Followers

5 Jun 2013

Berangan NAk Pencen Awal Pula



Aku agak seperais gak la bila Abah ngomel-ngomel cakap nak pencel 'awal'. 
Dah tak larat nak kijo dah. Offer untuk menyambung sampai umur 58 pun dipandang sepi jer. 
Memang tak mau la tuh. 
Umur pencen ada 3 tahun lagi.
Dia dah kalut-kalut nak pencen.
hEEeee...

Katanye, nak spend time ngan anak dan cucu. 


Abah aku muda lagi kot. Uban pon tak banyak lagi. 

 

Mustahil ke tak kita nak pencen awal?
Kalau zaman atok nenek kita, nama nak pencen awal memang tak beh la. Lagi-lagi kerja kerajaan. 
Sampai pulak kat zaman abah mak kita, tak pernah terkeluar lansung idea nak pencen awal meskipun penat bekerja dan kekadang jemu dimarah-marah. 
Cam Abah aku, dia keje polis. HARI-HARI dia cakap dia nak brenti awal! Sejak aku sekolah rendah lagi kot. 
TApi,orang tua-tua tak bagi. Sebab anak-anak kecik lagi. NAnti , nak makan apa?


Skang kita di zaman lain plak. BEza tak banyak tahun pun. CUma sepuluh ke lima belas tahun je. TApi, kita yg belum pun masuk 30 tahun , dah pandai bercakap tentang "pencen awal". 
PAda hemat aku, mugkin pada zaman dulu-dulu, pengetahuan kita tentang cara menyimpan dan menguruskan wang agak kurang jadi, kita tidak begitu bijak bersedia menghadapi hari tua. 
Justeru, sekarang sementelah dunia sudah aak berbeza, pencen awal juga adalah sesuatu yg boleh dicapai , jika kena caranya. 

Anda boleh memilih, mau berhenti kerja awal atau pencel awal. TApi pencen yg bagaimanakah yg kita mahukan?

Wang simpanan yg kita ada, itupun dipotong secara paksa to make sure yg bila pencen besok-besok kita tak kesempitan wang. Jelas, kalau kita takde potongan paksa tu, memang sampai ke tua kita tak istiqamah lansung menyimpan. Pehtu, bila dah tua, menggagau cari sumber lain. Tu le pasalnya ada antara kita yg dah pencen pun, masih lagi bekerja sebab nak menanggung keperluan hidup. 

Menurut Tan Sri Abdul Halim Ali, Mantan Pengerusi Lembaga KWSP, 72% Pencarum KWSP menghabiskan wang simpanan mereka dalam masa 3 tahun sahaja.

Ok, ini bukan aku yg cakap ek... 
Memang ada dalam kajian. Dan memang terbukti pun. 
Terjadi pada sanak-saudara terdekat aku sendiri... dan kepada keluarga teman rapat aku. 
Semoga kerjaya aku yg macam gini, tak banyak pun, biarlah memberi sedikit sumbangan dalam bentuk ilmu supaya saudara dan rakan terdekat lebih peka dan bersedia. 


JAngan terlalu 'berpegang' erat pada caruman KWSP tu....
Sebab bukan kita yg menyimpan sendiri. Kena potong 11% pun ada yg marah-marah, mengeluh gaji menjadi lebih sikit selepas potongan. 
NAmpak?
Boleh bayangkan tak kalau gaji kita bulat-bulat diserah kepada kita. Agaknya, berapa banyaklah simpanan yg mampu kita buat ye?? 

Dan even atok aku sendiri , sebaik saja duit pencen sampai ke tangan, dia disahkan sakit kencing manis , sampai kena potong kakinya sebelah. Dek takde pape back-up, mujurlah ada sedikit wang koperasi , habih gtu je wang pencennya. 
Dan, taklama lepas tu, atok pun meninggal. 
TAk sempat pun nak belanjakan duit simpanan yg 'dipotong secara paksa' selama berpuluh tahun bekerja tu. HAbih kat merawat penyakit aje. 

Pencen macam itukah yg kita mahu?



Berikut aku tuliskan sedikit ASAS yg perlu kita fikirkan untuk pencen awal.

 
Bilakah anda ingin bersara ?
Ada yang ingin bersara seawal  usia 40 tahun dan ada juga yang ingin bersara selepas berumur 65 tahun. Jadi, anda perlu meletakkan sasaran umur persaraan anda. Umur persaraan ini amat penting bagi menentukan jumlah wang yang diperlukan untuk menampung kehidupan sepanjang tempoh tersebut.


Berapakah tempoh waktu persaraan anda?
Secara umumnya, jangka hayat manusia di Malaysia ialah di antara 70 hingga 80 tahun. Sekiranya anda ingin bersara pada umur 50 tahun dan jangka hayat anda ialah 75 tahun, tempoh waktu persaraan anda ialah 25 tahun



Berapakah jumlah pendapatan yang diperlukan untuk menyara kehidupan bulanan anda?
Anda perlu memilih gaya hidup anda dan berapa yang anda perlukan untuk menyara kehidupan anda setiap bulan. Sekiranya anda ingin hidup mewah, sudah tentu anda memerlukan jumlah pendapatan yang lebih banyak berbanding dengan mereka yang memilih untuk hidup secara sederhana selepas bersara.  Selain itu, jangan lupa untuk mengambil kira faktor menyusutan wang akibat inflasi dalam mengira pendapatan yang diperlukan


Berapakan dana yang anda perlukan untuk bersara?
Jumlah dana yang anda perlukan untuk bersara bergantung kepada umur persaraan, tempoh persaraan dan jumlah pendapatan bulanan yang anda perlukan.
 
 


MAkbed akan berikan beberapa lagi tips PENCEN AWAL untuk dikongsi.
Sentiasa simpan di kotak ingatan, kehidupan pencen yg bagaimanakah yg anda mahukan. 
KAlau aku secara peribadinya, aku nak pencen seawal mungkin, tapi still able to do what I want. Aku akan pastikan tubuh badan aku sihat, pendidikan anak di masa depan tak payah nak dirisaukan sangat (sbb dah ada plan khas untuk diorang, kan?) dan dengan kesihatan yg ado ni, bleh la aku gi beramal-ibadat lebih, dan gi jalan-jalan tengok negara orang. 


AKu leh bayangkan life aku masa tu.
Aku even bleh bayangkan rupa paras aku masa tu. Walaupun dah berumur, tapi still gojes lagi.
HEHEHEHEHHEHEE..... *berangan tu percuma, kan. 


Kita sambung nanti yerrr...







 kredit: SINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram