Followers

9 Jun 2013

Dulu-dulu dan sekarang...~


Bismillah...



Di bulan May lepas, keluarga MAkbed teruji dengan sakit yg datang silih berganti. Mula-mula aku sakit..followed by Wawan. Then Oni.

Pehtu, dah baik kejap, Wawan sakit balik.



Dan hari ni, dah masuk bulan Jun, aku masih lagi tak sihat.
Terbaru, aku skang dah tak de suara.
Tekak terasa begitu perit. Lidah jadi ulser.
MAkan pun takde rasa dah.
Kesian Inche Kitchi makan nasik ,lauknya masin. hEHHEHE.. INgatkan kurang garam, tapi sebenarnya lidah si tukang masak yang meragam.


Datang peringatan dari Allah bahawa kita ini alpa sangat bila tubuh sihat dan terlebih waktu lapang.
Hmm. dan tika ini, waktu sedang lapang kerana sakit yg datang. Patutnya kita suka la dengan masa lapang, kan?
Tapi apakan daya, di waktu lapang begini, kita tak dapat nak enjoy to the fullest sangat pun sebab kena endure kesakitan.
Mujurlah Allah tak tarik nikmat bersolat.
BAru Allah bagi tekak perit je. Sampai nak telan air liur pun tak mau. Geegegegegege...~


Bermuhasabah diri sedikit hari ini.


Buat rakan-rakan yg mula berkira-kira berniqab, tapi risau-risau dan takut-takut, hari ni saya bertemu seorang sahabat yang sudah 2 tahun berniqab. Dulunya macam aku juga, brutal. Even skang dia berniqab pun, dia masih berseluar jeans dan bersneakers.

Cuma, sudah takde la berbaju singkat-singkat. BAjunya labuh, melebihi punggung. Tapi masih bercorak-corak kiut. Tudung aje labuh. Haih..nampak 'selamat' aje.


Aku nak bergambor sama beliau tadi. Dia tamau pulak.  KAlau dia tak tegur aku kat tandas Alor Setar Mall tu, memang aku tak perasan pon dia. HEHEHHE~  Udahnya dia panggil "Oitt..Makbed!" , haaa... tu tanda kenal betul tu. Bila dia bukak niqab dia, baru la sesi peluk-peluk berlansung. Rupanya, hahahah..pembaca Makbed: The JOurnal lah. Pernah jumpa sekali masa aku duduk Lumut dulu.


Pesannya... (nama dirahasiakan)


"Bagus ada simpan niat berniqab. Tapi, untuk permulaan, aku nak pesan mcm Wardina dulu. JAga solat. Belajar jaga solat. Jangan berdalih menunaikan solat walau di mana pun. Dan perlahan-lahan, berjihad menukar gaya berpakaian. Berniqab tak wajib pun. Tapi, menutup aurat yang wajib. Sudah selesa semuanya, pakailah niqab. Aku cakap ni pun sebab aku dah buat. Memula, pakai sarung tangan dulu. Kendian, biasakan keluar rumah pakai stokin dan kasut. LEpas tu, aku labuhkan baju. Slow-slow...

"KAlau ikut aku, tak selesa berniqab di kawasan sendiri, banyak soalan.  Bila aku berhijrah di tempat orang baru aku berani berniqab. Lama-lama dah biasa. Bila balik kampung (kampung dia kt KL), MAk aku terkejut beruk. Dia ingat aku join tabligh! Tapi, bila lama-lama tengok aku still macam biasa je, cuma pakaian yg berbeza, malah pekerjaan aku pun takde effect dengan cara berpakaian begini, Mak aku pulak skang berkira-kira nak pakai niqab. Hhehehe... "


Dan aku paling suka dengar ayat yg terakhirnya..

"Semua perkara ada disiplin. Tapi, sebelum buat sesuatu, kena ada ilmu. Kalau hanya ikut-ikutan, ianya takkan kekal lama. Sama-sama berdoa semoga istiqamah kita kekal.." 



Sahabat aku ni seorang jurugambar profesional. Selalu keluar negara pergi konvensyen sana dan sini. Sebab tu bila aku ajak dia amik gambar tadi, dia takmo. Dia kata dia 'menyampah' tengok kamera dah. Padahal dulu, leh tahan gak la cam-whoring dia tu.


*frust aku tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram