Followers

29 Jul 2013

Inche Kitchi Sudah Pergi



Selepas hampir 2 bulan kami tugeder-geder, pada hari ini Inche Kitchi telah pun berangkat ke Kuala Lumpur untuk menyambung tugasnya sebagai Pencari Nafkah untuk keluarga kecil kami. 


Paling 'menarik' adalah tahun ni kami tak leh beraya bersama-sama sebab Inche Kitchi naik kapal 2 bulan start besok.




MAka, tahun ni kami beraya jejauh.....~ Nyaaaauuuuuuu~ 



Ada sekelumit sedih jugak la. 
Tapi sekelumit cinonet je.
Papepun, Makbed tetap brsyukur atas rezeki Allah bagi. 
Dengan wajah manis riang gembira, kami mengiringi jihad Inche Kitchi...... sampai ke stesen bas sahaja...
Ahaks!!


Semoga Apak tabah ye. 
Syukur lah aku kini di Kedah. 
Dekat dengan mertua. JAdi, boleh juga merengek-rengek kat Umie. Dan time raya macam gini, takde la susah aku nak drive balik jejauh semata-mata nak bawak anak-anak balik tengok atok dan nenek diorang, kan?

Dan tahun ni rumah aku bakal jadi port beraya. 
Mak Abah 'balik'  kampung.
Adik-adik pun suma berkumpul di sini. 
Di rumah aku. DI rumah di mana kami semua dibesarkan. 
MESTI BEST!!!!

Tapi aku tau dah, Abah musti beraya kat Sik punya. 
Tak sabo nunggu lemang dan ketupat orang Sik...~


 

Selamat Jalan , romeo.

Skang suma kena buat sendiri balik.
Sebelum ni Inche Kitchi antar anak-anak gi sekolah.
Dia jugak yg menjemput. 
Dia tolong tadahkan stok air dalam botol sampai penuh. 
Tolong mandkan anak-anak bila petang , time aku kalut memasak untuk berbuka.
Tolong basuh berak anak-anak.
Tolong picit kepala , urut belakang aku time sakit. 
Tolong terkejutkan aku suruh tido bebetul bila aku berdengkur.
Tolong 'layan borak' bila aku bercakap ketika tidur. HAHAHAH!
Tolong buang sampah. 
Tolong jadi driver ke mana sahaja saya mau pegi. 


Huuu...~

 

Tahun ni beraya tak cukup sorang.




Namun anda tetap dekat di hati kami :-)



Salam sayang buat suami yang terlalu banyak berkorban untuk kami.
Sampai pakaian pun tak berganti.
SKang terpaksa beraya jauh dari famili. 







Cubaan pertama suami jauh kali ini ialah
31 haribulan sampai 3 Ogos aku kena outstation. 
Dan sebelum ni outstation anak-anak tinggal dengan Inche Kitchi. 
KAli ni, nak tinggal kat sapa pulak nye...~
Adehh..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram