Followers

15 May 2013

UDUK NAK AMIK KAT MANA??



 Tetiap kali Maghrib, Oni akan sentiasa tanya samada aku dah solat ke belum.
She became more rajin to follow me praying when I started to pray with no telekung. 
HAnya pakai baju muslimah dan tudung yg labuh, dan berstokin.

Sebenarnya, lebih elok solat begitu di rumah, di depan anak-anak.
Oni dah tak payah nak selak-selak telekung Ibu just to see what Ibu was doing. 
BUdak-budak... of course dia curious nak tahu macam mana IBu solat.  
TAngan kat mana nak letak. 
KAki nak berdiri macam mana. 
MAcam mana nak duduk. Bila nak angkat tangan semua tuu.... 
Budak seperti ONi, lebih suka ikut apa Ibu buat. 


And she became more excited each time when azan berkumandang....... 


"IBU SOLAT!!" 



Begitulah kebiasaannya... kecuali time subuh. Sebab time tu dia tido...



Aku ajar Oni, jika mahu solat, wajib tutup aurat. 
MAcam Ibu. 
Kena pakai tudung. 
Itu hanya permulaan. 
Sebab dia tanya aku kenapa kena pakai telekung bila nak solat.
 JAdi, aku jawab semudah yg boleh. 


Semalam, dia datang sendiri kat aku nak minta izin solat Isyak. 
TApi tak reti nak pakai telekung sendiri. 

"Ibu, tolong pakaikan. Oni nak tutup aughat...." pintanya. 

NAk tergelak plak dengar dia sebut perkataan 'aurat' tu. 
TApi, aku telan je lah.... Orang KEdah asli betui la anak aku ni. Hewhewhew...  

"Bagus anak Ibu ni. Rajin solat. Nanti boleh gtau Ayah," puji aku.

Malam tu, dia excited nak call Apaknya, nak gitau yg dia dah solat. 

Apak pesan pula pada Oni.."Nak solat tu ajaklah Wawan sekali."

"OK Ayah!" balas Oni di hujung talian. 



TAdi...

LEpas azan MAghrib, even ada citer Ultraman Tiga kat Ceria pun, dia tetap pegang telekung mahu solat. 

"Oni, sebelum solat, kena pi amik wuduk dulu," kataku. 


"Oh? Mana nak amik 'uduk' tu?" tanya Oni, sambil pandang kiri-kanan, depan-belakang seolah-olah mencari-cari sesuatu. 


Aku dah gelak-gelak dah.

"Wuduk lah. Bukan UDUK. Amik ayaq semayang..... Amik kat bilik ayaq lerr..." 


"Ooooooooooooooooooooooooo...... " panjang respon si Oni. Dia ingat wuduk tu sejenis benda yg dia perlu 'ambil'. 

 HAri ini, Oni belajar berwuduk sebelum menunaikan solat.


Dan sebelum dia solat, dia akan bentangkan 2 sejadah kecil.
Satu untuk dirinya.
Satu lagi untuk Wawan.
Dan sebelum aku mengangkat takbir, Oni akan panggil Wawan bersolat sama. 

TApi selalunya Oni bagi salam dulu daripada aku!
HEEHHEHEHHE... 



 
 Alhamdulillah..
BIarlah sekecil-kecil permulaan.
Biarpun wuduknya tak lengkap,
Biarpun telekungnya masih longgar.
Biarpun Al-Fatihah nya belum lancar..

TApi aku bersyukur pada-Mu Ya Allah.
Cukuplah jika dia mahu tahu... dan mengamalkan. 
Walau sekecil-kecil amalan, biarlah berterusan. 
Ibu dan Ayah sentiasa mendoakan. 





 Wawan over-dose suda. 
Ngantok benor , penat main. 





JOm.. belajar tutup aurat penuh supaya senang nak bersolat di mana sahaja kita berada. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram