Followers

17 Jun 2013

Allah Uji Saya Lagi



*Curi masa masukkan entry baru.


BAru aje balik dari MAnjung untuk satu majlis penting Inche Kitchi.
KAli ni pergi bawak Oni dan Wawan sekali.
Cuma tang majlis tu je la depa kena tinggal kat pengasuh dalam base tuh.


On the way balik ke Kedah semula tadi, kitorang singgah Zoo Taiping.
Oni tak berapa sihat sejak kena ulser di bibir . Seingat aku, dari lepas tokwannya balik ke Kuantan tu dia cakap lidah nya sakit.
Before this dah sakit dah. Lepas boh ubat, 2 hari pastu ok.

Then, naik plak lagi sekali.
KAli ni, lagi truk.
2 hari di Lumut, tetiap malam sebelum tido Oni merengek sakit. Bila dia rasa sakit tu, mulalah terjelir lidahnya tayang kat aku.
Aku sapukan cream dan paksa dia minum air.
Sampai nangeh-nangeh dia takmo dilektakkan cream di tempat sakitnya tu. Pedih katenye.
Udah aku soh minum ayaq pun, dia takmo gak. NAngeh aje.
Air mata turn macam air terjun, pehtu air takmo minum.
Camne lah nak baik sakit tuuuu??

Tengah sakit ni..



Pehtu, ade plak tabiat suka masukkan jari , nak rasa tempat yg ada ulser tu.
HAih!
Pehtu, dok hisap-hisap plak lidah, dengan harapan mata ikan tu hilang sekelip mata.
Mungkin dia rimas kot kan..
Kesian sangat tengok ONi bermata bengkak setiap kali nak tido memalam.
Siang dia sakit, tapi tak sesakit di malam hari.

Ni lah first time after almost 4 years membesarkan Oni aku tengok dia sesakit macam gini.
Even dia demam, muntah-muntah sambil mata berair pun dia tak de la nangeh kesakitan.
HAri tu dia sakit perut pun, dia takat jerit "Sakit perut" je.

KAli ni, nangehnya macam meratap-ratap minta aku tolong dia.
Pehtu, bila aku sapukan cream tu, air mata keluar laju menahan sakit. Ditekapnya muka di bantal, menahan pedih agaknya.
Adoi.....
KAlau aku tak sapu ubat tu, bila nak baiknye.




AKu tau ubat sakit ni adalah minum banyak air.
Tapi, cuba la gitau pasal minum air kat budak kecik umur 4 tahun ni.
18 kali aku paksa dia minum, 3 kali je yang berhasil. Pehtu minum ciput lak tu.
Seb bek la si Nuqman Aliah kasi idea soh bagi dia air sejuk dalam peti es tu, kasi kebas sikit lidah dia.
Bila aku bagi ONi, berkerut muka menahan pedih. Tapi, banyak juga la dia minum.


Dan tadi, sebaik sampai je ke rumah, Oni dah berguling tahan sakit.
Tengok ubat cream yg doc bagi sebelum ni macam tak lut je.
Lagi menyirap bila aku check, doc kat Klinik Yasmeen tu kasi ubat yg sama je macam ubat dari klinik sebelum ni, sedangkan aku dah pun bawak ubat tu tunjuk kat dia.
Sepatutnya, takyah la bagi dah kan..
Punya le nak duit....  seb bek la doploh hengget aje.

Tengok Oni nangeh , dengan takmo minum air nya, gadoh-gadoh ngan aku cakap pedih.... aku pun dah pening.
Tetiba ONi ajak aku gi sepital.
Sakit sangat lettewwww....
So, aku bawak dia gi Putra Medical Center (PMC).
Kejap aje.
Lepas doc check suma, doc kata maybe mata ikan tu jadi banyak sebab kena infection. ONI KENA MINUM AIR gak.
Tapi, masa dok depan doc tu, ONi dah start nangeh-nangeh. Tu tanda sakit sangat le tu.
Doc offer eskrim free pun dia takmo.
Gula-gula pun takmo dah.

3 hari lagi tak baik, kena bawak semula.
Doc bekalkan cream baru , ubat tahan sakit yg boleh bagi Oni tido dan antibiotik.


Balik tu, aku terus sapukan cream. Oni jamah sedikit je roti , pehtu takmo dah.
NAngeh je.
Dia hanya minum air sejuk, tak sampai 3 sedut.
Bila aku nak sapu cream kat lidah , dia dah menggelupur takmo. Kenalah si apak pegang kaki.
Aku tengok lelangit Oni dah merah dah. Hmm...
Sedih tgk ONi nangeh, tapi aku kuatkan gak la diri.
Mujur lah ubat sirap tu semua dia leh makan.

LEpas merintih-rintih sakit selama beberapa minit, Oni akhirnya tido.
Aku pun gi bersuci sume... Nak makan.. Tapi tak lalu plak.
So, aku abihkan keje yg datelinenya BESOK!
Aku sempat call cleaner soh hantar orang mai 'kerjakan' rumah aku.
Banyak kain tak lipat dan umah serupa tongkang suda.
Takde selera nak mengemas!
*ada tak vitamin tambah selera mengemas rumah?

Jam 1.30 pagi, tetiba aku dengar bunyi uwek-uwek.
Aku ingatkan Wawan.
Rupanya ONi.
Adoyainyee.....
Memula aku assume dia muntah sebab perut kosong.
Sebab muntah pun keluar air liur je.
Tapi,  gaya muntah tu len macam aje.
PErut tak kembung pon.
Oni muntah dalam keadaan mata terpejam.
Means, ubat tahan sakit tu berkesan kat dia. Oni ngantuk sangat tapi dia terpaksa muntah.

TAkde suara keluar, hanya muntah je.
Bila aku tanya dia nak air ke tak, baru bukak mata sikit..
Pehtu ... geleng.
Then, gedebum... Terus tido balik tanpa bertangguh.

Pehtu, bangun plak setengah jam kendian, muntah.
TAk banyak pun muntah.
TApi, aku kesian sangat.
Lemah sangat badan ONi.
Dah le kurus....
Pehtu, asyik tak sihat aje kebelakangan ni.

Allah uji kesabaran aku lagi.
Semoga ini menguatkan aku dan menjadikan aku Ibu yang lebih baik.
Aku rasa antibiotik tu buat Oni mual.
AKu baru bagi sekali je.
Ubat tahan sakit tu namanya paraetamol je, perisa stoberi. Tu dah biasa makan.
Pehtu, ubat selsema.. tu pun dah selalu makan.
Adakah antibiotik menjadi punca kemuntahan tersebut??




Dan, kali ketiga ONi muntah, di kala Wawan dan Apak sedang lena tidur, berderai gak ayaq mata aku bila tengok Oni tak bermaya betui.
Oni tertidur atas riba aku lepas minum air yg aku isi dalam botol susunya.
Siap berdengkur lagi.
BErkali-kali aku bacakan ayat kursi dan 4 qul.
Memula aku kira la .. pehtu dah lost track pengiraan sebab tak fokus. Hee...
Aku brenti bila dengar Oni berdengkur... tido dengan air liur meleleh. Abeh aku nye baju!


HAaa..penat la. TAdi masa nak balik tadi, kami gi zoo kan....
Tengok gajah...


Oni tengah sakit ni pun leh pose kiut lagi


Comel kan sume orang?
Dah lama kami tak amik gambar family.
Biasanya korang pun berpeluang tengok muka kami 3 orang, tanpa Inche Kitchi di sisi.
Bila dah cukup 4 tu, rasa cam besh je.
BAru pasan, mata Inche Kitchi sepet sikit. Kha kha kha...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram