Followers

14 Jul 2013

PERLU SANGAT KE INSURANS NI?

Selamat Berhujung Minggu bagi negeri-negeri yang cutinya Sabtu Ahad.
KAlu yg senegeri dengan aku, hari Ahad adalah hari keroje. Ngeh..Ngeh Ngeh...


Bagaimanapun, untuk Makbed... HAri Ahad adalah hari RESET / RESTART.
Masa nilah nak check jadual. Re-scheduling jika perlu.
Tengok hari apa free, hari apa penuh.
Insyaallah minggu ni takde full sangat. CUma ada training je hari Selasa. KAt Alor Setar aje.
BUleh la kot wat kuih raya.
Ekk??


*Kuih tunjuk2 aje kot?
Tak de inisiatif lansung nak blajo wat kuih raya. Isk~




HAri ni, aku nak bagi 1 lagi Info Insurans.
Next entry kang baru citer bab Wawan Oni sebab skang ni aku tgh ado idea nak nulih.
Belog kena juga sumbat info-info bermanfaat ye dak.
Asyik boh citer diri sniri aje, kang berdarah idung mengkeme bacenyeeeerrr. Adehh~



KENAPA ANDA PERLU INSURANS?



Seringkali bila didatangi agen insurans , bercerita tentang insurans, perkataan yang biasa kita dgr kerap adalah MATI, PAMPASAN, LUMPUH, KEMALANGAN.... yada,yada,yadaaaaa..*boring kan?

Bebaru ni ajelah ada inovasi sikit bila keluar KAD PERUBATAN.
Pehtu ada pulak SIMPANAN dan PELABURAN.

Benarkah INSURANS ni boleh buat semua di atas dalam satu akaun?
Kenapa menyimpan di bank tidak lagi dikira satu-satunya jalan untuk menyimpan wang?
Apa perlunya investment?


Well, boleh dikatakan di zaman moden la ni dimana duit keluaq macam ayaq , MENYIMPAN perlulah dilakukan dan telah diinovasikan menjadi lebih 'macho'.
PAstinya, ada yang syariah compliance , tanpa was-was.

Dalam insurans pun buleh menyimpan?
MEGIKNYA......!!!!


Yeahhh... ajaib tahu?


Oklah.

Jom tengok SEBAB kenapa anda perlu ada PRUBSN TAKAFUL


1 - Dana pendapatan TERSEDIA untuk ditinggalkan kepada waris anda sekiranya anda meninggal dunia. Ini anda dah tahu dah ni..kan?


2 - Pendapatan anda berterusan dan kos rawatan anda ditanggung sekiranya anda hilang upaya dan sakit kritikal meskipun anda sudah tidak lagi bekerja dan tak mampu membayar premium. Bulan-bulan anda bayar bil api , air, Astro, ansurans kereta suma....
Ada tak bila anda disahkan hilang upaya, bil api dan ayaq anda jadi FREE?
ASTRO tetiba call cakap  "CIk lumpuh? TAkleh bayar bil? BAiklah... Astro FREE untuk anda..? Ade?
Keta tak bayar sebab dah tak bekerja, ansurannya akan jadi FREE tak?
Tak kann......
TApi, PruBSN akan jadi FREE bila anda disahkan sakit kritikal atau hilang upaya. Ohsem tak?


3-  Dana persaraan turut tersedia. TAk payah nak bergantung kat KWSP , EPF , pencen segala tu. Sekejap aje suma tu habih. Percayalah cakap Kak Ton! KAjian dah menunjukkan , wang pencen mengambil masa 3 tahun je untuk habih. Hmm.. tak payah la Makbed citer lelebih kot mana suma duit tu buleh habih. Tapi, nak ajak renung-renungkan, PENCEN yang BAGAIMANAKAH yang anda mahukan? Pencen dalam keadaan senang hati, atau dalam keadaan susah hati? Rancang persaraan anda sekarang. Ramai yang dah buat. Tak ganjil pun buat plan persaraan awal-awal.


4- Mengelakkan hutang. BUkan mengelakkan anda SAHAJA dari berhutang. Ia juga mengelakkan keluarga anda MEWARISI hutang yg anda tinggalkan. Membayar RM150 premium insurans sebulan takkan membuatkan anda rugi besar. IAnya memberi manfaat lebih!


5- Melindungi harta anda. Wang yang anda ada sekarang boleh dimanfaatkan untuk perkara lain. Biar PruBSN Takaful menguruskan kos perubatan hospital anda. Tidak perlu lagi korek tabung, beratur di bank untuk keluarkan simpanan , apatah lagi menggunakan kad kredit untuk membayar bil hospital yg tinggi. Bukan itu saja. Anda diberi elaun pula tatkala mendapatkan rawatan di hospital!
 Dapatkan nasihat dan kosongkan minda. Perancang kewangan anda akan membantu anda memberi plan terbaik untuk diri anda dan masa depan keluarga anda.


6-Simpanan untuk pendidikan anak-anak juga tersedia di dalam PruBSN Takaful. Hebat bukan? Tidak perlu lagi membuat pinjaman untuk pendidikan tinggi anak-anak. Simpanan anda sudah boleh dilakukan sejak awal sekiranya anda bijak merancang. Tiada tempoh matang untuk simpanan di PruBSN Takaful.


7- Persiapan untuk menunaikan haji dan umrah juga boleh dilakukan dengan PruBSN Takaful, di bawah plan PruBSN Ummah. Bila anda nak pergi haji? 10 tahun lagi? 20? 30? Rancang seawal mungkin. Lebih awal anda bermula, lebih menguntungkan.


8-Beramal jariah juga boleh dilakukan dengan PruBSN Takaful dengan adanya konsep TAKAFUL itu sendiri.


9-Mengurangkan cukai pendapatan


10- Tanda anda seorang yang bertanggungjawab terhadap diri dan orang-orang yang anda kasihi.








Itu saja.
Semoga bermanfaat ye.


Sebarang pertanyaan bolehlah diemailkan kepada makbedjournal@gmail.com.


Terima kasih.
Assalamualaikum.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram