Followers

18 Jun 2013

Malam Mengenang Jasa Inche Kitchi (Entry Bergambarajah Yang Banyak)



Hebak...

Nak mengenang jasa pun disiapkan satu malam KHAS tau. HEhehee.. best best. 



Kini secara rasminya diumumkan Inche Kitchi telahpun bersara perkhidmatan Tentera LAut DiRaja Malaysia, dengan dan menggunakan nama seperti berikut:


Lt. Noraizam bin Idris (Bersara)


HAh. Suke betui tengok perkataan BERSARA tu. Membuatkan beliau nampak 25 tahun lebih tua dari usia asalnya. 
PAdahal dia baru je masuk 30 tahun, hujung tahun lepas. 


Upacara Malam Jasamu Dikenang diadakan bagi meraikan para pesara tentera laut (pegawai) , diadakan di Wisma Samudera, Pangkalan TLDM Lumut, pada 15 June 2013.




Dan percayalah mengkeme sekelian , selama 5 tahun kawin ngan beliau, ini merupakan dinner RASMI kedua yang aku hadiri . 

Yang pertama was in the end on 2008. Sambutan Tahun BAru 2009. Time tu aku baru je keluar hospital, admitted sebab suspek Oni takde dalam perut. HEHEHEHE.... MAsa tu baru-baru peknenkan Oni. BAru kawin. Dan baru peknen. 

 



Nama para pesara

Namo laki den dok bawah sekali. 
Sebab dia yang paling bongsu (junior) gamaknya. hewhewhewhew..



Ini bukan nama pesara.


Sapa yang suka gi dinner-dinner istiadat gini aku tabik spring abeh la sebab memang tak sama kot cam dinner kat Prudential or dinner malam setiausaha yang ada Anuar Zain and Adibah Nor nyanyi-nyanyi sambil ko menyantap.
Dinner rasmi tu memang kena jaga class dah. 
TApi, dinner istiadat ni, ngaaaaaaaaaaaaa.... giler bedisiplin ko makan. Tekanan tui. HEHheee... 


Steward kat belakang dah ready nak 'rampas' makanan . Tak kiralah ko dah habih ke belum. HEee..

Aku tak puas hati sebab Adibah Nor tak nyanyi masa aku makan! *sengal mai dah. 

Siapa yang berniat nak menikah ngan polis dan tentera, boleh la prektis siap-siap makan berdisiplin cam gini. 
Aku tengok yang mai dinner malam tu suma gojes-gojes je. 
Dress code malam tu adalah Pakaian Kebangsaan atau kebaya berselendang. 
Dan aku lak tampil pakai Pakaian Kebangsaan Arab Saudi. HEhehe... NAsib baik tak kena suruh balik rumah salin baju, macam masa aku gi AGM BAkat tahun bila ntah. KOsam betui halau aku. TApi takpe, aku tak kisah. Aku balik salin baju.... BAju tidur la. Pehtu aku tidur. Begitulah sikit kisah hidup aku sebagai isteri pegawai navy. Hee.. *lansung tak boleh dicontohi wahai muri-murid. 

Disebabkan aku tak ramai kawan sangat. jadi aku tak kenal sapa sangat pun dalam dinner tu walaupun ada beratus orang kot. 
JAdi, aku buat la kawan sorang dua. FUture prospect. Kikiki~ 
Tetiba rasa keseorangan. NAsib baik la laki ado kat sebelah. Dan malam itu adalah malam beliau, bukan malam Makbed. 
JAdi, aku hanya berkawan dengan makanan sahaja.
Meh kita tengok makanan yang dijamu malam tu..


Poach Prawn served with thousand island sauce.




Aku punya Grilled Sirloin Steak yang a bit liat. TAk habih pun makannya.



Grilled Stuffed Chicken Thigh utk INche Kitchi. KAlau aku, ni memang tak cukup la. Kecik benor. Haah!



Nampak tak bersungguh-sungguh Kak Ton makan? Laki saya sabotaj saya la plak gi amik gambo tak cun ni.



Tiramisu





Coffee dihidangkan bersama gula perang cap TESCO. *kerrrrlasss ko jah.




Lt. Noraizam Idris (bersara) dan isteri beliau yang tak bersara lagi.




Tak lengkap la kalu tak de nyanyi-nyanyi dan nari-nari, kan?


 PErsonally dari aku..

Aku takleh tulis perasaan Inche Kitchi sebab aku tak berada di tempat beliau. 
Berada dalam perkhidmatan selama lebih 10 tahun, aku kira pastinya banyak pahit manis yang tersimpan. 
BAnding ngan aku yang 4 tahun je berumahtangga dengan seorang pegawai tentera nih, tak leh nak citer banyak sangat sebab pengalaman aku cuma sekejap sangat,compared to those women out there. 
Setakat kena tinggal tak balik-balik tu lumrah alam dah tu. Janji, potongan paksa masuk bulan-bulan , ye dak? Heee...

Setakat itu ajelah perkhidmatan suamiku dalam pasukan. 
NAmun, he will always remain as Navy people, no matter what. 
BErsaranya juga penuh penghormatan. 
Diraikan dan diabadikan. 
Terima kasih tak terhingga kami ucapkan. 

As for me, berkahwin dan tinggal di Lumut bersama wanita-wanita besi yang sedia berkorban, terkorban dan mengorbankan ini sememangnya awesome. 
JAuh dan dekat, even yang duduk di Kota Kinabalu sana pun, kami rapat macam berjiran sebelah-sebelah aje. Ala... pesbuk kan ada. Boleh bertukar juadah melalui gambar pesbuk je kan? AHAHAA..
Terima kasih atas tawaran persahabatan. 
Terima kasih atas pemberian lauk dan pinggan. 
Terima kasih atas kasih sayang dan keprihatinan. 
Terima kasih atas gelak tawa dan tangisan. 
Anda sentiasa kekal di hati ku. 

Oni dan Wawan lahir di Perak. 
Wawan lahir di HATL , Lumut. 
At least ada la sorang lahir kat spital tentera. Tu yang mahai tu. 
4 tahun tak cukup nak kenal semua orang luar dan dalam. 
TApi, 4 tahun itu lah permulaan kehidupan aku kini. 
Alhamdulillah... Allah sebaik-baik perancang. 

Buat suami tersayang, semoga pengalaman lalu menjadi kekuatan dan peransang untuk maju ke depan. 
Semoga silaturahim yang lama terjalin kekal sehingga ke syurga. 
Semoga kehidupan kita lebih baik dan... anak kita lebih ramai. Insyaallah. 








Ermm.. Yang tinggi pakai spek tu adalah salah seorang orang penting dalam menjodohkan aku ngan Inche Kitchi, dahulu.



Saja nak gtau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram