Followers

30 Jun 2013

MAri Bercerita Tentang Warna Kegemaran



MAri bercerita tentang warna kegemaran.


Ari tu Makbed kena bebel ngan Juliana Jamni kerana terlalu kerap memilih warna hitam dalam apa jua situasi dan tempat.

Sebenarnya, kalu bab baju-baju ni , aku suka kaler hitam sebagai warna major since aku banyak tudung kaler warna-warni. 
Disebabkan wajah aku yang agak eksotik ni *perasan, aku lebih suka tak banyak sangat kaler kat badan yang memperlihatkan aku terlampau cantik bak pelangi. 

JAdi, kalau bab berpakaian, korang akan lihat aku dalam kaler-kaler yang biasa je. Mostly gelap. JArang dapat tengok aku pakai cerah-cerah. Pendek kata, aku penakut main kaler. MAlas pun ada. Malas nak mix match. JAdi, outfit aku biasanya sekaler je. Kalau badan hitam,kaki hitam. Kalau nak pakai pink, satu badan aku kaler pink. Tudung aje lah yg contra. 


Cam tu la aku.
Tu pasal tak jadi ikon fesyen. Buta fesyen sikit kot. HAHAHAH~



Tapi, sebenarnya aku sangat suka warna HIJAU. 



Warna kedua kesukaan adalah BIRU


Warna ketiga kesukaan adalah warna OREN.



So, daripada ketiga-tiga kaler yang aku mention tadi, korang mungkin leh agak kot aku ni sebenarnya takde le wanita BLACK METAL sangat. 


Aku hanya pakai warna-warna sedemikian ketika majlis-majlis tertentu sahaja. Dan ketika mana aku rasa perlu untuk berpakaian berwarna sedemikian. 


TApi, kalu belongings, memang korang akan tengok berlambak menda kaler hijau kat sekeliling aku. 
Even barang-barang anak aku pun, aku beli kaler hijau jugak. PAKSA dema pakai warna kesukaan aku .



Puting Oni
 



BAju Wawan banyak gila kaler hijau.
 

Handbag



Anak-anak dan hijau

Hijau lagi!



 Buku-buku tulis aku pun banyak warna hijau.
KAlau nampak je menda kaler hijau, memang aku akan berjalan straight ke arah warna tu.
Inche Kitchi pun dah tau sangat dah.
KAlau nampak baju budak kaler ijau, memang kompem beli.

Cuma, aku je tak pakai kaler hijau. 
Sebab..
Aku suka tengok kaler hijau.
KAlau aku pakai, macam mana plak aku nak tgk?



Biru adalah warna kesukaan suami.
BAnyak baju dia kaler biru. 
Even kenduri kawin pun, aku pakai warna biru. 
Biru kan warna yang menenangkan. 
 



Di sesetengah situasi, biru selalu menjadi LUCKY COLOR utk aku.
Ada masa bila pakai kaler biru, senang betui aku close kes. 
TAtau kenapa. 
JAdi, aku assume macam tu jelah. 
Auranya berlainan mungkin. 

MUngkin betui kot kajian warna yang kita pakai mempengaruhi aura kita pada hari tu. 




 BArang-barang kepunyaan aku kurang berwarna biru.
Cuma kat ruang kerja aku, tempat aku tempek notes , backgroundnya biru.
Sebab aku kena mengadap ruang tu selalu jadi kaler tu sesuai untuk mata.
Biru jugak sangat sesuai ketika mencipta sesuatu yg kreatif, like.... menulis belog. Theeheheeee...



Oren plak adalah warna kesukaan Oni. 
Dia kenal warna Oren dulu, mengatasi warna-warna lain. 
Dan oren sangat cantik padanya. 
Untuk aku, oren ini hanya lah dipakai ketika aku rasa cam malas, nak down ..masa tu le pakai oren. 
Aura Oren yang ceria tu akan membuatkan aku tak jadi nak down.
Selalunya, warna oren adalah warna yang aku selalu 'ter'pakai ketika nak gi mengabihkan duit utk shopping.
HAHAHAHAHHHAAHA.uhuk uhuk uhuk. Alamak, terbatuk pulak~



 
 Warna lain tak suka ke?







Warna paling tak suka adalah PURPLE.
Ini adalah warna kotak kopi kegemaran.
TApi, sy tetap sukakan HKCC meskipun kulitnya kaler purple.
Remember, isinya yang sedap. Kita bukan nak minum plastiknya , kan?
Aku masih gagal menyarungkan warna purple.
Ade tudung purple tapi tak nampak sesuai di kulit bila pakai.


PUTIH.
Aku sangat suka tgk orang pakai putih.
Tapi, aku TAK BOLEH pakai warna putih, bukan sebab tak suka.
TApi, sebab TAK MAMPU.


Aku seorang yang comot. 



MERAH



Merah adalah warna yang aku belajar-belajar pakai sejak bergiat aktif dengan Prudential. 
Ini adalah warna rasmi syarikat , kan?
Setakat la ni, saya cuma ada 2 helai pashmina merah.
Dan sedang menambah koleksi. 



Ade orang sejes aku bela iguana sekor kerana kecenderungan aku terhadap warna HIJAU. 





Saya nak HULK SMASH boley??



Err.. aku nak semua di atas. 

HEhaHAehahhEHahhhaah..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram