Followers

22 Jul 2013

[TUTORIAL] Pembayaran Insurans Nyawa Menggunakan Maybank2u.


HAri ni Makbed nak ajar semua cara-cara membuat pembayaran premium insurans bulanan menggunakan perkhidmatan online banking iaitunya Maybank2u. 


Pembayaran ini khas untuk mereka yang guna mode CASH. BIasanya diorang akan bayar sendiri kat kaunter Prudential ataupun bayar kat agen yang membuat kutipan. 


JAdi, untuk memudahkan semua yang macam nevesssss nak guna M2u, hari ni aku ajorkan mengkeme sekelian. So, pasni sapa yg nak bayar sendiri adalah dialu-alukan. Dan, cara ini tidak tertakluk kepada client Prudential aje ye. Client insurans lain pun boleh.. 


 Bahan-bahan yang korang kena ada untuk buat payment online ni adalah:

Korang kena ada insurans.KAlau tak de insurans,  silalah buat dengan saya. Hihihihhi~
Kena tau polisi number. 
Kena ada duit dalam akaun bank. 
Henpon kena ada di tangan untuk TAC kod. 
 

Cecaranya ialah...



Log In
 Masukkan ID dan kata laluan seperti selalu. 
Sapa yang belum ada Maybank2u boleh lah aktifkannya di Maybank yang berdekatan. 



2 - Pilih ACCOUNTS & BANKING. Klik





3- Klik pada BILL PAYMENT




4- Klik MAKE A ONE-OFF PAYMENT
 



5- Pilih INSURANCE & TAKAFUL



6-Klik pada Prudential BSN Takaful Bhd

 Nota: Perlu diingatkan yang Prudential ada 2 syarikat. PAstikan polisi anda di bawah Prudential Assurance atau pun Prudential BSN Takaful. 
Cara nak beza kan ialah, tengok nombor polisi. 
Kalau yang bermula dari 9 diikuti 7 digit kat belakang tu, PruBSN lettewww.... 
JANGAN SALAH!
Nak senang, confirmkan dengan agen ye.




7- Masukkan jumlah premium bulanan dan masukkan nombor polisi anda.



Tengok number polisi anda di kad perubatan.  Anak panah itu adalah number polisi anda.


 Nota: PAstikan jumlah premium adalah betul . PALING PENTING, number polisi WAJIB betul. Ini kerana, terlajak perahu buleh diundur. Terlajak key in number polisi, BURUK PADAHNYA. Makbed tak pasti wang buleh dikembali kan atau tak kalau tersalah key in number polisi nih. Huuuu~ Memang kena berhati-hati.


8- Dapatkan TAC dan masukkan kodnya di kotak disediakan. Seterusnya CONFIRM kan je ...




Transaction boleh diset untuk setiap bulan jika suka.Tiada paksaan. 
Dan tiada charga dikenakan untuk pembayaran secara online. 


Boleh juga bayar menggunakan CimbCLICKS. Tapi, Cimb ni cam renyah sikit. Dan hanya bleh bayar untuk PrubSN jer.




Agen buleh collect cash untuk client-client , tapi kalau beratus-ratus clientnya, bayangkan la camana nak collect on time ye. 
KAdang tu tak termenang tangan. 
Belum masuk yang lambat bank in, yang takde kat umah, yang bercuti-cutian....
Jadi, pekata kita pakat saling bantu-membantu untuk kesejahteraan bersama. 


Semoga bermanfaat untuk semua.
Thanks. 




Dah bayar premium?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram