Followers

4 Jul 2013

Kesian kat saya...

 Assalamualaikum...~


Sunyi aje belog saya ini. MAcam dah lama sangat saya tak menulis.
TAk banyak online merapu-rapu sebab bila saya online saja, email saya membusut dengan pertanyaan dan permintaan quotation. 
Dan inbox pun ada tanya-tanya, kadang ada yg order HKCC.
Enpon pun asyik abeh betri aje, dengan whattsap yang bertalu-talu. 
JAdi, saya sudah upgrade diri ke satu level iaitu - menjauhi perkara lagha. HEHEhEH



KEcuali...


Candy Crush.


Bila saya ada masa, saya akan menceriakan otak saya dengan game tu.

TApi, skang pun dah jarang dapat main.
Lagi tinggi level, lagi teruk sakit otak. 
Hmm.. baik tak payah main lah kan. 



By the way, jemputlah ke page kerjaya saya di MAKBED PRUDENTIAL - Klik plis!
Untuk tulisan berkenaan kerjaya, insurans, perancangan kewangan dan sedikit sebanyak aktiviti saya sebagai perancang kewangan saya abadikan di situ. 
Sebahagian aje... Takleh lelebih sebab bebaru ni ada matsaleh mana ntah PM saya personal cakap muka saya sangat familiar dan macam pernah nampak kat UK. 
SIap nak berkenalan la pulak. Ngeee~ 
Dah le letak muka PAtrick Wilson as profile page. 
NAmpak sangat OVERRRR ok.
Boh le muka sniri, kan? HApeda...

Gile, UK pun tak penah jejak.
UK mana ni??
Ulu Kinta maybe la. Kan KAn KAn..~



Kebizian tak bertepi bermula 25hb Jun lepas bila tetiba aku dipanggil oleh satu company ni untuk sediakan proposal insurans berkad perubatan utk company diorang. 
Disebabkan ianya tetiba, dah le kt KL pulak tu, 
dengan tak de menda nak prepare, 
dengan menggelabahnya sebab yang memanggil tu cam orang penting yang 'perlu dirahasiakan' namanya, 
jadi.....jadi...jadi....jadi...


JAdilah saya manusia yang paling kalut sekali pada masa itu.


Travel saya sangat unik.

Alor Setar-Manjung-KL-Manjung-Alor Setar. 

Itu berlaku last week.
Naik bas jer.

Kalau saya Tony Stark , maybe leh terbang segera. 
Dan maybe saya boleh update belog sambil-sambil terbang, kan?



Dan kemudiannya, follow up perlu dilakukan. ALhamdulillah, kami berjaya dapat projek tu.
 In fact dah selesai dah pada 2hb July.

Dan travel keduanya utk projek tu, sama jugak... 
Alor Setar-MAnjung-KL-Manjung-Alor Setar. 
Tapi kali ni pegi dengan kereta. Drive sendiri sebab tak sempat amik tiket bas gi Manjung. 
TAkde tiket bas malam... 
Saya dapat peluk Oni dan Wawan pada 3 July.... IAitu semalam.

Rehat seharian hari ini. Prepare utk esok.



BEsok.... saya akan BERGERAK pulak ke Manjung, SEKALI LAGI untuk Quarter 2 Review di Bukit MErah. 
Dan besok petang, Encik Bos ada buat makan-makan sikit kat rumah dia sebelum kami bergerak ke Bukit Merah. 
Tiket bas gi Manjung dah amik tadi.
 Bas besok, jam 10.30pagi. 

HAri Sabtu dijangka kembali ke Manjung.
 Check in 3 malam, sampai Isnin... Then on Isnin, bergerak ke KL pulak utk Mid Year Convention di The Mines.
Will be staying in KL for 1 night. 
Then, amik tiket bas balik Kedah terus dari KL. 


Itu yang dalam jadual saya tau.

On 11hb July, saya kena gi Kuantan plak sebab Mak panggil sambut posa kat sana. 
Ngeeeee~



Korang penat tak baca?



****


 

Dengan bangganya nak bagitau yang INI BUKAN MILIK AKU. 
Ini milik JULIANA JAMNI. 
PArtner saya dalam industri perancang kewangan ini.
Selepas 3 tahun, she bought this.
Sebagai kawan, saya TUMPANG gembira di samping dapat TUMPANG naik kereta dia. 


Dan, masa trip 'terkejut' kami ke KL untuk settlekan projek bebaru ni, Juliana bagi honor untuk aku drive kereta kejayaan dia.
Gila touching~
Walaupun bukan kereta aku, tapi sudi gak dia tak kedekut , bagi aku energy merasa bawak 'mersidis' hokeeehhh...~
Gile superb perasaan.
Tu baru perasaan ok. 
Belum ko tengok betapa banyak mata melihat aku memandu dengan gagahnya (gila lembab drive sebab tak pandai lagi..~)

TAk tergambar perasaan. Cuba kalau aku yang punya?

 Masa ni , saya bukan saja diberi (disuruh) drive keta gabak ni, tapi bos pun ada. Dia takmo bawak CLS dia, tapi nak naik mersidis juge.. Ngan aku drive.
Wey, dah macam kena ujian JPJ je bila bos duduk belakang memerhatikan gaya driving aku. HAHAHAH~
BErsopan-santun di jalan raya weh.

Siyes , tak sama macam bawak Bambam Bee. 
NAsib baik Bambam Bee jenis yang tak kuat merajuk. MAcam tuannya laaaa...~
 

Juliana Jamni dan Norarfahani (Kak Nor)

 Kak Nor pun baru aje keluar keta baru.
Sebelum ni surirumah aje. 
Gi umah dia, dia pakai tshirt biasa aje.
Tapi, skang... da join biz juga. Bersungguh dia buat... 
Umur dah berapa dah akak sorang ni. Anak dah beso...
TApi, semangat tu yang penting. 
Skang, gaji dia lebih Rm7k kot. 
Dulu-dulu, surirumah je. Check duit kat bank pun jarang. 
Skang?
TAk habih makan pun. KEje nyopping aje beliau ni.
Dok umah aje pon skang, gaji dia gitu je. 
 


Kak Nor amik vellfire sejibik!
MAsa hari pemilihan vellfire beliau peringat FINAL, saya berada di sana. 
KAGUM!



gambo berjerebu!



 To Juliana , congrats.
Walau ada je orang dengki-dengki, dipersoalkan, dikutuk, dperlekehkan..Tapi Juliana ni tabah orangnya.
Aku kagum dengan keberanian dia dalam segala segi.
TApi, aku tak puji le depan-depan.
AKu puji kat sini aje dah le ye.
HAHAHAHAHA..~
Sapa nak wat insurans, leh jugak gi kat beliau ni.
Agen hebak kawasan MANJUNG tau. 
Sebut aje nama MAkbed, dia mesti kasi diskawannn! HAHAHAHAHAHAH~*tipu.



PEhni, aku plak ekk...
Mekasih sebab kasi moral support. KAsi terbakor sikit kain MAkbed, laju sikit aku lari. hewhewhew~





Juliana Jamni, penulis dan KAk Nor



Banyak nak citer pasal 2 orang yang sangat inspiring ni. 
BErdampingan dengan diorang buat saya sentiasa on track dan fokus.
Susah juga jadi agen outstation ni.
Mental dan fizikal kena kuat betul. 
Mujurlah rakan-rakan lain pun banyak support , even dari jauh. 


Besok, insyaallah dapat jumpa Azura Tukiran plak. 
Agen outstation dari Johor.
Well, besok ni Al-Azhar Associates nak buat makan-makan, kinda like family gathering gituuu...~
TAK SABO NI WEHH!!!!!

tak sabo nak makan.
 



Well, cukup la takat ni entry.
Besok saya tak sure sempat ke tak nak buat entry.
Maybe just update dalam instagram je. 
Insyaallah, kalu ada masa saya menulis lagi. 








 Buat pembaca sekelian, 
saya sayang anda semua.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram