Followers

4 May 2013

TIPS: PERSEDIAAN NAK MENGUNDI ESOK



Semua orang bersiap-sedia dah ke nak pi mengundi ni?
HAri ni aku share serba sikit tips persediaan diri untuk mengundi besok. 
Bukan tips memilih calon untuk diundi ye.
Ini tips utk persediaan diri je.
Sebab, kalo kome pitam besok, korang takleh mengundi juge. PAHAM?





Tidur mencukupi.
HAaa..  Hat ni penting. Tidoq kalu tak cukup , besok mmg kacau. Satgi, mata nampak kembang-kembang ja. Dah la kena berdiri lama. JAngan sampai silap undi no. NAk undi biru, pi undi hijau. Nak undi hijau, pi pangkah biru. Nyesai satgi. JAngan sampai akibat kemengantukan kita, kita punya kertas undi rosak. HAbih karan ja beratoq lama-lama. Tidur awal malam ni. 
Anda perlu datang awal bagi mengelakkan kesesakan. Jenuh nak beratur tengah panas esok.


Salinan rekod Pengundi.
Print siap-siap rekod mengundi anda. Boleh layari SINI , masukkan IC anda, dan print detail yg ada di situ. Esok, leh bawak pi. 
Kenal pasti lokasi DUN dan PARLIMEN anda. DUN lain orang. PARLIMEN lain orang. 

Info:
DUN - tentukan kerajaan negeri.
PARLIMEN - tentukan kerajaan persekutuan. 


KAd Pengenalan
PAstikan bawak IC. Dan pastikan IC yg anda bawak itu, adalah IC anda. Check siap-siap. KAng pi bawak IC anak la, IC suami la... HIHhih.. *penah berlaku ok. 


Sarapan
Jangan sesekali tak makan sebelum gi mengundi. Bimbang jika perlu beratur panjang, anda 'tewas' sebelum tiba di meja pengundian. 


Kuku wajib bersih.
Kuku harus lah manicure free. Maksudnya, takde calitan nail polish dan seumpamanya. Satgi tak lekat plak dakwat kekal tuh. 


Kipas 
Bawak le kipas elektronik yg kecik tu, kipas tangan ke.. Surat khbar ke. Just in case kalau panas sangat. TApi, kena siap mental dan fizikal lah ye. Memang kompem peluh-peluh kat situ. So, takyah mekap tebai sangat ye adik-adik. Rugi bedak. HAHAHAHH~


Kerusi lipat
KAlau sapa yg ada masalah kurang kalsium ni, boleh la bawak kerusi lipat. Boleh didapati di GIant or Tesco berhampiran tempat tinggal anda. 


Payung
Ini penting... Banyak kegunaannya. Esok org ramai. KOt ada yg wat harasmen tak pepasai, katok je ngan payung tu. Itu adalah kegunaan lain selain daripada memayungi anda dari hujan dan panas terik. 


Air
JAngan lupa bawak bekalan air. Sangat penting. LAma nak berator ni. Especially yg mengundi di kawasan berpopulasi ramai. 


Pakaian yg selesa.
PAkai baju yg selesa. Dan ingat, BUKAN PAKAIAN BERLOGO parti politik pilihan anda. KAsut juga perlu selesa. MEnutup aurat, ikut syariat.
 Jangan pakai yg menjolok-jolok mata org yg melihat. Satgi depa pulak salah pangkah sebab dok perati anda jer. JAngan jadi punca beb! 
TAkleh bayangkan gi mengundi pakai high heel 4 inci. Oh man! Sila jangan mendera tubuh anda sebegitu kecuali anda memang sedang bertanding. HAHAHAHAHAHH!!!


Power bank or bateri henpon spare
Ini adalah penting sekiranya terlalu lama anda beratur. Anda mungkin akan menjadi camwhore ketika kejadian dan this will cost a massive battery consumption. HAAHAhHEHEE~ BAteri perlu ada untuk merakam saat-saat penting ketika itu. 5 tahun sekali mengundi. Mesti macam-macam perkara menarik akan berlaku. BUleh juge snap gambo sendiri sambil buat duck face. Tett!


JAjan
Hihi.. need to say more? 


SEMANGAT keMALAYSIAan
Kita mengundi untuk kesejahteraan kita dan anak-anak kita di masa depan.
Perlulah bersopan-santun, berbudi-bahasa dan saling membantu biarpun kita berbeza fahaman politik.
Jangan membeza-bezakan orang berdasarkan apa yg dia pegang dan yakini.
Kita adalah rakyat yg matang dan bijak. KAn?






credit: SAYS






Jangan lupa minum HKCC sebelum gi mengundi ye!! 
HKCC penting untuk memberikan tenaga dan semangat. 


Team Haida Kamarzaman Collagen Cappucino (HKCC) ingin mengucapkan SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN bagi yang travel balik ke kampung demi menjayakan misi mengundi. 
Berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat pergi dan selamat kembali. 



Dan 





Hari memilih tibalah sudah,
Ubah la apa yg rasa nak diubah
HKCC wajib dilanggah sebelum melangkah
SUpaya kita tak tersalah PANGKAH.




Ini kalilah~


atau 


INI KALI KAH?






..undilah kakton...  *tetibe!









 Siapakah KAK TON pilihan?


hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram