Followers

31 Jul 2013

SitiNurHaliza pencuri!!!!!

kempius mak tau..


Semalam kitorang bebuka makan kepsi. 
KEpsi ade lebih satu set. Snack plate. 
Ada 2 ketui ayam,1 roti , 1 coleslaw dan 1 mashed potato kan kan kan...


Cadang nak makan untuk sahur la ayam tu. 


So,sahurnya aku makan mee goreng yg dibeli Alang. 
PEhtu, aku ratah seketui ayam kepsi tu.
Tinggal baki lagi seketui. 
Aku sahur awal. Alang tengah tido lagi masa tu. 

Entah kenapa aku lansung takleh tido.
Wawan asyik merengek aje. Maybe dia cari APak kot. Selalu time tido dia akan cium APak dlu. 
So, aku kena deal dengan kemerengakan beliau la. 
Hilang mood tido,aku wat keje jeee...


Lepas sahur tu, aku masuk bilik. 
Layankan si Wawan dan Oni yg nangeh nak susu. 
Dalam setengahh jam pastu aku keluar balik. NAk kejutkan Alang makan sahur plak. 
Aku nampak kotak kepsi dah tergolek dari kawasan. 
TApi tade menda bertaburan pun. 


"Iskk...takkan 'sitinurhaliza' nak makan kepsi??" bisik hati sendiri. 


KAlu tengok track record 'sitinurhaliza' main curi-curi sampah kat umah, memang maveles. Walaupun beberapa generasi dan keturunan dia dah arwah, tapi skill yg dwarisi tu makin lama makin improve kot.

Bila aku buang baki makanan dalam tong sampah kecik, kang bangun takde dah makanan buangan tu. 
Baki ikan or ayam, samada ada isi atau pun tinggal tulang, pun takde. 
Dulu-dulu, 'sitinurhaliza' suka sepahkan dapur. TApi,lepas aku sound tepek dan mengata dia kat belakang (mana leh cakap depan dia !!) , aku mendapati dia dah semakin ada table manners. 
Amik takat hat dia nak makan je, dan dia tak sepahkan.
Bagus.. Makan ikut sunnah ye.Makan bila lapar, brenti sebelum kenyang. Gitu. 

Aku cakap dia.."jangan bagi aku dan orang lain nampak ko. KAlau tak, mati ko kang...."

Aku pun tak pasti itu adalah AMARAN KERAS atau pun just FRIENDLY REMINDER. 
HAHAHAHAHA...



Berbalik kepada citer kepsi tu tadi...


Aku nampak kotak kepsi yg aku tinggalkan ayam seketui untuk Alang tu, dah tergolek. 
Tapi still atas meja lagi. 
Alang masih lagi tido.
TAk mongkin dia yg kaco kotak kepsi pun. LAgipun kalu pikir logik, rajin plak Alang bangun semata-mata nak tergolekkan kotak kepsi tu kann....


Kotak tu terbukak cikittttttt je. 
Kalau 'sitinurhaliza' nak curi ayam kepsi, tak muat kot ayam tu nak kuar kot lubang kotak beso tu. 
Roti pun tak muat nak kuar.
Ayam tu besar juga! 
Ayam spicy lak tu.



Dan bila aku bukak kotak tu....



_ _

_ _ _ _ _ _ .........


------------------------------------------------- ^_^--------------





Ayam kepsi tu takde!!!!!!!




T_T






Aku tinjau kiri kanan depan belakang. 
Moskel betui. 
Camana dia bawak ayam tu? Ayam tu besar ok. Bahagian keel. 
Aku cari kesan tayar seretan kot ada, tapi bersih. JAdi CSI sat.
Even serbuk-serbuk tepung ayam pun takde bersepah lansung!
Paling aku moskel, camana dia keluarkan ayam tu dari kotak yang basicly tak terbukak beso mana pun??

JAngan cakap yg dia amik ayam , pehtu dia tutup balik kotak !~~!


BIla aku bukak kotak, yang hanya ada 1 roti, 1 mashed potato dan 1 coleslow sajeeerr.
Ayam takde. 
So, aku buang suma skali masuk tong sampah. 

Dan bila Alang bangun, aku tanya Alang.
Memang Alang tak de amik ayam tu. Dah dia tido kan...
KAlu dia bangun makan, aku sure tau punya sebab aku tak tido lagi.


Dem u 'sitinurhaliza' !!!!!

Berani curik ayam kepsi aku. 
KO ni tikus mutan ke?





Yeaaahh.... 'sitinurhaliza' ada sejenis tikus rumah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram