Followers

22 Jul 2013

Seketika aku tersentak...


HAri ni Abah duduk rumah , tido aje. 
Rileks. 
Aku siapkan kari telur dan siap sekali 'menjala' di dapur.
BUat lebih untuk santapan ibu dan ayah mertua serta adik-adik ipar. Malam kang baru nak gi umah Umie. 


Lepas masak , saja luangkan masa berfb. 
Disapa oleh eorang friend yang just nak bertanyakan soalan. 
Dipendekkan kisah, dia baru saja kehilangan orang tua yang disayangi akibat penyakit kanser peparu, stage 4. 
Dia hanya ingin tahu, benarkah wang yang diterima berjumlah agak banyak adalah wang khairat kematian arwah ayahnya. 
Baginya, ianya terlampau banyak untuk KHAIRAT KEMATIAN. 


Disebabkan aku takleh view away punya polisi, aku cuma mampu bagi jawapan. Bahawa khairat kematian tak semestinya berjumlah Rm2k seperti yg selalu diterima. Ada pemilik polisi yg mahukan khairat kematiannya ditinggikan. 
Hakikatnya, semua manfaat dalam PruBSN boleh disuaipadan dengan keperluan. 
Ada orang yang mahu pampasan mati dilebihkan.
Ada orang yang tidak mahu pampasan tinggi, cuma mahukan medical kad yg tinggi nilai limitnya. 
Ada juga yang hanya mahu saving. 


Dalam kes ayahanda kepada orang ni, aku tak pasti.
Tapi, maybe anakandanya cuma mahu pastikan, duit apakah yg dia serta adik-beradiknya terima sepeninggalan ayahnya.
Bukanlah niat dia mahu check detail duit-duit tu tapi bagus juga jika diketahui dari mana asalnya.
Tetapi, si yang bertanya ini mengaku pernah nampak sijil insurans arwah ayahnya di dalam simpanan arwah sebelum ini. 


Di hujung perbualan aku dan dia, dia berterima kasih. Meskipun aku tak mampu menjawab semua pertanyaannya dengan detail, tapi ada sesuatu yang membuat aku tersentak seketika. Tatkala aku sampaikan ucap takziah aku pada dia dan keluarga atas pemergian ayahanda tersayang, dia berkata...


"...semasa hidup, dia bagi duit. Masa mati pun, dia bagi duit lagi..." 



Tetiba aku tersedar, untuk apakah aku berinsurans kalau bukan untuk dimanfaatkan kepada anak-anak aku bila aku dah tak ada nanti. Biarpun tak banyak, biarlah ia boleh membantu 


Periksa sum assured insurans anda. Pastikan ianya mencukupi untuk keluarga anda bila anda tiada lagi.
Jangan sesekali rasa terpaksa membayar insurans. 
Anda tidak akan pernah tahu manfaatnya sehinggalah anda sendiri melalui keadaan tu. 



Alhamdulillah, wang pampasan yang ditinggalkan cukup untuk melangsaikan hutang-hutang dan melaksanakan hajinya. 



HAri ini, aku belajar sesuatu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram