Followers

13 May 2013

Suprise Hari Ibu dari Oni


Sabtu bebaru ni Inche Kitchi wat suprise cakap nak balik rumah sekejap.
Kebetulan kapal memang berlabuh kat LAngkawi setelah beberapa hari travel ke Thailand.
BAlik kejap aje katenye. Ada hal kat pejabat hari Ahad.

MAsa Inche Kitchi meset ckp nak balik tu, aku baru je tergolek atas katil, nak tidokan anak-anak. Pukul 2 ptg adalah waktu tido siang bebudak
 KAlau nasib aku baik, aku pun berjaya la tido sekali. Tapi biasanya, nasib aku memang tak baik la. HAHAHAHAHH~


Bila dapat mesej cakap dia nak balik tu, aku tengok kiri kanan.
Waaa... rumah sepah macam hape.
LAki nak balik ni!
2 jam lagi dia sampai jeti Kuala Kedah and aku kena amik dia.
Aku memang tak masak da sebab masa tu baru je balik rumah Umie the ibu mertua.
BAlik dah tengahri, perut dah kenyang. HAHAHAH..
Nih laki nak balik, apa mo masak?
Kain tak lipat lagi. Ingat nak lipat petang kang. HAHAHA..
Itula, lain kali jangan bertangguh wat keje rumah ok.

GAru-garu kepala jap.. pikir mana nak wat dulu.
Nak lipat kain ke, nak masak?
Nak masak ke ... nak lipat kain?
 




LAst skali, aku tarik bantal, tido sebelah Oni. 
HApe pun tak buat. LALALALALALALALAL.......


Pukul 4 petang, kami 3 beranak gi la Kuala Kedah.
Aku tak kabor pun kat Oni nak gi mana.
TAk cakap pape pun pasal Apak dia nak balik.
Aku wat muka cool je..
Oni tanya "nak pi mana ni.. nak pi mana ni...."
SOnok le dia Ibu nak bawak pi jenjalan. 


Sehinggala Apak masuk dalam kereta.....
Wawan yg tadinya pok pek pok pek dalam keta, terus diam.
MAlaikat lalu..........
HEhehehhehehe...


Pehtu, pelan-pelan dia melangkah dok kerusi depan. NAk dok atas riba Apak.
Dan dia terus tak toleh kat aku dah pastu.


Terus kami gi Tesco.
Mujurlah Inche Kitchi balik. KAlau tak, aku nak kena gi Tesco beli barang anak-anak sendirian.
 Nak bawak anak-anak gi shopping on Sabtu, memang le ramai. MAlas nye lah... Tapi, niat awal tu mmg nak bawak ONi ngan Wawan jalan-jalan. Syukurlah Apak balik. Ada tukang dukung ....




Excited benor...
Suma nak Apak je.
TApi masa Apak balik, Wawan sopan betui. TAkde pulak scene golek-golek, dusyum-dusyum kakak dia. Nak buat Oni pun, dia cover line. PAdahal, hari-hari biasa, dia salu tarik rambut Oni, debik kakak sampai nangeh si Oni tu. Isk..Iskk...
Ni tak, dok nak peluk Apak jerrr.... Beh ko peluk APak je. Bila Ibu nak peluk lak ni??? 
Tak aci.


BEsoknya, Ahad.
Oni dan Wawan gi sekolah macam biasa.
Oni ok jerrr..  rileks. Skang ni dia dah takde "JuMaat..Jumaat" dah bila kena gi sekolah.
TApi, Wawan plak pada nangeh macam tetauu je kang Apak dia dah takde bila dia balik sekolah. Sedih betoi la gaya.
Ber'terabur'an air mata dia.


Tapi , bila masuk dalam tadika tu,dapat je bola, terus kemana ntah ayaq mata tu tadi.
NAmpak tak permainan dia?



So, semalam lepas anak-anak gi sekolah, APak gi opis.
Then jumpa Ah Chew.
Pehtu, kami gi tengok wayang. Cam besa laa kan. Dedua suka tgk movie. Disebabkan aku dah tengok Ironman, so aku ajak dia gi tengok Star Trek pulak.
Oh, Star Trek lagi best dari Ironman weh.
Tapi takyah tengok 3D la. Tengok hat biasa jerr...


Dapat lunch sesama kat kopitiam .
Dating sekejap macam budak universiti dating gitu. HAHAHAHAHA *uwek!
Pukul 3.30 ptg, aku hantar dia gi jeti.
Tinggal je kat tepi tu.
Susah betui la nak parking kat situ.
JAdi, aku tak tunggu la. Lepas drop Inche Kitchi kat kaunter tiket tu, aku pun terus balik rumahhh...




Apa jadi bila anak-anak balik rumah?


Oni dengan excitednya tunjuk hasil kerja dia pada hari itu...





Rupanya hari ini ialah HARI IBU.
Siyeslah tak ingat sebab aku memang selalu aje terlupa hari. 
Oni wish Selamat HAri Ibu. 

Begini wish dia..



"Ibu, SELAMAT HARI IBU!" sambil peluk kaki. Then dia bagi kad kecik yang dia buat sendiri.



Terima kasih ONi.
Ibu suka hadiah ONi tu. 
BAru tahun ni leh ibu rasa touching bila diwish Selamat HAri Ibu. 




 Tulisan tu memang tulisan Oni. 



Excitednya dia nak tunjuk kat Apak, tapi Apak dah takde. 
Segera dia maklum yg Apak sudah kembali bekerja di kapal.
Kendian, suruh aku amik gambo dia ngan kad tu, tunjuk kat APak. 
Ngehh~





Wawan plak, balik-balik terus cari Apak. 
Nangeh sekejap bila cari takde. 
NAsib baik Apak ada tinggal baju busuk selai. 
So, time dia nangeh sesaja tu, aku tutup muka dia ngan baju APak. 
Terus diam. 
Sabar jap ye Wawan.
Tunggu kamu besar sikit, Ibu bawak aje kamu gi memana pun. 
Skang ni kamu kecik lagi, Ibu takleh nak bawak semua jalan-jalan sekali. 
BAhaya... 
 


 Korang dah tengok KEEK Wawan bukak kasut?





Boleh la diamalkan jika suka. 
HEHHEHE...




Hapeytahhhh (habeh dah *versi Wawan)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram