Followers

23 Jul 2013

JANGAN TINGGAL ANAK DALAM KERETA LA WOII!!!


HAri ni terpanggil pulak nak menulis pasal TABIAT tinggal anak dalam kereta ni.
Sebelum ni aku pernah menulis dah. 
Ngape la kurang kesedaran pasal tinggal anak dalam kereta ni..?


Sebelum tu , baca news dulu then korang tentukan sendiri, ini CUAI, ABAI, GATAI atau BEBAI.


 Tidak sampai sehari selepas seorang kanak-kanak lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya, Selangor, seorang lagi budak hampir menerima nasib sama di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sedang tidur ditinggalkan ibunya dalam kenderaan yang dikunci dari dalam serta enjinnya hidup sebelum keluar membeli-belah.
Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci.


Goyang kereta baru terjaga

Menurut saksi, orang ramai berjaya mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta itu beberapa kali sebelum budak perempuan terbabit terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintunya.

Dalam kejadian jam 8.30 malam di Taman Putra Jaya dekat Telipok di sini, wanita lingkungan usia 20-an itu mengaku meninggalkan anaknya berseorangan dalam kenderaan kerana keluar membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya berhampiran.

Wanita itu memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat.
Khamis lalu, Nawal Iris Samsudin, tiga tahun, ditemui lemas dalam kereta yang ditinggalkan ibunya di pekarangan sekolahnya di USJ4, Subang Jaya.

Ibu kanak-kanak itu, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya berada dalam kereta ketika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat di sekolahnya jam 11 pagi.

Mayat Nawal ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta itu jam 5.30 petang ketika ibunya bersiap untuk pulang selepas sesi sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengulangi perkara sama kerana ia bukan saja membahayakan kanak-kanak, malah boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini termasuk ancaman jenayah.




KAlau kes anak terkunci di dalam kereta di Subang Jaya tempoh hari, kita boleh accept itu sebagai TAK SENGAJA. Sudah ketentuan si ibu diuji sedemikian rupa. 

Tapi, kes yang terbaru ni? KOrang nilaikan lah sendiri. 

Budak kecik tak kisah la berapa kecik, yang dikonsider tak mumayyiz, tak pandai urus diri, lembam, yang helpless, TOLONGLAH JANGAN TINGGAL DIA BERSEORANGAN DALAM KERETA

Memang kereta ni cozy, siok..sejuk. KAdang tak sampai hati nak kejutkan anak yang sedang tido enak sebab nanti 'ganggu' dema tido.

Well, nak tanya balik.... Adakah mengganggu anak tu sedang tido yang anda takutkan, atau pun bimbang bila anak tu terjaga, anak tu mengganggu anda pula? 


Jika perlu berjalan berdua dengan anak, INGAT! Sentiasa INGAT yang anda kena bawak dia ke mana sahaja pun, hatta perlu mengisi minyak dan bayar duit kat konter minyak yang jaraknya hanya sekentut aje nye pon!
Jangan tinggal. 

Aku pelik tengok mak bapak budak yang nak gi market bawak anak, pehtu tinggal budak tu dlm keta bukak tingkap sikit, bior aje. TAk de lak letak nombor telepon ke hape jika anything happen. 
BAhaya wey. 
KAlau kena culik camne?
Aih....

ORANG TAKKAN BERINGAT SELAGI TIDAK TERKENA KAT DIRI SENDIRI.
Tapi, bila dah terkena , menyesal pun taraguna lagi. 


So, tolonglah kawan-kawan. 
Ingat... 
AKu tak cakap sebarang. 
Sebab aku sendiri pun buat.
Bior le orang ngate aku gi keje, gi jalan jauh tak bawak anak. KEJAM.
Tinggal anak kat umah. Anak terabai demi aku nak keje. 

YE BETOL!
Adalah lebih bagus aku tinggalkan diorang kat umah daripada aku bawak Oni ngan Wawan dan membahayakan nyawa diorang. Dan nyawa aku jugak. 
Simple situasi la.... Kalau aku tetiba nak terkencing ke, nak berak ke, camne? NAk usung suma bebudak tu masuk jamban skali? 
Atau, nak tinggal dedua otomen tu dlm keta, dan aku gi berak? 
Tenang ke? 


NAk gi isi minyak pun, jika terdesak sangat, aku akan cari petrol pam yang pakai kad.
Nasib la skang leh pakai debit kad.
Swipe ajelah..
TAkperlu aku ke kaunter minyak. 
Anak-anak pun takyah tinggal dalam keta tanpa pengawasan. 
Sambil isi minyak, sambil tengok. 
Sebaiknya, urusan aku selesaikan sebelum aku amik anak-anak. 
Bila dah jemput anak balik, means aku kena terus balik rumah. 

Bila Inche Kitchi takde, aku kena lebih alert dan kena lebih bijak merancang perjalanan. 
Penat juga kekadang bila ada perkara yg agak terbatas nak buat bila dok sengsorang menguruskan otemen yang ganas nih. 
Tapi, dengan perancangan betul, insyaallah. Jangan segan minta bantuan jika perlu. 

So, nasihat aku kat sini, JANGAN TINGGALKAN ANAK DALAM KETA walau apa pun sebabnya. 
Anak tido, anak tak sihat, anak tak mo ikut... 
No NO NO...
Itu bukan alasan. 
Jadi ibu bapa yang bijak. 
Jika anak meragam, buat dia tak meragam.
Jika anak menangis, buat dia tak menangis.
Jika dia tak mau keluar, buat sampai dia keluar. Heret lah dia jika perlu. 
Kalau taknak, jangan keluar lansung dedua sekali!
Kita ibu dan bapa. Kita lah yang mendidik dan mengawal suasana. 
Kelak, jika jadi apa-apa akibat kelalaian sendiri, takkan nak guna alasan - "Anak saya nangih-nangih takmo kuar keta. Maklumlah, tak sihat. So saya biarla dia rest dalam tu kejap.."

And then, deep down you menyesal sengsorang... sebab anda tahu siapa sebenarnya yang suka beralasan dan mengambil mudah atas segala keadaan. 


 


 Buat masyarakat yang terlibat dalam insiden kat KOta Kinabalu ni, respek sama u guys. Anda SANGAT PRIHATIN dan keprihatinan anda mungkin telah menyelamatkan anak tu. 
TAkpa la hangpa bagi pecah cermin tingkap. 
Memang baguih la. Biar mak pak dia beringat.

JAdi , aku menyeru kepada semua, kalau hangpa nampak ada budak kecik dalam kereta yang ditinggalkan, bila pintu tu berkunci dan takda penjaga dalam dia, hangpa PECAHKAN JE TINGKAP KETA DIA
sebab...

1 - Sebagai tujuan menyelamat.
2 - Sebagai peringatan kat tuan punya keta tu, bagi dia belajar. 

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram