Followers

17 May 2013

Ternoda juga akhirnya...



Sejak ptg semalam badan Wawan dah dedar-dedar macam nak demam. 
BAtuk menjadi-jadi. 
Dia tak berapa nak makan macam selalu. 
BAlik dari sekolah semalam, Wawan jamah nasik sikit, pehtu minum susu. 
MAin-main dengan kakak macam biasa. 
Aku perasan, hasil tinja Wawan ptg tu tak macam biasa.
Selalu beraknya keras-keras, cam taik kambing. BIla nak berak je, nangeh. 
TApi,hari ni cam rilek je. 
NAjisnya cair, penuh pampes. 
CIrit ke anak ni? 

 
Then, jam 11malam, kami suma masuk tido. 


AKu tido lewat sikit. Kemas rumah. Sempat habihkan sebakul kain yg tak berlipat. 
Kendian aku tido. 
2 malam lepas Wawan asyik menggaru je. Tido kejap je berpeluh. So, aku tidokan Wawan di atas katil sebelah kakaknya. Bebetul depan ekon. Kesian plak tgk dia meggaru sampai calar belakang. 
Aku bukakkan bajunya. 
Nyenyak betul dia tido. 


Bila suma dah tido.. aku pun tidola.
Tetiba, Wawan batuk-batuk. BAtuk berkahak tu. 
GAya macam nak muntah, tapi memang gitulah kebiasaannya batuk bila dia berkahak. TAk puas. 
Aku bangun. Tetiba terbau mcm masam-masam plak. Wawan dah tak batuk dah. AKu assume dia tido. Bilik aku gelap... Ada lampu ekon je menyala. 

Bila aku on lampu , check Wawan, rupanya Wawan muntah. 
Dan dia sedang tido lena dengan muntahnya tu. 
AIh! 
Maybe dia rasa lega lepas 'buang' segala isi yg ada, pehtu terus tido lena. HEHHEHE... 
HAsil muntahan berwarna coklat. 
Sahih makan coklat banyak masa sukaneka petang semalam. 
Ada kek coklat, biskut coklat.. dan memacam la bertemakan coklat. 


Wawan aku kejutkan , terus bawak gi balik air. 
KAsi cuci itu muntah. 
MAsam betoi le muntah tu.
HAii la wawan... masa baby-baby muntah ko sedap sekali baunya. 
Sekarang? GAGAGAGAGAGAGAG~

Gigil-gigil sejuk si Wawan sebab aku simbah ngan air. 
BAdan dia dah start panas dah masa tu. 
TApi, aku tak kasi dia ubat demam lagi. 
Dia pun takde request susu, dan aku pun tak bercadang nak bagi. 
AKu bagi air suam je, boh dalam botol.
Wawan minum abeh. Aku temankan dia sampai tido... Pehtu aku pn tido. 
Sebelum tido, aku main Candy Crush dulu. HAHAHAHAH *sengal. 
MAsa nak main natang tu la baru aku pasan yg masa tu baru jam 3 pagi. 


JAm 8 pagi, Oni bangun.
DIa kejutkan aku... 

"Ibu, apesal bilik busuk ni?" tanya Oni. 

Aku memang takleh bau ape dah. Hidung tersumbat abeh. Demam tak baik lagi. Selsema plak. 
Wawan dah bangun. DOk sebelah aku. 
Aku raba-raba bontot dia. 
BAsah....
Kencing bocor la ni....
Aku pun bangun la , nak mandikan dia. 

Tpi terkejut bila aku tengok tilam hak milik kerajaan yg Wawan tdo tu habih warna coklat... Selepet. BAnyak gila!

Muntah rupanya si Wawan ni.
Tapi dia tak nangeh lansung. 
Boleh la dia berdiri sambil bagi 'ceramah' kat aku. 

Aku bawak Wawan masuk bilik air. 
Seluar Wawan pun habih warna coklat.
BElakang Wawan pun habih. MAcam dia berkubang dalam muntah tu je. 
Dah kering dah pun muntah tu kat badan dia. 
ALahai anak ku. 

AKu bukak pampes, dan menemui sesuatu..........



Dia berak... cirit lagi. 
Sampai tembus pampes. 



Kesimpulannya, yg ber'selerak' atas tilam tu adalah muntah dan hasil tinja Wawan sekali. 
Leh imagine tak?


Dengan penuh kesabaran, aku menyucikan Wawan dari najis. 
Oni tengok je kat tepi.
Bukan nak tolong. Ape punya turr..
MAsa ni aku dah rasa badan Wawan panas dah. 
Dia merengek je. Sebab aku mandikan dia. DIa takmo mandi. 
Lepas siap Wawan, aku basuh lak tilam. BAgi bersih. 
Jemur kat luar. 


Sampai jam 12 tghari, Wawan berak cirit 3 kali. Termasuk la yg pagi tadi. 
Aku just bagi dia ubat demam dan ubat batuk.
Wawan takmo duduk. NAk dukung je. 
MAkan pun takmo.
MInum pun takmo. 
Aku masakkan bubur dan sup daging.
Leh la aku makan skali kang. 
TApi, Wawan takmo menjamah even aku paksa sekalipun! 
LAnsung tak bukak mulut.
Dia hanya minum susu je , sebotol. 


Kendian, dia ngan ONi tido tengahari.
Aku duduk je tepi tu, memantau suhu badan.
Rasa macam panas dah. 
Cadangnya nak tunggu dulu tengok samada Wawan akan cirit lagi ke tak. 
AKu tak sure dia ni cirit sebab makanan ke, atau sebab lain.
Dah tpon cikgu dah.. tapi tak mungkin keracunan makanan. Sebab Oni tak sakit pon. 
Bebudak lain pun tak sakit. 


Bila bangun tido dalam jam 5 gitu, Wawan berak lagi.
Cirit gak. TApi kali ni dah tak kaler coklat. 
Cair je. Warna susu. 
BAnyak... habih satu pampes. 
So, aku terus bawak dia gi klinik. Aku sukat suhu dia , 38 darjah. 
Aku bawak je dia... dengan ALang and Oni. 


NAsib baik takde orang kat klinik. 
So, cepat la urusan.
Doc letak je jangkasuhu, tak sampai 2 saat terus berbunyi.
Wawan demam kuat . Dan sampai 40 dah punnn....
Terus masukkan ubat bontot. 

First time kena sumbat ubat bontot. 
Sobs!
 

Dan menurut Doc, tak mungkin cirit Wawan adalah disebabkan makanan. 
Sebab suhu badan Wawan tinggi.
Means, Wawan memang demam. 
Dan demam yg terlampau panas tu membuatkan dia cirit-birit. 

Wawan tak nangeh plak boh ubat tu.
Oni dulu, sampai trauma la. 
HIhihihhi...~ 
Lepas pi klinik, kami pun balik.
Wawan dapat memacam ubat.
Dengan ubat demamnya, batuk, selsema, angin, muntah ..antibiotik. 
Soheh, demam jangkit dari aku ler ni. 


 Lepas keluar klinik.




LEpas sejam disumbatkan ubat bontot, Wawan dah mintak biskut.
PEhtu, dia mintak nak makan nasik yg ALang makan. 
HAaaa... leganya rasa. 
Memang Doc ada gitau supaya jangan risau. Lepas boh ubat bontot ni, sure Wawan akan makan dan minum. 
BETOL LAA... TErer betui Doc tu. Boleh meramal masa depan!


Ketika entry ini ditaip, suhu Wawan dah normal.
Dia sedang bermain bola di depan tv.
Dah makan, dah minum. 
JAdi la tu. Dah syukur sangat. Jangan sampai takmo makan minum je. KAng payah citer plak. 



Doakan Wawan segera baik. 


Nih je entry yg terdaya nak taip. Ni pun panjang dah ni. 
 
 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram