Followers

17 Jul 2013

[RESEPI] KAri Sotong Mak Jemah



Udah lama tak masukkan resepi terbaru, kan?
Ini kerana aku sudah lama tidak memasak dengan penuh perasaan. 
Mencuba resepi baru pun dah lama tak buat. Maka, tak ada la sekuel untuk The ChobaJaya Saga aku tuh.



Rekod ke Param selepas 10 hari berpuasa adalah 10!!!!!


Tetiap hari aku gi Pasar Ramadhan. 
Tak bermakna aku malas masak hoke. MAsak jugak tau. Tapi lauk rutin jela. Sahur pun makan biasa-biasa je. 
Selepas 10 hari puasa baru sehari tak bangun sahur, iaitu .... HARI INI. 

 Suka gi PAsar Ramadhan sebab buleh jumpa macam-macam kuih nostalgia yang takde di hari-hari biasa. Paling best bila ada tepung pelita. 
Duduk di Alor Setar ada terpaling heaven bila berpuasa kerana kuih-kuih sedap terlalu banyak. Hanya pilih kedai yang menepati selera anda, dan MARK kedai tu sampai habih bulan Ramadhan. HAHAHAHAHA~
Maka, pada Ramadhan 1 , 2 dan 3 maybe anda akan amik masa sikit berjalan seluruh pasar ramadhan, tapi masuk Ramadhan ke 7. dan ke atas , anda akan amik masa 5 menet je gi beli juadah berbuka sebab anda dah tau kat gerai mana nak pegi.
Di sini ada lepat liat yg bebetui best.
Ada cucur badak yang osem. 5 bijik SINGGIT! Buleh beli 3 hengget dan makan macam popcorn. LALALA....
KAripap sedap. Nak pusing ke tak pusing ke, ada jer. 
Murtabak memang TORBAIK!!!

Saja je aku tulih macam ni bagi orang-orang Kedah yang dok jauh tu meleleh ayaq liuq... cepat sikit depa balik kampung. 


 ***

Petang ni, sementara nak tunggu bukak posa aku nak share satu resepi paling mudah. KARI SOTONG MAK JEMAH namanya. 
Aku tengok rancangan masak ChefWan dulu-dulu, dia dok sibuk men'jemah'kan orang. Resepi dia tu complicated sikit tapi aku simplify sesuai dengan fitrah aku yg pemalas dan serba nak cepat ajer. 


Resepi ini untuk 2-3 orang makan aje. Lebih daripada tu, tambah sendiri ratio nye. 


Bahan-bahan:
4 ekor sotong besar. 
2 peket rempah kari ikan (saya suka lebih rempah). Kalau tak suka kurangkan. 
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecik halba campur
setangkai daun kari
setengah cawan santan
sedikit air
setengah cawan air asam jawa


Tu je bahannya.


Cara-caranya:

1- Basuh sotong comey-comey. Ikut suka nak potong ke tamau. TApi sebab sotong haku ada 4 ekor je, aku potong la. Nanti berebut-rebut plak.
2-  Hiris bawang-bawang suma halus-halus. Then tumis.
3- Masukkan herba campur.Kacau jangan hangus.
4- MAsukkan daun kari plak.
5- Biar garing sikit, (jangan hangus satgi pahit!) , masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan air. KAcau-kacau sebati, dan api slow sikittt. Bleh tambah air kalau rempah tu macam kering jer. KAlu nak pekat, kurangkan air. KAlau suka cair, lebihkan.
6- Tunggu sampai naik minyak, then masukkan santan. Kacau.......Biar mendidih.
7- Biar mendidih betul baru masukkan sotong. LEpas tu masukkan air asam jawa.
8- MAsak dalam 5 menet je. JANGAN LAMA NANTI TERCABOT GIGI PELESU MAK JEMAHHH!!!!
9- Untuk mengelakkan dikutuk oleh mak mertua, jangan lupa letak garam secukupnya.
10- Boleh letak ubi kentang jika suka. TApi letak ubi masa lepas masukkan rempah kari tau. Biar je ubi tu empuk dalam tu. KAlau tak empuk, ko hempuk aje la ubi tu.





Gambar tak cun..


Sebelum ni penah ada share satu resepi kari sotong gak. 
Tapi agak complicated sikit. YAng tu ada halia. 
Tengok sini..



Yang baru ni, yang paling simple dan sedap lagi dari link kat ateh tu. HEHEHEHHE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram