Followers

11 Jul 2013

Travelog Before Ramadhan

Assalamualaikum kepada suma cinta-cinta sekelian..

Rasanya belum terlewat untuk MAkbed ucapkan Selamat MEyambut Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, kita masih berpeluang menghadapi bulan yang penuh segala rahmat. 


Last hapdet ntah beberapa hari lepas. 
Sekejap kat sini, sekejap kat sana.
YAng ada FB aku hanya boleh tengok je aku update lokasi terkini. 
Memang kali ni superb punya sibuk. 
Sampai nak dobi baju sendiri pun tak sempat. Balik je, kedai dobi dah tutup. 


Tengok gambo je lah. 

5 Julai 2013 (Jumaat)



Al-Azhar Associates has reached 1 million. Clap! Clap!
Bos buat suprise celebration on July 5. Kebetulan, kami suma berkumpul untuk get ready ke Quarter 2 Review di Bukit Merah besoknya. 
Aku sampai hari Jumaat jam 3ptg, naik bas je. 
Dalam bas cam besa la, TIDOWWW.
Gile kau! Sempat balik rumah hari Rabu malam. LEpak sat hari Khamis. Jumaat pagi gerak semula ke Manjung. 
Sampai stesen bas MAnjung, agen Johor , Rosli Amzah and wife datang menjemput , terus ke rumah Encik Bos. 


Sampai kat umah bos, meja suma siap dah!
Aku terus masuk ikut dapur je. 
Kak LAila , agen Johor jugak sedang memasak. Sanggup datang sehari awal demi nak memasak bagi kawan-kawan semua makan. 
Kak LAila ngan Kak Nor menjadi tukang masak utama.
BAnyak gila makanan. 
Ada asam pedas, lontong,rendang ayam, ayam bakor aku pun dah terlupa dah apa lagi yang ado sebab minggu sudah citernye ni. HAHAHAH.. 
HAH! Ubi kayu rebus pun ado tau. Siap sambal tumis ikan bilis yawww~

Kesimpulan...
Makan sampai sendat perut. 

Dan malam tu, aku dan Cik Kerani Yang Bernama Fiza bergerak ke Bukit MErah dan bermalam di sana. Ada kerja nak kena buat.


***


 6 Julai 2013 (Sabtu)

Mari tangkap gambaq!

Ini adalah para perancang kewangan berlesen lagi hebak Prudential okeh. 
Pilih mana satu yang anda suka.
Ini gambaq candid sebenornye. Sori kepada yang pose nya tak berapa comel ketika kejadian. 


Lepas habih review, kami bergerak pulang ke Manjung.
Asalnya, aku dah booking hotel nak cek in 3 hari sebelum ke KL untuk Prudential Mid Year Conference di Mines pada 8 Julai.
Tapi, Kak Nor jemput tinggal di rumah memandangkan agen Johor yang juga merupakan adik-beradik beliau pun ada sekali. 
Saja mau kasi meriah. 

Aku nampak makanan je. 
Dok umah Kak NOr, memang makan jela kejanya. 
Tapi, kuterima jemputannya dengan senang hati. ALhamdulillah, murah rezeki. Duduk lah aku menginap di rumah bos selama 2 hari. 


Merasa makan char koteaw agen Johor masak.



****


8 Julai 2013 (Isnin)

BErgerak seawal jam 5 pagi demi nak sampai Mines. 
Wahh.... lambat juge sampainye. Jem , campur sesat-mesat segala. 
Tapi, manage tu sampai le jugak.


Selaut nih ha ahli keluarga Prudential. 
Ni 3 suku je ni. 
Ramai lagi masa kat Genting dulu. 
Even masa ni tak ramai pun, udah tak cukup kerusi nak duduk. MAin letak je bontot kat mana dan. 

LUNCH

 Makan lagik!!!

KOnvensyen pun dapat makan di meja bulat. Beratos meja bulat. Siap ada waiter di setiap meja.
Ohsemmm...~! 
Makanan sedap. 
Konvensyen bersama Prudential, makanan dan layanan memang rasa macam dif-dif kehormat gitu. 
ISkk~ 

BErgambar bersama Mr CEO

Konvensyen kali ni berpeluang ambil gambar kenangan dengan CEO Prudential Assurance Malaysia Berhad, Mr. Phillip Seah.
Bukan senang nak gi dedekat. Orang terpilih aje tau. *ferasan sat.

Selesai konvensyen jam 5.30 petang. 

MAka berpisahlah aku dengan rakan-rakan associates yang lain. 
Aku ditinggalkan di KL, berkelana sendirian mencari haluan... chewah~


KEndian aku dijemput oleh mereka-mereka ini tatkala ku menyeru mereka datang.




Datang bila dipanggil.
Tak panggil, pun datang juge.
Tak risau kalau diorang ni ada. 
KEbetulan diorang cuti hari Isnin tu.
JAdi, diorang leh drive bawak aku kemana aje. 


****

9 Julai 2013 (Selasa)



Sebenornye aku nak Fiza snap gambo baju aku ni , tapi tetiba je moncol gergasi kat belakang aku. GAmbo blur sebab jurufoto nye terkejut beruk masa snap. So, bergegar kamera. 
Kome tengok le dema ni. Susah aku nak duduk serius dgn diorang. Pipi ni kejang je sengih. 

Ada final task kena siapkan. Lepas siap segala appointment, jam 3.00 ptg aku naik bas balik Kedah. 
LAma perjalanan. Pukul 10 malam baru aku sampai rumah. 

Besoknya dah nak puasa.

Tapi, aku takleh duduk rehat. Terus kena kemas baju untuk travel ke Kuantan besok. BAju aku, baju anak, baju suami. 

Belakang dah sakit.



****

10 Julai 2013




Dah gerak gi Kuantan jam  7 pagi.



Inche Kitchi demam plok.......


Skang, saya dah di Kuantan.



Ok. Sekian saja travelog aku wat masa ni,
Rasanya saya sudah naik sekilo walaupun baru sehari posa. 



Kuantan hujan lebat plak ini malam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram