Followers

5 May 2013

PRU 13 Makbed


HAH!


Korang gi mengundi tak tadi?


Best kan?
KAli ini aura keluar mengundi lain macam sikit. Mungkin ada banyak provokasi menjadikannya satu tarikan.

Ini kali kedua MAkbed mengundi.


Dulu musim mengundi tak sehebat ni. Thanks to FB yg menjadi medan 'pertempuran' dan provokasi. Even dalam Whatsapp pun, perbincangan dan pertentangan pelbagai penjuru berlansung dengan aktifnya.
Tak sangka, ramai juga sahabat-sahabat yg aku kenal yg begitu patriotik jiwanya. Hihihi~ 
MAlangnya, ada juga segelintir yg membatukan jiwa tak mahu keluar mengundi hari ini. AKu cuma nak ucapkan.... 

"RUGILAH.... Mengundi ini seronok tau.."




Seawal pagi MAk bersiap. Berbaju kurung macam nak pergi beraya. 
Siap boleh pening-pening nak pakai tudung kaler apa. 
HAHAH..
LInda pun siap sekali. 
Berjubah hitam. 
Keduanya mengundi bersama, di lokasi sama. 


Sementara aku plak dok umah jap , siapkan ONi dan Wawan.
Trpinga-pinga diorang aku siapkan diorang comel-comel.

"NAk pi mana ni?" tanya ONi. 


"HAri ini PILIHANRAYA.." jawabku. 

"Ohh... raya.... PAkai baju kurung lah." katanya

"Hm.. takpayah. PAkai seluar jeans ni sudah!" bebelku. Bukan apa... KAng senang dia nak lari-lari keliling sekolah kang. 



Sekejap aje Mak pergi.
Pukul 8 pagi MAk keluar... JAm 9 sudah balik. 
Kemudian, kami semua bergerak ke Sik plak. 



 Perjalanan yg penuh ketenangan.
Sesekali sesak bila lalu depan sekolah-sekolah yg menjadi pusat pengundian. 
DI tempat aku, PRU 13 kali ini takde pulak berlebih-lebihan kempennya.
TAkde pulak flashmob ke, flashman ke.. takde. 
Maintain je.
Penuh kesopanan dan kesusilaan gitewww..~ ahaks!


Sesampainya haku kat pusat mengundi , iaitunya di SK Sik, aku terus ke khemah BN. 
Sebab aku nampak khemah tu dulu. 
LEpas salam-salam sumer... biasalah , aku kan peramah aku pun jalan slow-slow gi kat depan sikit.
KAt situ ada khemah PAS plak.
Masa tu khemah hijo tu tak berapa nak happening.
Sunyi je... macam malaikat lalu. 
Aku gi jugak.
DIsebabkan aku memang peramah, aku gi gak salam-salam ngan muslimah yg ado kat sana.
YAng lain sume berjubah bertudung bulat, aku je pakai seluar jean ngan baju kotak-kotak. Hhihi~
Muka garang nak mati depa ni.
Apehal ntah.
Cubo la senyum. Senyum kan sedekah.... 
Aku assume depa lapar kot. 
TApi, bersangka baik. 
Yang muka masam tu adalah penjaga khemah.
Calon nya baik aje...
*Kang kata aku kutuk plak. 


Sambil-sambil jalan nak pi mengundi tu, aku usya line gak kot nampak kelibat Bangla ke, makhluk asing ke hape. 
MAlangnya takde.
YAng aku nengok, orang yg dok tepi-tepi tu je menengok aku macam aku ni plak pengundi hantu. 
TApi, aku wat bodoh je.
Pandangan sebegitu adalah biasa diterima sebenarnya. 

  Keadaan sangat tenang. 
Takde plak beratur panjang.
TAkde bingit-bingit.
Smooth je perjalanannya sampai le habih aku membuang undi.
TAkde apa yg ganjil dan salah di mata aku.
Semuanya perfect. 
AKu meninjau lagi kot ada Bangla kat luar semasa dalam perjalanan balik.
Non ado~

Okeh... selamat. 



Aku tipon Alang, soh jemput. 
Aku dah siap mengundi. 



 TAkde plak aku snap gambo jari. 
Sebab tak guna gak la snap pun sebab ramai je org snap jari biru dema kan. 
Tpi, hingga entry ini ditulis, even dakwat tu dah tanggal-tanggal, tidak se'cantik' masa awal-awal calitan, dakwat itu masih lagi ada di kuku aku.
Aku pun tak expect dia nak kekal sampai besok. 
TApi, memadailah..
TAkde plak aku 'gigih' tenyeh dakwat tu hanya membuktikan 'ketidak-kekalan'nya seperti yg didakwa pihak berwajib.
Sedangkan di hari-hari biasa pun, bila dakwat pen kilometriko terpalit di tangan akibat sifat clumsy aku ketika memegang pen , idak plak aku gigih tenyeh bagi keluar sampai melecet jari dan habih segala sabun dan clorox di rumah. 
TAkkan plak hari ni aku begitu rajin dan bersungguh nak tenyeh jari aku kan. 
Layankan jela....



 PAsal undi hantu, untuk season Pru 13 ni, kat tempat aku takde la aku nampak.
TAtau la plak lepas aku balik tu ada ke warga asing yg mai. 

Tapi, aku terbaca gak la dalam pesbuk pasal IC palsu.
Kesian yg ibu bapanya kawin campur.. India dan CIna.
Hasil perkahwinan, menghasilkan zuriat yg unik bila kulit dan rupa parasnya macam India, tapi namanya Cina pula.
Pun dituduh sebagai pengundi hantu meskipun dia rakyat Malaysia. 

Lebih kasihan bila icnya disebarkan seluruh Malaya. 
Adoh... begitu berbisa sekali jari-jemari kalian ya..
Itu kalu dia saman korang sorang sikit, mau tercungap-cungap kan?
PAntang ada news sikit, tak sempat kaji dah terus publis.
No..No..NO.... Not gud hoke. 


Dan malam ni aku tengok Astro Awani saja.
Sesekali jengok juga TV3. 
KEsian juga pada mereka-mereka yg datang mengundi, dan disalahtengok sebagai Bangla. 
Haih... kenapa dengan rakyat MAlaysia ini?
Begitu obses dengan Bangla kah pada hari ini?
Nampak je rupa paras unik sikit, idung mancung, berkulit gelap.... terus cap BANGLA!
Deng...~


KAlau aku lak diragui kerakyatanku.... ko suruh aku nyanyi lagu NEGARAKU??

Jangan kata lagu Negaraku... Lagu Rembau MOst Wanted pun aku buleh nyanyi HOKEH!





Bambam Bee baru gi mengundi dan sempat menghadiahkan satu aksi bersempena dengan PILIHANRAYA UMUM ke 13.




Sebelum tiba hari raya, orang tunggu dengan tak sabar nya keputusan nampak ke tak nampak anak bulannya.

Kalau pilihanraya, lepas pilih , org tunggu plak sampai tengah malam dengan tak sabarnya... pastu baru buleh raya.

 
 Semoga masa depan kita lebih cerah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram