Followers

17 Jun 2013

Kenapa Superman Pakai Spender Kat Luar




 Skang aku dah faham macam mana superman leh pakai spender kat luar suatu msa dulu. 


Berikut adalah kisahnya....



Masa di Plaet Kripton, penduduk kat sana memang tak belajar pakai spender. 
Lagipun, Superman ni dihantar leh mak pak dia ke planet bumi dengan kalutnya berikutan planet depa nak musnah. So, bapak Kal-El, iaitu si Jor-EL tu , takde la program kan underwaer-how-to kat baby beliau tu...


Bila Superman menjalani kehidupan sebagai manusia di bumi, tatkala beliau dah bersedia nak pakai costume biru merah tu, siap CAPE kat belakang sume, mak yang dok bela Superman tu tengok atas bawah , atas bawah anak teruna dia tu. 

"Amboih, hang nak pi mana ni , anakku?" kata MArtha kepada anak alien dia.

"Saya mau pi menyelamatkan manusia dalam bahaya , Mami..." jawab Superman. 

"Ohhh... lawa baju. Spender pakai dak?" tanya Puan MArtha. 

Superman terkulat-kulat menjawab. "Kena pakai ke MAmi? KAlau tak pakai takleh? BUkannya nampak pun...." 


Puan MArtha cekak pinggang. 
"Eh..menjawab pulak hang ye. KAlau hang tak pakai spender, jangan keluaq!" jerkah Puan MArtha.

Superman pun berjalan dengan bebainya ... masuk bilik. Dia jumpa spender yg sepadan ngan 'selimut' yang dok ada kat belakang tu.

Tapi nun jauh , telinga Superman terdengar Mak dia dok berleter kat dapur.

"Apa ingat, kalau tutup macam tu, spender tak pakai, orang tak nampak ka? Hissh... Kot belakang tengok tutup aurat elok dah. Tengok kot depan, tak menepati dress code. Sapa la ajaq pakai mcm tu? Bla bla bla bla..."


Superman bengang kat MAk dia. GEram punya pasal, dia sarungkan aje spender yang sempat dicapainya. Pakai kat luar je.
 Udah MAk suruh pakai spender, pakai jelah. 
MAna sempat nak bukak suma satu suit!! Dah le nak memakai pun payah. BErpeluh hoke!


KEndian SUperman pun celapak keluar. 

"MAk, saya pi dulu MAk. Dah lewat dah ni..." kelui Superman dari jauh.

Puan MArtha lari-lari ke luar, sambil tengok ke langit... 

"Hang pakai spenda dak lagi?????!!!!!" jerit Puan MArtha sambil mendongak ke langit. Kelihatan Superman dah pon terbang tapi masih nampak kelibatnya. 

"DAHHHHH!!!!" balas Superman, sambil bergaya macho tunjuk kat Mak dia.



"Dah pakai Mami....Tengok!" jawab Superman. 


Puan MArtha memandang dengan penuh hangen. Melawan rupanya anak aku ni..... bisik Puan MArtha.

"Hang kalu nak pakai spenda cam tu, hang jangan balik!" jerit Puan MArtha lagi. 

Superman pun merajuk ngan Mak dia.



TApi, lepas beberapa tahun , Superman semakin dewasa.
Dia dah banyak merantau, banyak pengalamannya. 
JAdi nelayan.. JAdi pengangkat beg. JAdi memacamlah!

Sehinggalah Superman sendiri tahu yang sebelum pakai pape baju pun, spenda kena pakai dulu. Baru pakai baju dan seluar. 
BArulah nampak kemas dan bergaya. 
Patutlah Mak dia marah rupanya... hihihi..


 




Ok tak citer ni?



HAHAHAHAHA


*kena tipu. 



 Sapa tak tengok lagi Man of Steel, silalah pergi. Tak nyesal..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram