Followers

16 May 2013

Ucapan HAri Guru dari Saya Yang Demam


Sakit tui la urat-urat, sendi sume..
Time-time gini baru la rasa betapa pentingnya ada suami di tepi.
KAlau aku batuk-batuk time tido, ade le tangan gagah tolong gosok-gosok belakang. LEga je..
Skang ni, kalau aku batuk sampai nak terkeluar jantung sekalipon, Oni elok je tido. PAling hebak pun dia bangun sekejap, garu-garu pipi pehtu tido balik. 


Buat julung-julung kalinya, otak aku kosong sepanjang waktu demam ni. 
Failing to think straight.
Tengok kerja atas meja nampak kembang-kembang.... pehtu aku leh nampak tulisan tu bergerak-gerak.
 Pehtu, paling megiknya, aku lansung tak rasa nak makan walaupun perut aku sudah berpidato dengan rancaknya. 
HAri ni aku hanya duduk di katil, pasang ekon kuat-kuat dan tido. Tutup muka ngan bantal, kasi gelap.
BAju Inche Kitchi ada selai tak basuh. MAsih ado perfume beliau. KAlau malam, Wawan amik bau Apak sebelum tido. 
TApi, tadi aku amik baju beliau, letak kat idung aku. 
HAAHAHAHA... terus tido beb! 
Bleh bayangkan tak kuasa bau badan seorang manusia ke atas manusia yg lain??? 


To make sure I still have my sanity, I decided to write something here. 
Subject-to-write?
 No idea bebeh. 
TApi otak kena bekerja jugak. JAngan malas-malas. 
On time like this, hobby does help.


Lupa plak nak pesan 100plus kat ALang tadi. 
HAri ni just minum air masak je. Berbotol-botol.
HKCC dah minum sepeket je, sebab badan aku panas. MInum HKCC buat badan aku berpeluh dengan rakusnya. Iskk~ BAgus la kan buat kebah demam. 

Esok adalah HAri Guru. 
Ada sambutan di sekolah ONi. Depa nak buat sukaneka. 
CIkgu minta sponsor jajan sikit untuk anak-anak kat sana. 
Aku nak keluar pun malas. 
Buleh tak otak blur tatau nak buat apa?
Seb bek ada Alang. 
BAlik Maghrib tadi, Alang belikan satu plastik beso biskut beruang, wafer dan sumi.
Aku packingkan sume. BUat 40 bungkus candy pack. 
Dalam pening-pening tu pon , siap dah aku buat. 
HIHIH... 


MAsak pon ala kadar je. 
ANak-anak hari ni macam letih je. CIkgu kata hari ni dua-dua tak tido siang. MAin je.
Aku masakkan nugget untuk minum petang tadi. 
TAk sampai setengah jam pun aku masak....... udah jadi cam gini anak aku....


 

Aku paling tak leh blah bila tengok Wawan tido. 
Dari dia dalam pantang sampai ke sekarang, gaya tido dia memang sangat tak senonoh. 
Dan dia sangat suka tido atas simen. 
Walaupun dah letak atas tilam yg empuk, dia tetap nak letakkan anggota badannya biar se'cebis' kat atas simen. 
JAngan terkejut bila korang tido ngan dia, memula elok je dia tido sebelah korang. Pastu, bila korang terjaga, korang akan mendapati separuh badan dia atas tilam, separuh lagi kat atas lantai. 
KAdang, kaki atas tilam, kepala dia atas lantai. 
TAk pahaaamm lah. 


KOrang kena sedia maklum yg Wawan mampu tido dalam apa jua keadaan sekalipun, even ketika dia berdiri!
Inilah dia keunikan Wawan - selain daripada menangis tanpa sebab but still look cute doing that. 



Di kesempatan ini, biarpun masih awal , Makbed nak ucapkan Selamat HAri Guru buat semua, khasnya guru-guru. 

Dan meskipun kita tidak berprofession sebagai guru, kita juga adalah guru sebenarnya. Semua orang ada semangat ke'guru'an dalam diri. Sudi mengajar dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Guru la jugak tu. 


Dalam family Makbed , ada banyak yang jadi cikgu. KEluarga aku memang banyak polis dan cikgu. 

Selamat HAri Guru buat Mak, Angah dan Alang. 
Juga buat MAk Teh Ummi Azzahra dan Pak Teh Jasni. MAk Teh juga sering membaca tulisan-tulisan saya, dan sedia maklum yg saya memang suka subjek Bahasa Melayu kertas Penulisan sejak dulu lagi. 
Rakan-rakan MAkbed yg menjadi guru.... 
Client-client MAkbed...  nama kalian ramai juga lah kalu nak dimentionkan. 
PElanggan-pelanggan setia HKCC. 


Selamat HAri Guru untuk kalian. 





*Hari Perancang Kewangan takdo ke?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram