Followers

13 May 2013

TERASA vs TERSENTUH


 [ENTRY LAMA]




Hari ni aku nak wat korang baca pasal hasil kajian aku konon-konon tentang TERASA dan TERSENTUH. 

Korang penah TERASA? 
TERSENTUH? 
Sama ke? Ada yang kata sama. 



TApi sebenornye , tak sama lansung. 
PEnggunaan yang salah akan membuatkan orang salah faham dengan maksud sebenar yg ingin korang sampaikan. 


TERASA dalam konteks perasaan. 
Cakap sikit je TERASA
Orang usik pasal parut jerawat seketul kat muka dia, TERASA. 
Orang yang senang TERASA ni menyukarkan orang sekeliling nak bergurau-senda ngan dia sekaligus menjarakkan sesuatu perhubungan tu. SO, janganlah jadi orang yang cepat TERASA. Boring wei!
Agak-agak la nak guna alasan PMS pun. 
Tindakan biasa orang TERASA ni adalah sentap dan tarik muka.


TERSENTUH dalam konteks perasaan membawa maksud berbeza. PAntang dengar citer orang dalam kesusahan je cepat benar mengalirkan air mata. TERSENTUH bila tengok citer Bersamamu. Selalunya orang yang cepat TERSENTUH ni orang yang penyayang, berhati terbuka dan selalu sudi mendengar masalah orang lain. Tapi kalau dok nangeh selalu sangat pun orang nyampah juge. So, kawal sikit ye. 

Dedua di atas dipanggil TOUCHING / TOUCHY


TERASA makanan, bermaksud dia telah merasa makanan tu secara tak sengaja. 
TApi, kalau nasib tak baik, makanan yang dia terasa tu makanan orang yang mengidam ke kan, memang habih la. 
MAu seminggu mak buyung tu majuk ngan ko.Mak buyung ni kan selalu cepat TERSENTUH? Gagaga..
YAng ni dalam bahasa Inggeris dipanggil TASTE.


TApi, TERSENTUH makanan, bermaksud dia hanya sentuh je, tak rasa.Tidak mengundang pape bala. TApi, kalau ko TERSENTUH makanan orang yang jenis cepat TERASA, hahahaha... Sendiri mau ingat la ye.


Ko buleh guna perkataan TERSENTUH pada menda yang haram disentuh tapi nak wat camana kan, ko TERRRRRsentuh juga. 
MIsalnya ko gi pasar malam, orang ramai. Tak dapat tidak mesti ko TERSENTUH orang lain secara tidak sengaja. Ko boleh la cakap, "Maaf cik, saya TERSENTUH peha CIk. TAk sengaja.. Maaf ye." So, orang tu pun paham dan buleh terima kesilapan ko tu.

Tapi, ce ko cakap camni lak, "Maaf cik, saya TERASA peha CIk tadi. MAaf ye..." Kalau orang ni cakap kat ko camni, ko nak wat pe? 
KO nak betulkan grammar dia ke, atau nak cepuk je? 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram