Followers

16 Jul 2013

POLIGAMI DAN CERAI

Ramai org yg kahwin, tapi berapa ramai yg ada ilmu tentang kahwin? Bila sebut KAHWIN je, terbayangkan Tok Kadi, kompang, baju pengantin, pelamin... Kalau yg navy2 tu - sword bearer. Haa.. kan kan? Tapi, tahukah sebenarnya kerja kahwin ni susah....... Banyak nak kena belajar. Ada menda yg kita tau, dan ada menda yg kita rasa kita tau, tapi sebenarnya taktau!

Hape aku ckp neh?

This is dedicated to my good friend yg sedang ada masalah dlm perkahwinan. Baik atau buruk, semuanya kerja Allah. Takdir mmg Allah tentukan. Tapi, kalau nak harapkan takdir je, ilmu takde pun tak guna. Kahwin tak semestinya bahagia. Camanapun, kita semua mendoakan perkahwinan yg kita bina kekal sampai mati. Tapi, kalau tak buleh kekal, itu bukan pengakhiran kehidupan kita.
 Dan ini cuma sebahagian yg buleh aku paparkan. Insyaallah, aku akan panjang lebarkan dalam blog aku tu pun kalau rajin.




Kepada kawan2 lelaki yg menjadi suami - usahlah digertak isteri dengan nak berpoligami. 
Benar, poligami boleh mengelakkan zina. 
But, nowadays, ZINA dah macam habit dah. Buleh sembang2 kat kedai kopi secara terbuka. Dah tak rasa malu. Maybe depa tak sebut la perkataan ZINA - tapi tukar nama jadi RINGAN-RINGAN, MAKAN LUAR, GELI-GELI... etc. 
Hmm... Poligami - "itukan sunnah Nabi. Kami ikut sunnah Nabi."
Oh.. yeah. NOTED! 
Mmg ikut sunnah nabi. Siap ckp ada ayat QUran yang menyatakan lelaki boleh kahwin 2, 3 dan 4. So, si isteri dah takde hujah dah nak bangkang....



Perkahwinan mmg sunnah Nabi sebagaimana baginda bersabda:

Perkahwinan adalah sunnah Nabi (s.a.w.) dan beliau telah bersabda maksudnya -

"Demi Allah bukanlah aku ini orang yang paling taqwa kepada Allah, tetapi aku tetap berpuasa dan berbuka, bersalat dan tidur dan berkahwin. Barangsiapa membenci sunnahku, bererti ia bukan dari umatku".

Hmm... Poligami mmg antara sunnah baginda Rasullallah. 
TAPI (hurup besaq tu), wait semenet.....
Tanya dulu diri sendiri, sunnah lain ada buat ka? 
Solat, Puasa, Solat Jumaat (yang ni wajib ye. BUat takde lobang-lobang..),Solat Sunat sebelum dan selepas Solat atau pun paling ciput , gi Solat kat Masjid paling lekeh pun waktu Maghrib ngan Isyak. Ataupun, berjemaah kat rumah dgn isteri dan anak-anak? 
Ada perform itu sunnah? Kalau tak, simpan dulu niat nak berpoligami dalam poket. Mekasih.


Sila rujuk ayat di bawah sebagai persediaan (buat para suami).

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain, dua, tiga atau empat. Jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara isteri-isteri kamu maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk mencegah supaya kamu tidak melakukan kezaliman".
(Surah An-Nisaa 4:3)

Haaaa.... Baca bagi penuh OK. Jangan bace sekerat je.

Ada lgi disebut tentang poligami. Sekadar peringatan.

"Dan kamu tidak dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh hendak melakukannya. Oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-melampau berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung di awang-awang; dan jika kamu memperbaiki keadaan yang picang itu dan memelihara diri daripada perbuatan yang zalim maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi".
(Surah An-Nisaa 4:129)


FYI, aku bukan anti-poligami OK. In fact, aku ialah isteri yg paling slamber bila berbicara ttg poligami. (isteri2 lain, sy taktau). Err... suami sy pun slamber jugak. 
Tapi, saya amat menentang kezaliman ke atas wanita, khususnya yang bergelar isteri. 
Jadi, sebelum saya mengizinkan suami saya berpoligami (sbg contoh), sy perlu pastikan yg suami sy menepati ciri2 yg sepatutnya. kalu tak, saya tak sign!!!! Tihtihtih...


Dan ini pula ayat untuk suami yg mahu menceraikan isterinya:

"Wahai orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka dengan menahan dan menyusahkan mereka kerana kamu hendak mengambil sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya,kecuali apabila mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka isteri-isteri kamu itu dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu merasai benci kepada mereka janganlah kamu terburu-buru menceraikan mereka, kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu."
(surah al-Nisa' 4 : 19)

dalam Al-Quran telah pun siap dengan pakej pesanan, sebelum wat apa-apa keputusan, sila berfikir sehabis-habisnya dan bertimbang-rasa dengan isteri atau isteri-isteri korang. 
Berlaku zalim? 
Dah banyak kali kot dalam surah an-Nisa melarang kaum wanita dizalimi. 
Tapi, zaman2 skang ni, terlampau banyak dah wanita dizalimi.

But.... tak ketinggalan juga, wanita yg menzalimi diri sendiri. Takleh nak kata apa dah. Dunia dah nak kiamat.



Ha.. ada lagi ni.

"Dan jika kamu hendaklah mengambil isteri menggantikan isteri lama yang kamu ceraikan sedang kamu telahpun memberikan kepadanya harta yang banyak maka janganlah kamu mengambil sedikit pun dari harta itu. Patutlah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan yang menyebabkan dosa yang nyata? Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan lain dan mereka pula telahpun mengambil perjanjian yang kuat (mithaq ghalidha) dari kami".
(Surah An-Nisaa 4: 20-21)


Haa.............. Amalan buruk siku adalah dilarang kerana ia menzalimi si isteri yg ditinggalkan. 
Tetiba terfikirkan kes pemain badminton negara yg tetiba menceraikan isterinya kendian mintak balik duit hantaran kahwin. huahuahuaha....(eh, apsal aku gelak ni?)


Maaf, aku bukan bias. 
Tulisan ini bukan khas untuk suami je. 
Ada jugak utk kawan2 bergelar isteri.... Bagi mereka yg disakiti suami dan mahu menuntut fasakh tapi rasa takut-takut berpeganglah kepada ayat ni:


"Dan jika perempuan bimbang akan timbul nusyuz (kebencian) atau tidak melayaninya dari suami, maka tiadalah salah mereka membuat pendamaian di antara mereka berdua secara yang sebaik-baiknya kerana perdamaian itu lebih baik bagi mereka dari bercerai-berai; sedang sifat bakhil kedekut tidak suka memberi atau bertolak ansur itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik dalam pergaulan dan mencegah diri daripada melakukan kezaliman, maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan.
(Surah An-Nisaa (4) : 128)


Lelaki diberi talaq dan perempuan diberi fasakh. 
Allah itu Maha Adil. 
But of course, ada yg menyelar perempuan2 menuntut fasakh dari suami ni. Katanya "Isteri yg minta cerai dari suami , haram baginya bau syurga."


Minta cerai dan tuntut fasakh adalah berbeza. 
Sila belajar lebih lagi. 
Minta cerai adalah seperti ini, " CERAIKAN SAYA SEKARANG JUGA!!!" dengan intonasi yg marah dan tinggi atau pun berupa ugutan terhadap suami. 
Itu, mmg tak cium bau syurga. Hanya layak cium bau stokin suami sahaja. 
Mekasih. 
Manakala, menuntut fasakh ialah, meunutut cerai dengan campur tangan kadi.
 Of course, perlu melalui beberapa proses yg merumitkan, tapi wanita kan telah dikurniakan sifat sabar yg tinggi. Ye dak?


Untuk seorang teman aku yg dalam proses tuntutan fasakh, aku kesian gak kat dia. 
Banyak tuduhan dia terima, dia tidak patuh kepada suami, dia isteri nusyuz, dia mendedahkan aib suami dan ada yg memandang rendah status dia sbg isteri gara-gara dia nak tuntut fasakh.


Dear friend, wat u are doing is never wrong. 
Kalau suami kamu telah menyepak terajang kamu sampai melekat di dinding , dan time tu kamu lak tgh pregnant sehingga hampir meragut nyawa kamu dan anak, aku rasa tak perlu tungguh lama lagi. Islam dah menggariskan limitation bahkan ada dalil utk nya.

"Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki dengan beberapa keistimewaan atas orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan memberi nafkah sebahagian daripada harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat dan yang memelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka, dan jika mereka berdegil pulaukan mereka di tempat tidur dan kalau juga masih berdegil pukullah mereka dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajar mereka. Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, Lagi Maha Besar".
(surah al-Nisa' 4:34)


Cuba kaji balik hukuman-hukuman yg digariskan. 
Ada tak disebut "sila sepak terajang isteri anda sekiranya isteri anda tidak taat kepada anda?" 
Tak de kann......



Dalil-dalil lain:


"Dan isteri-isteri mempunyai hak yang sama seperti hak suami terhadap mereka dengan cara yang sepatutnya; dalam pada itu orang-orang lelaki mempunyai satu darjah kelebihan atas orang-orang perempuan".
(surah al-Baqarah 2:sebahagian ayat 228)

Tuntutan fasakh boleh disandarkan kepada ayat al-Quran dan hadith antaranya yang bermaksud -
"Maka peliharalah dengan baik atau lepaskan dengan baik"
(Surah al-Baqarah (2) : Sebahagian ayat 229)


"Dan janganlah kamu pegang mereka dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka; dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiyakan dirinya sendiri"
(Surah al-Baqarah (2) : Sebahagian ayat 231)




Bab bercerai pulak. 
Aku petik sebahagian dalil. Sebenarnya mmg ada banyak dalil pasal penceraian ni.



Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya maka hendaklah ia memberi nafkah tidak memberati seseorang melainkan sekadar kemampuannya yang (Surah at-Talaq (65) : 7)

Tempatkanlah isteri-isteri kamu yang menjalankan iddah itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka di tempat tinggalnya itu dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu. Dan jika mereka keadaan sedang mengandung maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikalan kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu dengan cara yang baik. Dan sebaliknya jika kamu dari kedua pihak mengalami sulitan, aka bolehlah perempuan lain menyusukannya. (Surah At-Talaq (65) : 6)

Dan setelah diceraikan, berikut ialah kedudukan anak-anak seperi yg ditulis dalam Al-Quran:


"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan"
(Surah al-Ahqaf (46) : 15)

Mengenai hak jagaan anak disebutkan di dalam al-Quran maksudnya -

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diiberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seorang ibu itu menderita kerana anaknya dan jangan juga menjadikan seorang bapa menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut jika sibapa tiada. Kemudian jika keduanya suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan yang telah dicapai oleh mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah melakukannya. Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan upah yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah (2) : 233)



Terdapat juga dua hadith yang boleh menjadi panduan perkara hadhanah ini. Hadithnya ialah yang bermaksud -


(a) "Dari Abdullah bin Amar, bahawa seorang perempuan bertanya "Ya Rasulullah, sesungguhnya bagi anak laki-lakiku ini perutkulah yang mengandungnya, pangkuan aku menjadi perlindungannya dan tetek aku yang menyusuinya, tiba-tiba sekarang ayahnya mahu mencabutnya dari aku. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda "Engkaulah lebih berhak terhadapnya selama engkau tidak berkahwin lain"
(Sunan Abu Dawud Kitab at-Talaq Vol.2 p. 636)

(b) "Seorang perempuan datang kepada Rasulullah s.a.w. katanya "Ya Rasulullah! Sesungguhnya suamiku mau membawa anakku pergi pada hal dialah yang mengambil air untukku dari sumur Abu Unbah dan dia pun berguna sekali bagiku. Maka Rasulullah s.a.w. bersabada "Ini ayahmu dan ini ibu mu. Pilihlah mana yang engkau sukai". Lalu anak tersebut memilih ibunya. Lalu ibunya pergi membawa anaknya.
(Sunan Abu Dawud Kitab at-Talaq Vol. 2 p. 617)



MAhu hak wanita disamaratakan dengan lelaki? 
Pernah dengar kan?
 Hak bekerja, hak itu dan hak ini. Ada ke patut nak minta disamatarafkan.
 Tahukah kita wanita ini walaupun tarafnya di bawah lelaki tapi wanitalah yg dimanja-manjakan. Macam-maca kelonggaran diberi Allah. Jadi, usahlah dibanding wanita dengan lelaki atau cuba menyamatarafkan lelaki dan wanita. Memang rugi beb!

Tugas wanita, cuma mematuhi suami, menjaga aurat, menjaga kehormatan diri untuk suami.. dan kita diberi peluang hamil sbg satu jalan menebus dosa2. Lelaki ada ke? Takde kann.... Maybe ada tapi tak semudah wanita. Wanita ada cuti beribadat, lelaki takde. Ada lagi?

Tapi kan... wanita mmg kuat. Wanita boleh jaga diri sendiri bila suaminya takda. Boleh bela 10 anak walaupun suami takda. Cube tengok ibu2 tunggal tu. Betapa kuatnya tenaga diorg. walaupun tak sama kederat dgn lelaki, tapi daya survivor mmg tinggi. huuuuuu.... Tapi , kalau isteri takde, agak2 suami buleh survive tak bela anak 10 org? Mmg takleh. Apa taknya, isteri baru meninggal je dah pikir "sapa nak masak ngan basuh baju aku..... Sapa nk jaga aku... Sapa nak itu dan sapa nak inikan aku...?"

Betui? Betui? Last-last depa kena kahwin. I mean "terpaksa" kahwin. Huauauauahauahua.

Akhir kalam, walaupun tulisan aku ni agak keterlaluan bagi sesetengah pihak, mungkin memihak kepada satu golongan, ketahuilah, aku mmg tak masuk belah sesapa walaupun aku perempuan. Bagi aku, sapa ada ilmu, maka dia yg untung lebih. Tak kisah la dia laki ka pompuan ka.




And always remember this: -

"Dan isteri-isteri mempunyai hak yang sama seperti hak suami terhadap mereka dengan cara yang sepatutnya; dalam pada itu orang-orang lelaki mempunyai satu darjah kelebihan atas orang-orang perempuan".(Surah Al-Baqarah 2:228)

"Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang-orang perempuan ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; maka berusahalah kamu dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu..."
(surah al-Nisa' 4 : sebahagian ayat 32)



sekian bebelan makbed utk hari ni. dah lama tak bebel. Tulisan adalah peringatan kepada saya dikongsi bersama semua. Wallahualam.


Yoosshhh!



(ditulis pada April 20, 2010 dan diterbtitkan semula)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram