Followers

6 Jun 2013

Berniaga jika sombong ...






 Inche Kitchi kecintaan dah pun pulang. 
Tamatla sudah kontrak 3 bulan beliau berjauhan dengan kami. 
InsyaAllah, bulan ni dia dok je ngan kami. 
Kerja di sini je.
Bulan depan maybe belayar lagi. 3 bulan plak la kot berjauhan. Kali ni lebih jauh..........................................................................

Lokasinya dirahsiakan terlebih dahulu. 




Tekak MAkbed sakit sejak 2 hari lepas. 
GAtal-gatal. Terasa nak batuk, tapi keluar habuk je. HAHAHAH.. *bayangkan aje la ye batuk kuar habuk. 
TEringin nak makan menda manis. So, aku ajak Inche Kitchi kuar gi Pekan Rabu kejap. 
NAk beli kurma. 
Dan nak beli kain pelikat baru untuk beliau (hadiah balik cuti, konon.) 
Aku kaborkan kat dia, mulai skang dok umah pakai kain jer. BAru ensem. HEHEHEH..
TApi dia hanya pakai kain bila nak gi surau je.... 


Sebelum balik rumah, aku singgah kat satu gerai jual kuih-muih. 
SItu, ada juai segala macam bengkang. Ada gak kuih pulut inti , karipap, samosa. 
3 bijik singgit. 
Bengkang plak sepoton rm2.50.
Okla....hari ni aku bermurah hati nak beli kuih kat gerai tu.
So, aku pun pegila.

Kelihatan sorang akak ni , duduk-duduk sambil merenung 'masa depan' kot. 
Aku berdiri depan dia pun dia mcm takport je. 
Biasanya, penjual ni kalu nampak pelanggan musti la eksaited kan. Bangun dari tempat duduk, pause dulu lamunan sekejap - layan kastemer. 
Tapi, akak ni tak pun. 

So, aku tegur la dia.
Tanya dia juai kuih ni berapa harga sume.
Tangan aku kiri kanan ada beg plastik. 
Ye la...baru turun PekanRabu kan. TAngan haruslah penuh brg!

Dengan penuh pengharapan, aku bajet akak kedai tu nak tolong hulurkan beg plastik kecik untuk isi kuih. 
Tapi, hampeh....
Semuanya kena layan diri.
Dia siap tunjuk lagi beg plastik dok kat mana.
HAih.... tegak aje bulu ketiak aku ni , memang ready nak 'fire'. 
Apesal pemalas benor?
KAlau kastemer ramai sampai nak roboh kedai, aku paham la kot dia tak sempat nak layan aku.
Ini kan.....
DIa just duduk je, silang tangan dia..tengok kuih-kuih dia macam kuih-kuih tu anak-anak dia yg bakal diserahkan kat jabatan kebajikan masyarakat!


Dan tak lama je pas aku sampai kedai tu, ada dua tiga orang pelanggan datang jugak nak beli kuih.
Sebelum aku datang tu, takde sapa kat kedai tu tau. Aku je yg pegi. 
So, aku expect, bila dah ramai tu, akak kedai ni nak bangun le dari tempat duduk dia.
MAlangnya, meleset. Pungkoq dia terlalu berat untuk digerakkan dari situ!

Pelanggan selepas aku ni bawak barang lebih banyak.
Beg plastik penuh tangan!
Shopping sakan nampaknya. 
Dia pun mcm aku. TAnya harga kuih. 
Akak kedai tu jawab je. TApi masih melekat di kerusi. 


KEndian.. pelanggan tu tanya plak...

"NAk kena amik sendiri ke kuih ni?"


Tuan kedai jawab..
"YA.. LAyan diri kak. Beg plastik ada kat atas tu.." balasnya sambil menunding ke satu arah, pakai bibir. BIBIR oke!


Aku just peratikan je. 
NAk tengok gelagat. Kuih aku dah siap amik dah. Tunggu nak bayar je. Saja aku wat lambat-lambat. 

"Beg plastik banyak la dok pegangn ni . Takleh tolong amikkan ke?" tanya pelanggan tu lagi. 

Guess what? Tuan kedai tu buat donno jeee kauuuuu...! 
Siyes dia buat bodoh je. 
Pelanggan tu actually dah pun letak beg plastik atas kerusi, niat nak amik kuih tu. 
Terus dia angkut beg plastik dia, dan blah dari kedai kuih tu.
Bukan akak tu je, pelanggan-pelanggan lain yg menyusul nak beli pun, blah gitu je. PAdahal, diorang  bukan saling-mengenali pun. Datang asing-asing. 


Tinggallah aku je ngan tuan kedai tu akhirnya. 
Tuan kedai tu mencebik je bibir, sambil susun talam tu elok-elok sebab tadi talam kuih dia sedikit lari dari susunan lepas kena usik ngan pelanggan. 

"Berapa kak semuanya?" tanya aku kat tuan kedai. 

"RM5.50.." jawabnya pendek.

Aku bayar dia. Cukup-cukup je. KEndian... 


Aku cakap gini..

"Akak, tubuh badan akak sihat. Kaki tangan cukup. Suara ada, telinga tak pekak. Keje akak adalah habihkan jualan akak je. Situlah rezeki akak. Kalau kuih ni tak terjual, takde rezeki akak. Kuih ni takkan tahan sampai esok tau. TApi, senyuman akak  dan layanan mesra akak pada pelanggan akan kekal di fikiran semua orang. Budi bahasa orang ingat kak. Ianya tak basi-basi, macam kuih yg akak jual. Kuih kalau basi, orang campak dalam tong sampah kak. Walau kuih tak sedap, orang tak kisah pun kalau layanan akak baik. Pandai ambil hati. Insyaallah, rezeki sentiasa ada. TApi, kalau akak sombong dan malas, akak buat la kuih sedap macam mana pun, orang beli sekali je. Lepas tu, orang takkan datang lagi. "


Aku blah lepas ucapkan terima kasih kat dia. 


TAkde dah kastemer lain selepas tu... 
CUma aku notis yg pekedai-pekedai lain pun usya aku semacam ja. 
Sebenaqnya, bila masa aku pi Pekan Rabu pun, yg meniaga bihun sup kat situ dah kenal aku. Sebab aku selalu je pi makan kat situ. HEHEHEHEHE..~ 


Biar la orang kata aku poyo tapi, aku rasa kepoyoan aku ni takkan buat kulit aku berkudis buta. 
TApi, harapannya semoga akak tu berubah la. Gile pemalas nak bergerak. AKu ingat dia OKU tau. Asyik duduk je. 
KAlau nak duduk sangat pun, cuba la senyum sikit bila pelanggan mai. Orang mai nak beli kuih ok. Bukan nak beli mesin tebu. 
 



TApi, kuih akak tu tak sedap pun.
Nasib la kalu korang terbeli sama.
HAHAHAHAHAAHAH~

*kedai dirahsiakan. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram