Followers

2 Jul 2013

Untuk Kakak Sayang Saya...


Aku bertemunya finally, selepas beberapa kali gagal. 
Rumah dia kat MAnjung aje pun.
Dah berapa kali aku gi Manjung, pun tak dapat jejak rumah dia. Sebab tetiap kali aku masuk kawasan dia, dia plak takde. 
Gi KL la.. Gi bercuti la.
Kuat berjalan makcik sorang ni.


Ini kakak yang sangat dekat di hati aku. 
Antara orang terawal mengetahui hajat aku nak berhenti kerja sebagai 'pembunuh lalat' suatu ketika dulu, dan tidak pula dia menentangnya. 
Maybe sebab tengok aku cam bersungguh nak brenti. 
I wanted to quit my job to pursue my dreams with Prudential. 


Penulis bersama kakak comel


 Ini lah KAKAK itu.
Mesra dengan panggilan Kak As. 
Banyak kisah terselit-selit nama dia dalam entry lama-lama. Merupakan pembaca tegar belog aku. MAlah tak segan lansung bagitau kawan-kawan kat opis , ajak baca belog aku sekali.
Malangnya, selepas aku pergi meninggalkan LPP, orang di sana dah tak leh baca blog sebab kena BLOCK ngan management. 
Pesbuk pun takleh tengok. 

Fuh, seb bek wa dah brenti. KAlau tak, mahu aku merusuh sepanjang hayat kat sana!


Entry ini untuk Kak As.

Terima kasih Kak sebab sentiasa support saya.
Suara akan yang macam ibu-ibu tu selalu je saya rindukan.
Kekadang, saya saje telepon nak dengar suara akak.
Kekadang, suara akak yang macam bisik-bisik tu mampu buat saya kembali sedar yang saya masih tak boleh berehat lagi.
Saya tau, akak nak tengok saya berjaya.


Moment yang paling saya rindukan adalah setiap kali kita balik sama-sama.
TAk pernah bosan berborak dengan akak. 
Tak habih-habih tajuknya.
Moment makan sama-sama kat kelab.
Masa lepak-lepak kat surau. Tengok tudung baru, lipstick baru, pencuci muka baru. HEhehe..

Saya doakan Kak As sihat.
Masa kita jumpa ritu , nampak akak macam tak larat je.
MAybe musim-musim jerebu ni memberi kesan pada akak. 
Ingat, jangan lupa bawak inhaler ye. 


Tu je la entry saya untuk kakak saya nan seorang.
Kakak-kakak lain, jangan jeles ye.
HEHEHHEEHH~




MAsa kami berjumpa tempoh hari, Kak As peluk aku macam aku ni nak gi haji.
Sebak betul. 
TApi, tu la... udah terjumpa pun kat Aeon MAnjung. 
TAkleh nak borak lelama. Kekkekekeke....~




~From Aloq Staq with Love~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram