bla bla bla bla?
Benar. Kalau boleh, aku pun takmau ramai-ramai agen insurans di dunia ni. Tapi,boleh kah kita jadi One and Only , buat kerja sengsorang sedangkan misi kita adalah MEMBANTU SERAMAI YANG BOLEH? 
Hakikatnya, aku ajak saja. MAybe lebih manis kita panggil 'jemput'. Ada tak pekerjaan lain yang 'menjemput' anda bekerja? TAkde kan? Aku hanya membuka peluang kepada yang MAHU sahaja. But the LAW is , kena lah sharing dulu. Ajak join aku, tapi aku tak cerita bebetul, apakah logiknya?
Listen..Listen..Listen.
Dengar dulu. Then decide.
TAke as much time as you need to decide, BUT remember, fast action comes fast result. Betui?
 

This is PROFESSIONAL BUSINESS. Ramai tokoh korporat yang lahir bermula dengan menjadi agen insurans. International semestinya.  Ini adalah tapaknya. Ini adalah medan edukasinya. DI dalam dunia sebeginilah anda akan menjalani pengajian 'praktikal' tentang segalanya. KAt sekolah, kat kolej dan kat universiti tak ajar menda gini. Experience is the most expensive thing that money can't buy.
Dan aku, menjadi human being yang lebih baik selepas beberapa tahun bersama Prudential. Syarikat lain aku tatau. Cakap pasal syarikat sendiri ajelah.

Dan jawapan kepada 'sapa yang nak jadi cikgu, polis, tentera, tukang sapu, penjual ayam KFC dan sebagainya kalau suma nak lantik jadi agen insurans' adalah SESIAPA PUN BOLEH JADI agen insurans. Siapapun anda. Anda nak buat part time, full time? SUka hati anda. MAsa anda. Anda atur seniri. Yang penting, KEMAHUAN. Anda boleh sharing tentang insurans meskipun time tu anda seorang makcik kantin. Anda boleh bercerita tentang insurans dan keperluannya dengan sahabat-sahabat anda walau siapa pun mereka. Jual KFC? Takda masalah. Even malam-malam ada jadi BAtman pun, anda still buleh jual insurans. Guna air liur aje pun. Bukan nak kena bawak props segala bagai. Ngeee~
Yang penting, KEMAHUAN. You will figure it out. Sapa yang ramai kawan, dan ada pengaruh lebih baik! PAstinya, orang yang menceburi bidang ini perlu mempunya hubungan yang baik dengan sesiapa saja. 

Product dah ada.
TAk payah memperkenalkan product pon.
Kena perkenalkan diri je sebagai wakil product.


-Kenapa AKU nak kena join KAU?
TAk wajib pun join. TAkde paksaan. Cuma, aku concern setiap kali mendengar keluhan tentang tekanan kerja seharian. NAk brenti tapi kang nak makan apa...  Tensen ngan bos. Tapi takleh buat apa-apa since your salary depends on him. Bagi yang berniaga sendiri pulak, mengadu PENAT. Mengeluh takde masa. Ada yang nak cari part time yang ringan, tak perlu kerja berat sangat dan TAKNAK MODAL BESAR. 

Well.... kat mana lagi. Ini experience aku lah. Being a WEALTH PLANNER (tengok namanya bebetul) , tak yah modal besar. NAk setat nya cuma kena bayar duit exam je dalam Rm200 ++. 
Exam tu bertujuan to qualify you. To make sure you are certified. BUkan semberono je nak jadi agen. Kena ditapis dulu. Yang IQ rendah memang tak lepas la. So, kalau anda rasa anda bijak, IQ tinggi, silalah lah! HEHEHEHEHHE... 

KErja berat? HAHAHAH.. Setakat la ni takde lagi kena angkat besi, angkat payung, kena bangun sebelum subuh untuk menanak nasik,kupas bawang buat sambal. Tidur masih mencukupi. Ekceli, nak tidur berapa jam, nak makan berapa banyak ADALAH PILIHAN, kini. Business ini kita yang punya. We owned this business. Kita yang tentukan cara pengemudiannya, dibantu leader. Bukan BOS. Tapi,  Leader. Takde pressure, kena marah, kena hentak meja, baling file...  Kiranya, di arena insurans, everything is different. 




-Boleh kaya ke kerja macam kau ni?
Ha. Ni soklan besh. YAng bertanya tu gaji RM3000 sebulan. Lebih kuranglah. Pekerjaan dirahsiakan. Selalu bebenor la ngomplen tentang semua perkara. In fact, semua orang adalah tak betui. Dia aje yang betui. TApi, udahnya gaji dia banyak itu juga. NAik pangkat, naik gaji setiap tahun dalam seratus dua gitu. NAik gaji sikt, barang pun naik gak. MInyak pun naik sama. HAii.. macam mana la tak komplen kan?
JAwapannya: Jika 5 tahun sudah anda buat kerja tu tak jugak pun kaya, maka jika anda mahu kaya, you have to do something lah! Anda mahu kaya, tapi anda menopang dagu sambil berfikir tentang NAK JADI KAYA, tak ada gunanya beb. Change. JAngan tanya gaji orang. TAkde gunanya. Paling hebat pun anda boleh buat adalah TERKAGUM. Tapi, gaji anda tetap banyak tu juge. 
Jika anda rasa RM3000 sebulan adalah cukup, maka teruskanlah. Jika tak cukup, meh sini join aku. TAdi, ko kata taknak bisnes berat-berat, tak makan modal kan? HAa.. aku ada je jalannya. NAk?

Dalam business mcm ini, tak perlu kipas bos untuk naik gaji. Bodek-bodek tidak laku di sini. Rasuah juga tidak laku di sini. Tak perlu buat pelbagai menda bodoh to impress your boss. You just let out the good qualities in you. The bad, keep it inside or throw it away. That's it. Now, your client is your boss. Imagine, boss awak sangat la ramai. Beribu...~ Stress? TAkkkkk.. Sebab, gaji awak naik setiap hari. 
Bukan setiap bulan. Setiap tahun. 
Tetapi,   Setiap hari!!
Jika awak bekerja setiap hari LAHHHHH.......................... 



-What is it so good being an insurance agent. 
Everything is GOOD, VERY GOOD, EXCELLENT. Semestinya kena pandai manage kalau nak buat sesuatu tu rasa bagus. KAlau tak, serabut. Dont take things for granted. Do this seriously. Yes, ada yang tak berjaya bila join bidang ni tapi ramai jugak yang berjaya. JAngan tengok yang tak berjaya tu. Tengok yang berjaya! KAji kejayaan mereka. MAcam mana depa buat. Apa kelebihan yang depa suma ada. Dan copy, paste masuk dalam diri. 


 -KEnapa ko join biz ni?
Dah tanya pulak kenapa aku buat. 
BUsiness ni aje yang aku rasa PUAS. I want to be accountable to someone. Be able to help those in need by providing the simplest yet the best product that world could ever offer. Apatah lagi dengan adanya takaful skang ni, wah... Sebolehnya aku takmau la tengok orang-orang kita meminta-minta bila sakit. Kesian sangat. 


-Aku tak pandai cakap la. TAk de karisma macam kau. Kau boleh la.. KAwan ramai. Suma suka. Ada rupa paras. Ko hati kental, cekal,bersungguh. Tak macam aku. Isk.. tak leh la. 
You dont have to pandai bercakap sangat kalau nak jadi agen insurans ni. Orang tak suka. Cukuplah sekadar BOLEH BERCAKAP. Tak bisu. Syukur.
KArisma pun tak payah lagi. Bukan tak perlu. Later. KArisma bukan datang awal-awal. KAng awal-awal berkarisma sangat, endingnya apa pun takde. No point. 
KAwan ramai , itu adalah bonus. Orang suka kita? Itu adalah DIRI KITA SENDIRI. Ada orang bangga dia 'berjaya' bergaduh' dan bertekak dengan orang lain. Especially yg lebih superior. Tapi, kenapa nak bangga menda macam tu? Wajar ke? Wajar ke berbangga bila ada orang tak suka kita ? UBAH mindset bangga tak ketahuan hala tu jika mahu berjaya. 
Rupa paras pun tak penting. LATER. Dah ada duit banyak, muka yang gelap pun jadi cerah hoke. HAti tenang maaaa...~ 


Semua yang dimention tu takperlu ada. Yang WAJIB ada adalah KEBERANIAN dan KECEKALAN. Itu yang membezakan yang berjaya dengan yang tak berjaya. Dalam bisnes apa pun termasuk lah bisnes jual ikan masin dan belacan.




NAsihat...

Jika anda penat dengan kerja anda, ingat kembali KENAPA ANDA memilih pekerjaan tu at the first place. 
Ingat kembali tujuan sebenar anda bekerja. 
Tak guna juga berkeluh-kesah tentang tugas yang anda lakukan kini, tapi bila cukup bulan anda horey-horey terima gaji. Lupa sat. Pehtu, duit abeh, mengeluh lagi. Apedaaa..~
Biar apa pun tugas kita, lakukan dengan ikhlas. Jika sudah hilang ikhlas dan cinta, tu yang jadi memacam tu. 


Bagi yang bercadang nak menambah pendapatan, start the action. 
Anda nak TAMBAH pendapatan, atau nak TUKAR pendapatan? 

Takde menda mudah dalam dunia. 
COntoh paling senang, tubuh badan kita. Sikit punya complicated kot sistem badan kita ni. Rosak satu, susah tak?
JAdi, sementara anggota badan kita masih lengkap, sihat segala, buat perubahan sekarang. TAkpelah kalau taknak jadi kaya. Terpulang. Ianya pilihan. TApi, bagi la ada perubahan kehidupan. Kenapa nak tahan potensi diri, ikut je stigma 'TAK BOLEH, TAK MAMPU, dan TAKUT' tu? 

TAknak dengar tentang perkataan Tak Mahu. 
BUSINESS has a lot of challenge. TAke it all.
Kalau nak buat business tapi takut semedang, tanya balik. 
Aku ni takut ke MALAS?

Duit nak, tapi kerja takmau. Chait!



Some people work to live.
Some people work for living. 
Some people live to work. 

Which one are you?




"Discovering You"


Thank you for reading this.
 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram