Followers

17 Jul 2013

Alangkah Hampehnya Ku Rasakan

Nak gak tu menulih walaupun mata tak larat angkat dah!~
 
 
 
 
 
 
 
Ni lah antara masalah aku bila nak tido tadi.
Tetiba teringat ada menda tak email kat CIk Kerani Yang Bernama Fiza. 
HAri ni memacam le menda hampeh terjadi ke atas aku.
It was not THAT bad, cuma stress sikit as menda tak ikut as planned. 
*Cakap pun campur-campur dah macam ais kacang dah. JAnji sedap..ye dak?
 
 
Aku nak catch dateline 19hb , punya la pulun ku kejan prospek-prospek ku untuk submit.
After 19hb, akan berlaku kenaikan harga sikit. 
JAdi, rugi la sapa yg tak buat sekarang. 
Maka, those yang nak sign pada hari ni, aku dah prepare segala form dan diorang dah sign powwnnnn...
 
Dan aku pun bawak la borang tu sume gi opis......
 
 
Aku memang sedia maklum sejak semalam yang borang sudah tukar baru.
Tapi, borang yang baru tu tidak disupply dengan cukup kat seluruh agensi. 
Dapat pun limit je la. Maka, agen berebut-rebut nak amik borang baru.
Aku yang jauh ni laaaaa kesian. 
Takde borang.
Cik Kerani Yang Bernama Fiza suruh try submit je pakai borang lama sebab ada opis yang stil buleh accept borang lama lagi.
JAdi, tadinya aku tawakal aje la kannnnnn..
 
 
BAwak borang tu suma nak submit. 
 
 
Sekali, diorang rejek cakap kena pakai borang yg baru.
Lebih meng'hibur'kan aku adalah diorang ckp..
"DIORANG TAKDE DAH BORANG TU. DA HABIH. KALU NAK KENA GI BODEK AGEN-AGEN LAIN YANG MANA KENAL.."
 
Mihmihmihmih~ 
KAlau ada pun ade depa nak bagi kerrrr?

 
So, perginya aku ke opis tu hanya lah berjaya hantar borang claim je. 
Dan menghadiri training yang bertajuk CLAIM. 
 
 
Ok la. 
Takde le hampeh sangat ye dak. 




Kuciwa kerana tak leh submit kes hari ni, aku ajak Inche Kitchi gi umah Umie. 
Ngadu ngan ibu mertuaku lah. 
HHAHAHAHA...
Padahal, tak sempat masak dah sebab balik kol 6. 
Nak tapau, makan kami-kami je cam bosan. 
Best lagi makan ngan Umi dan Ayah.
MEriah sket. 

SO.... kami pun bergerak ke Pokok Sena lah, berbuka puasa ngan orang tua. 
Lagipun, tak penah lagi berbuka ngan diorang.
Umie teringin murtabak dan ikan bakar. 
AKu gi cari kat Bazar Ramadhan di Jalan Stadium. 
Oseeeemmmm...... Banyak gerak!
Jumpa satar dan otak-otak hokeyyy..
Beli terus walaupun regenya mahal. 
10 batang otak-otak harga rm7.
3 biji satar harga rm2.30.
Inflasi jugak ke bang???
 
Tak kisah la. 
Janji buleh makan. 
 
 
 Ok bai. 
Ngantuk dah. 
Oni dah panggil. 
Ape la budak tu.
Dah tua-tua pun nak ibu teman tidur lagi. Padahal tido dalam bilik aku tu. Sebelah katil je. 
HAih!
 
*dari kecik sampai ke beso dia cukup dengki kalu aku pegang lektop time dia nak tido. heheheehehe... 
Nak wat camne, time ko nak tido tu la idea ibu datang mencurah-curah.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram