Followers

12 Jun 2013

Beza Pampasan dan Medical Card




Hari ini kita belajar pasal insurans lagi.
Sorilah kalu anda semua bosan. 
Aku sedang cuba menjadikan insurans ini sesuatu yg tidak membosankan. 
Boleh baca belog ini sambil kunyah cikedis atau minum kopi. Mihmihmih~




 Pampasan.


Selalu bila kita dengar aje perkataa PAMPASAN, kita akan bayangkan duit berkepuk-kepuk yg diterima , diletakkan di atas riba kita.
Adakah betul?
Sort of .. kan.


Dalam insurans, PAMPASAN bermaksud, wang yang diberikan semua atau, lumpsum kepada peserta atau waris peserta mengikut kadar yg telah dipersetujui. 
Dalam insurans ni ada banyak jenis pampasan. 

Beberapa perkara yg anda kena tahu berkenaan pampasan.


Pampasan ni dapat sekali aje. Pehtu tak dapat dah. 
Berhati-hati bila agen bagitau anda gloriously yang bila anda ditimpa kemalangan, walaupun anda tidak mati disebabkan kemalangan tu , hanya menderita cedera aje tak kiralah cedera kekal atau sementara, anda bakal diberikan pampasan sebanyak RM30,000  (misalnya). 
Dan anda pun, bila eksiden , lumpuh tak leh jalan, takleh kerja, dapat RM30,000 terus anda rasa sangat happy. TErus rasa macam kaya. Dan lupa diri seketika. 
TAhukah anda, RM30,000 hanya sekali tu jelah dapatnya. 
Rasa-rasa, cukup tak nak menanggung keluarga dan kos rawatan susulan penyakit dengan hanya ada Rm30,000 di tangan?



Anda bebas menggunakan wang pampasan mengikut selera anda
Once wang pampasan diserahkan kepada anda, sukati andalah nak buat apa dengan duit tu. 
Boleh digunakan buat rawatan susulan, atau kalau nasib anda baik sangat, isteri anda akan kenen-kenen mintak pasangkan awning rumah dan tukar sofa baru. 
Kita ini bila nampak duit banyak sikit, mula lah rasa confortable sokmo. 
Ye dak? 
Fikir sama untuk 10 tahun akan datang. 


Pampasan sakit kritikal yang sudah diclaim akan mengurangkan jumlah pampasan kematian anda. 
ANDA PERLU TAHU INI!
Adakala agen insurans 'terlupa' nak habaq. JAdi, beringat untuk tanya agen. 


Misalnya...

Kalau dalam polisi tulis SUM ASSURED adalah RM500,000
dan Pampasan Sakit Kritikal adalah RM200,000..
once anda claim yang Sakit Kritikal tu, Sum Assured akan jadi RM300,000 sahaja. 
Itulah yang waris anda akan terima bila anda meninggal kemudiannya. 


Itu kalau yang sum assurednya ratus ribu camtu?
Macammana pula yg sum assurednya cuma RM20,000??



Ada sesetengah insurans company, bila dah claim suma pampasan ni, insurans polisi akan ditamatkan. 
So, beringatlah....
 Anda masih hidup lagi. KAlau dah mati takpe. Takyah rawatan susulan dah.
BAgaimana pula nak meneruskan hidup dengan keadaan hilang upaya, dan insurans suma sudah di'claim' dan ditamatkan pula, sedangkan anda masih memerlukan rawatan susulan untuk memulihkan diri anda?
 RAwatan susulan pakai duit tau. Bukan free... even anda adalah pekerja kerajaan sekalipun.

Ianya berlaku ya. Bukan sesaja ja aku tulis di sini. 


 


 Nasihat...


Bila membeli insurans, jangan tanya harga dulu. 
TAnya benefitnya. 
Apa protectionnya.
Dengar dulu penjelasan.
Fahamkan.
Dan decide adakah anda perlu semua yg dinyatakan tu. 
Adakah mencukupi?
Tanya dan tanya......


Jika terlampau murah, like Rm30 sebulan tapi anda diberitahu cover semuanya, silalah berfikir sedikit logik. 
Anda pegi klinik biasa bayar RM30 sekali pergi hanya untuk amik ubat demam , tapi takkan la satu polisi insurans yang bertanggungjawab untuk membiayai kos perubatan anda berjumlah ribuan ringgit sehingga umur anda 80 tahun , dan dalam masa yg sama menyediakan sejumlah pampasan yang banyak untuk keluarga yg bakal anda tinggalkan bila anda tiada nanti - anda just nak bayar Rm30 sebulan? 
Dan mereka turut berikan elaun-elaun bila ada terpaksa bermalam di wad untuk rawatan. Sehari RM100 plak.
Wajarkah?
Takkan la anda hanya bayar RM30 sebulan untuk polisi seperti itu, dan anda layak dapat semua manfaat di atas? 
 

PAstinya ada sesuatu yg kurang. PERIKSA!




 JAdi, jika pampasan sudah diterima dan habis dibelanjakan, mana nak datang duit untuk membuat rawatan susulan?





 


 


 MEDICAL CARD!!!


Pampasan adalah perkara lain. 
Kad Perubatan adalah perkara lain. 
Ianya nampak macam sama je, tapi sebenarnya BERBEZA manfaatnya. 


Seperti aku cakap tadi..
Pampasan dapat sekali je. Pehtu habih. Depends on cara guna. 


TApi Kad Perubatan atau Medical Card ni, wujudnya sepanjang masa. 
Inilah kad yang memastikan kelansungan rawatan pemulihan anda berterusan. 
Inilah 'duit hospital' anda.
Umpama macam kad prepaid telepon. Kad prepaid telepon hanya leh guna untuk topap talian telepon je kan? 
Tak boleh guna kad prepaid telepon buat beli ikan di pasar, betul?

Haaaaaaaa.. sama le macam kad perubatan ni. 
Ianya HANYA BOLEH DIGUNAKAN untuk membayar KOS RAWATAN di HOSPITAL saja. 
Penggunaannya terhad dan dikawal. 
Takleh guna semberono je. Tak macam pampasan tadi. 
Ada limit tahunan dan juga limit seumur hidup. 
Dalam kad tu disediakan khas RM50,000 setahun untuk rawatan hospital anda sahaja. 
Ianya minima, bergantung kepada jenis medical card yg anda ambil semestinya. 
OK tak, kalau kita ada dana khas untuk hospital saja sebanyak RM50,000  setiap tahun? 


Tak perlu usik duit KWSP, which is sangat lambat tatkala anda nak keluarkan. TAk termasuk karenah birokrasi lagi. 
TAk perlu keluarkan simpanan Tabung Haji.
Tak payah kacau pelaburan ASB.
Tak payah usik simpanan belajar anak. 
TAk payah guna KREDIT KAD!



Hanya kad ini sahaja yang anda perlukan untuk urusan hospital anda. 



Untuk mereka yg sudah mendapat pampasan pula...

Pampasan dapat dah.
TApi, rawatan anda diteruskan. 
Takpayah guna pun duit pampasan tu untuk buat rawatan susulan. 
Medical card dah ada!
PAmpasan tu suma simpan masuk dalam Tabung Haji, atau ASB. 
Dan menariknya, Polisi Insurans anda masih lagi berkuatkuasa, menjaga kebajikan anda selama mana anda masih bernyawa. 

 

 
 Bagi yang hanya bayar RM30 sebulan untuk sebuah polisi insurans, sila check adalah ianya mempunya kad perubatan, atau hanya PERSONAL ACCIDENT (PA) sahaja. 
Insurans Kemalangan sememangnya murah. 
Anda boleh beli sebanyak mana pun PA yang anda mahukan. 
Tetapi, sediakanlah satu plan insurans yang mempunya Kad Perubatan. 
Memang agak costly. Sehari mungkin RM5. 
Tetapi SANGAT BERBALOI mempunyainya. 
Anda perlukan 'seseorang' yang menjaga anda ketika anda sakit.

Umpama bila anda berkahwin.
Anda boleh berkahwin dengan siapa pun.
Nak yang lawa, hensem, banyak duit, berkereta besar dan sebagainya. 
Tapi, bila anda sakit dan tak mampu membahagiakan pasangan anda, dah tak mampu nak sara hidup lagi,  pasangan anda meninggalkan anda. Cari orang lain.
Mahukah begitu?
Semestinya kita ingin pasangan kita bersama disamping kita , menghadapi susah dan senang, hingga akhir hayat. 
Apalah guna berkahwin, jika hanya utk masa senang saja?

 

MAcam tu le jugak ngan insurans bermedical card ni......


Kita nak insurans kita menjaga kita sampai akhir hayat.
Walau kita sudah tidak berdaya membayar premiumnya kerana hilang upaya bekerja, ia masih lagi di samping kita.
MEnjaga keperluan dan memastikan anda sihat. 
Dan ia menunaikan amanah kita apabila kita sudah tidak ada di mukabumi ini lagi.



Someone you can count on. 


Choose PruBSN lah!!


 Dapatkan kad perubatan anda sekarang. 
Kerana makin anda meningkat usia, makin meningkat juga kos premiumnya. Hee..~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram