Followers

28 Jul 2013

Daging Masak Kicap MUDAH



MAri kongsi resepi mudah lagi senang :-p




Ini gambo aku upload masuk dalam instagram, masuk fb sekali, orang ingat asam katok la,kismis al-mukjizah la.
Sedih tau.
Ini daging masak kicap la jenab.
Sentap haku.
Henpon aku ni, skrin kamera nya dah calar. Berkat malas pakaikan 'baju' pada note tu la kan. Dapat kat Oni ngan Wawan, henpon tu lak digeser-geser macamla henpon tu berus dawai. MAu tak calaq?


Insyaallah, ada rezeki lebih, amik note 3 or S4 ker. Mana best ek?


Terus kepada resepi.


Bahan-bahan:

200gm daging yang dipotong kecil
1 labu bawang besar - blend
2 ulas bawang putih - blend
1 biji bunga lawang
1/2 labu bawang besar - potong bulat untuk hiasan
kicap manis cap kipas udang
sedikit kicap mee (kasi hitam sikit)
garam
air


Cara-cara:


1- Panaskan minyak dan tumis hasil blenderan tu.  Biar garing sikit.
2- MAsukkan kicap manis dan kicap mee.  KAcau sebati sikit pehtu masukkan air. Lebih pun takpe. Jangan la cair benor kicap tu kang tak santek lauknye.
3- Biarkan mendidih sedikit.
4- MAsukkan daging. KAcau rata dan biar sampai air tu kering sikit.
5- MAsukkan sedikit garam.
6- Akhir sekali masukkan hirisan bawang. Nak boh cili merah pun boleh.



Sebenarnya, resepi daging masak kicap ni pelbagai. Boleh juga letak sedikit cili boh kalu suka pedas. Tapi, cara masak je berbeza. Cara yg ni, daging lebih empuk sebab aku masukkan air dulu baru daging. Minyak pun tak pakai manyak. Ngam-ngam buat tumis aje.

Bunga lawang tak boh pun takpe. 


Untuk resepi daging masak kicap lain boleh refer:

Daging Masak Kicap Pedas Awan YAng Terpilu



Boleh cuba sendiri ye.
Simple je kan bahan-bahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram