Followers

12 Jul 2013

Update sejenak

Assalamualaikum..


Semoga ibadah puasa anda berjalan lancar setakat ini.
Ada yang dah ponteng kerr??
KAlau yang 'terpaksa' ponteng tu, jangan culas tanda kat kalender ye. Kena ganti balik tau. Jangan buat-buat lupa plok.


Sementara menunggu Subuh, aku check email dulu.
We'll be heading back North at 9 in the morning, insyaallah.
Akan singgah di Subang Jaya Medical Centre sekejap untuk satu task lagi.
TAsk yg menjadi misi sekian lama.
Semoga Allah mudahkan urusan kami.


KEpada client-client yg dapat good news, yakni cek claim dah clear dan polisi sudah diluluskan, Tahniah Makbed ucapkan.
Semoga wang elaun yg anda dapat digunakan sebaiknya.
MAklumlah, nak raya ni.

To those yang masih belom dapat claim, Makbed pohon kalian bersobar.
Dan pada yang tak dapat atas sebab-sebab teknikal, Makbed mohon maaf. Sebenaqnya, nak claim ni ada skill dan tentunya ada terms and condition nya.
Kerja mcm aku ni kalau lah senang, mesti ramai yang nak buat.
Tapi, soalnya tak ramai sudi nak buat.


Bekerjaya seperti aku ini memerlukan kesabaran yang super tinggi.
HAri-hari bersolat pun aku berdoa agar hati ini sentiasa tenang dan sabar.
Bekerjaya seperti aku jiwa perlu besar. Hati perlu besar.
Badan tak besar pun takpe.
Ngee..~


Hapdet sesiap sebab kang takleh nak hapdet dah.
Tunggu malam ni or besok le plak kot.
Selamat berpuasa ye kengkawan.
Ingat, jangan korek telinga yerr.


p/s sebenarnya teringin nak makan satar tapi kat Kuantan ni takde plak org niaga satar di bulan posa. kenapa ek? selalu tu ade jek. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram