Followers

7 Jun 2013

Purdah... datang lagi keinginan ini.



Orang suruh pakai tudung elok-elok supaya segalanya jadi elok. Elok rupa, elok perangai. Kalau nak wat jahat tu maybe beringat la sikit tudung yang dipakai atas kepala tu. Tapi, skang pakai tudung pun cam ikut trend jek. PAstu siap saing-saing lagi tudung sapo paling mahal, tudung sapo paling cokia. Yang tu aku kira normal tu. Lagi sedih bila ada orang bertanding tudung sapo paling labuh. YAng tu la bahana paling teruk skali - bila kita wat sesuatu menda yang baik sampai mendatangkan 'ujub dan riak.
Makan diri macam api dalam sekam!


Teringat zaman aku masa kecik, Abah tak suruh pakai tudung pun.
 Aku pakai tudung sniri jek.
 Masuk sekulah menengah, dah aku sniri yang nak masuk sekolah agama, aku tau sniri la yang pakai tudung ni sebenarnya wajib. Pakaaaiii....... Tak de bantah pon.
Padahal masa kanak-kanak tu kemain ranggi lagi aku neh. Berbaju gaun , stokin bunga renda bagai. HAkhakhakhak~ 

Tak kata la diri aku ni bagos. 
Aku rasa selagi aku tak mencapai cita-cita berpurdah dan berjubah hitam, maka aku tidak buleh la dikira berjaya menjaga aurat. This is my journey in fighting the lust of pakai baju kaler-kaler. 
Not easy tau. 

Maybe ada benefitnya pakai purdah ni. Raya takyah gado-gado nak pikir tema kaler hape. Nak kuar takyah susah hati tak gosok gigi, atau tudung tak match ngan baju. Ko nak kuar pakai baju tido je pun buleh - sarung ajelah abaya ko kat luar. Senang je secara luarannya. Practical pun senang je kan. Tapi............. tapi..tapi... tapii....  bukan itu soalnya. 
KAlau suma rasa senang, kenapa tak ramai orang berpurdah?


NAk melabuhkan tudung pun tak berapa nak berjaya lagi ni.
Hmmm... Ya Allah, malunya haku. Rezeki Kau bagi kat aku melimpah ruah. 
Bila aku berdoa, memohon, merayu agak Kau murahkan rezeki pada aku, cepat aje Kau perkenankan. Tapi, Kau minta hamba-Mu menutup aurat , punya la lambat bertindak aku ni. 
Sungguh tak mengenang budi! 
Minta nak cepat, bila turn aku menunaikan kewajipan, aku buat lambat-lambat. Uuuuuuuuuuuuuuu..... mana rasa taat ku?



Anyway, berpurdah bukan perkara wajib ye. JAngan peningkan kepala anda.
Apa yang penting, setiap hari yang kita lalui, kita tambahkan amalan. Semakin hari semakin bertambah baik. Kalau hari ini tudung kita, takat dada, labuhkan sikit setengah inci ke bawah dada. Jangan dinaikkan pulak setengah inci!~
Yang paling penting, hati perlu sentiasa bersih. 
Bila hati betul-betul bersih, kuasa keimanan akan mudah meresapi. Jadi tak sukarlah kalau kita nak menjadi Hamba Allah yang taat, bukan?

 baca kisah menarik dan maybe buleh dapat sikit info di sini:

AKU MAHU PAKAI PURDAH



Nak share ngan korang satu gambar nih....







Semoga tuan punya bontot ni insaf lah.... Adoyaiiii~*tepuk dahi.




Semoga ada lagi hari esok untuk aku memperbaiki diri, insyaallah.....


Sekian muhasabah diri Makbed untuk hari ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram