Followers

7 Jun 2013

Mari Pencen Awal tapi bagaimana?






Sapa sudi bekerja sampai umur 55?
58?
60???



Oh men...


Aku targer nak keje umur 43 je. 
Tpi, by umur aku 35,aku dah start gi jenjalan seluruh donia dah. 
HEHEHHEE.. *verangan lagi. 
NAk gi haji seawal umur. Time sihat walafiat.
Jika ada kewangan yg tidak terhad, amal ibadat pun tak tersekat nak buat. Kan? 
 


AKAN TETAPI, bukan aku je berangan nak pencen awal. 
Bukan aku je berangan nak dok goyang kaki je duit masuk.
Hakikanya, aku lansung tak percaya konsep goyang kaki je duit masuk. 
No such thing!
Sebelum nak boleh goyang kaki tu, banyak usaha yg nak kena buat.
Dan even misi nak goyang kaki by age 45 tu tercapai sekalipun, aku tak rasa depa ni akan stay goyang kaki je. 
Well, kehidupan orang yg berjaya ni lain sebenarnya. Setiap hari ada je adventurenya.

Dalam entry kali ni, aku nak share tips Retire Young Retire Rich yang aku summarizekan menerusi pembacaan sendirian berhad aku. 
InsyaAllah, mungkin leh jadi head-start untuk aku dan sesapa pun yg berhajat nak mengukuhkan kewangan di masa depan. 
Sukatikoranglah nak pencen umr berapa pun. Cuma kenalah dipastikan yg ketika kita tu besok-besok financial kita teratur. Ingat, 30 tahun akan datang, kudrat kita takkan SAMA macam sekarang ni. JAdi, apa-apa pun preparation adalah penting ye. 


PALING ASAS

1- Tentukan umur berapa nak pencen.
Standard orang bekerja makan gaji, pencen umur 55 tahun. Tapi, korang pastinya ada umur target utk pencen. Ada yang umur 30 nak pencen. Ada yang umur 45 nak pencen. Tentukan dulu usia anda nak brenti keje. JAdikan itu TARGET. JAngan le target minggu depan nak pencen. Realistik sikit k.


2- BELAJAR menguruskan wang sendiri. 
Kena tahu cara mengeluarkan duit dan 'memasukkan' duit kembali ke dalam poket. Orang yg nak pencen awal mesti kena pandai cari duit 'masuk' . Duit masuk kena lebih dari duit keluar. Kalau hanya rely on satu sumber pendapatan, memang payah le nak pencen awal. Apatah lagi lumrah kehidupan la ni , makin tahun makin tinggi perbelanjaan. So, kalau duit keluar semakin lama semakin besar, duit masuknya banyak tu je, kena start fikir lah ye. Jangan lambat berfikir. Rugi masa. Time is money! Kena sentiasa berbelanja mengikut bajet. Walaupun duit kita masuk lebih sikit pada bulan tu, kita kena belajar mendisiplinkan diri utk berbelanja ikut bajet.


3- Sambung belajar. 
Belajar, amik degree, master or PHD. Itu adalah pelaburan jangka masa panjang dan mampu menjamin pekerjaan yg bergaji besar. Pilih pengajian yg anda minat, dan pastikan lepas belajar tu anda kerja menggunakan qualification yg ada. KAlau belajar tinggi-tinggi, takbekerja pulak... tapi berangan nak berpendapatan tinggi dan pencen awal, ermm... susah nak cakap. Anda mungkin tak masuk dalam kategori kot.


4- Awal menyimpan. Biar sedikit-sedikit, tapi SELALU. 
Selalu means, hari-hari anda simpan biarpun sekupang sehari. LAgi awal anda MULA menyimpan, lagi AWAL anda boleh pencen. TAk rugi orang yg suka menyimpan ni.

.....TIPS: KAlau diusia 20-an, kajian pakar menyebut, 10% daripada gaji perlu terus diagihkan terus ke SIMPANAN. Tak apalah jika terpaksa mengawal diri dari melakukan aktiviti kesukaan. Sebab masa ni, tanggungjawab tak berapa nak banyak lagi. Dan diumur gini, kita lebih terdorong berbelanja berlebihan. MAklumlah...... baru merasa gaji sendiri kan?



5- Kurangkan perbelanjaan. 

......TIPS: 
  • Jangan beli buku. Pinjam je. Ni buat yg suka beli novel, majalah. Pinjam la kat kawan ke, library ke... JImat space penyimpanan, dan jimat wang.
  • Carpool. Cari peluang ke tempat kerja tumpang kengkawan. Gilir-gilir. Boleh tolong diri sendiri, dan tolong orang lain jugak. 
  • MAnfaatkan free voucher to the max! Dan jangan bazirkan jemputan makan free ye. HEHEHE..~ 
  • BAwak bekal gi ofis. Selain daripada boleh mengawal portion pengambilan makanan, ianya boleh gak mengawal pengaliran wang tunai anda. 
  • Beli barang-barang kegunaan rumah in bulk. COntoh: tisu tandas, rempah ratus, sabun basuh, sabun mandi... Beli kat TEsco ke GIant. BArang-barang yg dibeli secara borong ni, lebih murah dan mampu menjimatkan perbelanjaan dalam jangka masa panjang. 
  • Jimatkan letrik. Tutup lampu yg tak pakai tu. 
  • Line telepon. KAlau tak perlu, takyah pakai. Skang da ada bleh call pakai internet line je like viber dan memacam la. Invest sikit le beli smartphone. HEe..~


MAHU SAVING SEBANYAK MUNGKIN??

Kena tgk tips ni plak..



1-JANGAN TERTIPU dengan skim cepat kaya. 
Memang takde orang kaya sekelip mata. Lebih-lebih lagi kita ni orang Islam. KAya tanpa usaha, takkan kekal lama. Dan menipu untuk kaya plak, tak berkat. Sekejap je kayanye. Pehtu, kayap. Tanyalah sapa-sapa yg banyak duit di luar sana, senang tak nak jadi kaya? Tak senang tau. Diorang tak citer la yg part susah tu.


2- Simpan duit, bagi beranak. 
Anda menyimpan duit di bank , dan ada cakap itu menyimpan? Well.. betul. Itu simpanan. TApi, tak jauh beza ngan MELETAK duit anda di satu tempat. Kalau zaman atok dulu, simpan bawah tikar mengkuang. Tapi tu bukan simpan. Tu letak atau sorokkan. Supaya diri sendiri tak nampak, dan orang lain pun tak nampak. Duit tu, tak berkembang. HAnya banyak tu je sehinggalah kita tambah sendiri.
Cari satu akaun di mana anda boleh simpan dan invest dalam satu masa. Dan ingat, INVESTMENT utuk masa depan bukannya yg jenis simpan 3 tahun, lepas tu leh keluarkan duit. ITU BUKAN SIMPANAN yg bagus. IAnya tidak membentuk disiplin menyimpan yg optimum. Investment bukan bersifat laju dan untung besar sekelip masa. Ianya untuk keuntungan jangka masa panjang, digunakan untuk persedian pencen anda nanti. Faham ke Sangat FAHAM?


3- Pembelian aset
Ha.. nih sapa yg gaji mula sedap-sedap , dah boleh plan beli aset. Kereta bukan aset ye. Inilah masalah orang muda-muda kita.. Beli kereta idaman dulu, then baru pikir nak beli rumah. Rugi macam ni.
Buat yg pandai lagi dalam hal kewangan, leh beli saham. Dan, boleh juga invest untuk perniagaan kecil-kecilan. Asalkan ada duit masuk, biarpun sikit. Tapi, biarlah padan dengan modal nya ye. KAng modal besor gila, untung kecik plak. Rugi mcm tu.


4- Bina satu penjana pendapatan otometik. (Pasif income)
Merata orang sebut pasif income ni. Tapi, tahu ke sebenarnya amende pasif income tu? Orang selalu salah paham ngan pasif income ni semacam GOYANG KAKI JE DUIT MASUK. No no no.... Keje goyang kaki duit masuk ni, adalah keje tukang jahit dan pengayuh beca. Even Tony Fernandes pun tak goyang kaki je ok untuk jadi owner Air Asia. Ce tanya dia.. Berapa kali kaki dia digoyangkan sehari untuk berada di tahap seperti itu? PAsif income ni biasanya satu kerja yg kita leh buat sambil-sambil tapi mendatangkan wang berterusan, even kita dah tak buat lagi kerja tu. TAk seperti aktif income yang bersifat, ada kerja, ada le gaji. KAlau takkerja, takde gaji.

 BErikut adalah beberapa idea penjanaan pasif income yg boleh kita cuba:

  • Blogging,penulisan artikel, penulisan cerpen, novel dan yg berkaitan.
  • Online consulting. More to service, tapi pastikan anda qualify untuk memberi sebarang konsultansi yek!
  • Affiliate program. Maksudnya, perniagaan yg anda jalankan , promosinya dilakukan oleh ejen-ejen anda. BIasanya, orang yg buat e-book , selalu guna program gini. Orang beli ebook, bayar duit terus masuk akaun bank anda.
  • Business online. Anda punya business tapi perjalanan business diuruskan oleh pekerja-pekerja anda. Anda hanya dok diam aje tak uruskan business tu secara terus. 
  • Sewa rumah, rumah kedai, tapak perniagaan 
  • Pelaburan dari simpanan sendiri, saham atau unit amanah.

5-Hindari BAD DEBT (hutang jahat)
Bad debt adalah seperti hutang kredit kad untuk membeli barangan keperluan rumah dan juga membiayai percutian keluarga.
Dan juga hutang membeli kenderaan.
Nanti kita belajar pulak hutang baik ngan hutang jahat ye.... PAnjang-panjang sangat entry ni, tak best lak.


6- Dapatkan nasihat PAKAR KEWANGAN atau PENASIHAT KEWANGAN (financial planner , financial advisor)
Hakikatnya, utuk dapatkan penasihat kewangan yg bagus memang agak costly. Sebab penasihat kewangan ni memang expert dalam bab memberi guidance tentang hal 'memberanakkan' duit dan mencegah kewangan anda dari bocor. Jika anda belum anda seorang penasihat kewangan, sila dapatkan seorang. Tak semestinya anda kena jadi KAYA RAYA untuk dapat seorang Financial Planner. It could one of your friends or family members. PAstikan mereka berkelayakan.


7-RAncang kewangan mengikut keadaan. 
Bila anda dah set time bila nak pencen, so boleh la plan satu persatu plan tindakan tu. Jangan takut untuk tukar plan jika perlu kerana situasi kewangan sememangnya sentiasa berubah seiring dengan keperluan dan kehendak kita. Dan, jangan malas-malas untuk mengambil tahu perkembangan kewangan negara dan setiap peluang yg ada. Percayalah, di dunia sekarang ni, menambah pendapatan dan pencen awal itu adalah mampu dicapai sesiapun. Terlalu banyak cara menambah pendapatan, tidak hanya tertakluk kepada satu pekerjaan aje. Yang kita perlukan adalah sedikit kerajinan dan keberanian serta sedikit kreativiti and of course kesediaan mencari ilmu yg tidak bertepi.




 PLAN TODAY, PROTECT TOMORROW














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram